Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, October 11, 2011

iPhone 4s Catat Tempahan Awal Tertinggi

 iPhone 4s Catat Tempahan Awal Tertinggi

WASHINGTON – Tempahan awal model baru iPhone 4s mencecah sebilion unit dalam tempoh 24 jam, kata syarikat pengeluar telefon tersebut, Apple semalam.

Katanya, jumlah tempahan model terbaru itu yang ditingkatkan dengan keupayaan video dan gambar, lebih pantas daripada model sebelum ini, iPhone 4, sekali gus mencatat rekod baru untuk produk Apple.

“Hari pertama tempahan awal iPhone 4s mencatat jumlah tertinggi dalam produk-produk baru Apple yang pernah dilancarkan sebelum ini,” kata Timbalan Kanan Presiden syarikat Apple, Phillip Schiller dalam satu kenyataan.

Telefon canggih itu yang dijual dengan harga antara AS$199 (RM600) dan AS$399 (RM1200), bergantung kepada keupayaan memori, akan dijual di kedai-kedai Apple di Amerika Syarikat bermula 14 Oktober ini.

Kemudian, ia akan mula dijual di 22 negara lain, termasuk Eropah, pada akhir bulan ini. – AFP

Monday, October 10, 2011

Menteri Emosi Ayam RM10 Sekilogram!

 Menteri Emosi Ayam RM10 Sekilogram!

BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di Pahang yang bertindak menaikkan harga ayam sehingga mencegah RM10 sekilogram.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan setelah kementerian tersebut menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati berikutan kenaikkan harga ayam tersebut, dan tindakan selanjutnya akan dilakukan.

Mengenai koperasi Orang Asli, beliau berkata kementeriannya akan memantau perjalanan 56 buah koperasi Orang Asli di seluruh negara bagi memastikan ia terus berdaya maju.

“Pemantauan itu perlu dilakukan kerana penglibatan masyarakat Orang Asli dalam koperasi masih baru dan pemantauan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)”, katanya selepas melancarkan penubuhan Koperasi Orang Asli peringkat negeri Pahang di Rancangan Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli di Pos Iskandar dekat sini hari ini.

Menurutnya pemantauan itu termasuklah memberikan khidmat nasihat dan kursus berkaitan pengurusan, pentadbiran dan kewangan setiap tahun.

Beliau berkata kini 11,814 Orang Asli telah menganggotai koperasi Orang Asli di seluruh negara dan berharap kepimpinan koperasi Orang Asli menceburi bidang

pelancongan Inap Desa dan memasarkan produk hasil kerja kraftangan masyarakat itu secara komersial, yang dilihat sangat berdaya maju.– BERNAMA

Fenomena 'Moon Halo' Tarik Minat Orang Ramai

 Fenomena 'Moon Halo' Tarik Minat Orang Ramai

KUALA LUMPUR – Fenomena “Moon Halo” atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira pukul 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa malahan sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.

“Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu merupakan cahaya bulan yang terserak.

“Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.

“Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais…ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah,” katanya.

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai “Sun Halo”.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi.

Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi.  – BERNAMA

Dua Beradik Berbirat Tiru Aksi Lesbian


 Dua Beradik Berbirat Tiru Aksi Lesbian

JASIN – Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini.

Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.

Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.

Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu.

Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.

Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya.

Katanya, lelaki terbabit merotan sehingga lebam di beberapa bahagian tubuh dua kanak-kanak berkenaan sebagai pengajaran. “Berdasarkan siasatan, dua beradik itu mendakwa pernah menonton video lucah yang ditayangkan sepupu mereka ketika mendiami rumahnya di Selangor.

“Mungkin disebabkan terpengaruh atau teringat apa yang pernah ditonton, pasangan kanak-kanak itu cuba aksi terbabit sebelum disedari ibu mereka,” katanya, di sini, semalam.

Hadir sama dalam siasatan terhadap kes berkenaan Pengarah Pembela, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.

Menurut Zamzuri, anak sulung ibu tunggal itu diserahkan kepada satu pasangan untuk dijadikan anak angkat secara sah kepada lelaki berusia 28 tahun dan isterinya berusia 25 tahun itu sejak setahun lalu.

Katanya, ketika kejadian, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pulang ke rumah ibu kandungnya selepas ibu angkatnya itu ke Pahang untuk menemui suaminya yang bertugas di negeri itu.

“Saya dimaklumkan, adik-beradik itu bukan pertama kali melakukan perkara sumbang itu dan keluarganya pernah melihat mereka berdua-duaan dengan keadaan mengghairahkan,” katanya. – myMetroOnline

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!

KUALA LUMPUR – Orang ramai dan pengguna di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan berlaku peningkatan harga barangan harian secara mendadak dalam masa terdekat.

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!

Ini berikutan pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak mengambil kesempatan menaikan harga barangan.

Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pihaknya baru-baru ini menerima satu sistem pesanan ringkas (sms) dari KPDNKK yang memaklumkan tentang rancangan kementerian itu.

“Saya ada menerima sms dari pihak KPDNKK baru-baru ini mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Harga itu dan PPIM komited bekerjasama dengan Jawatankuasa tersebut.

“PPIM juga sudah mewar-warkan kepada semua aktivis-aktivis kami di seluruh negara agar melipat gandakan pemantauan di tempat masing-masing dan melaporkan sekiranya ada peniaga yang berani menaikkan harga sewenang-wenangnya,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Kenaikan harga barangan pengguna adalah satu isu normal setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bonus atau sebarang bentuk penyelarasan gaji serta elaun di kalangan kakitangan awam.

Di Pahang umpamanya hari ini dilaporkan, peniaga dikesan menaikkan harga daging ayam sehingga RM10 sekilogram.

Tambah Tunku Azwil, sms tersebut yang dihantar oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Standard Kepenggunaan, Norashiken Ishak meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan pengguna untuk memberikan kerjasama dengan Jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu.

Tunku Azwil memaklumkan bahawa jawatankuasa yang akan dianggotai dari wakil kementerian terbabit, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pengguna itu dijangka akan melakukan pemantauan harga di semua lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti sama ada di dalam atau di luar bandar.

Berikut adalah kandungan sms dari KPDNKK yang dihantar kepada NGO-NGO pengguna di seluruh negara:

“Dengan pengumuman Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam dll dijangka akan mencetuskan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak beretika.

“Sebagai tindakan proaktif, KPDNKK akan menubuhkan taskforce untuk pemantauan harga dan pada masa yang sama kerjasama bersama NGO pengguna dan rakan pengguna diperlukan dalam usaha kementerian dalam menangani isu kenaikan harga dan keuntungan melampau.

“Pihak kami akan berhubung dengan persatuan pengguna dari masa ke semasa bagi maksud ini,”.

Presiden Persatuan Pengguna Air Keroh (PPAK), Safina Sulaiman berkata, KPDNKK sewajarnya meningkatkan lagi pemantauan harga di seluruh negara untuk mengekang kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

“Memanglah KPDNKK seharusnya mempertingkatkan lagi pemantauan, bukan sahaja di bandar malah diluar bandar demi mengelakkan kenaikan harga barangan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab”, katanya kepada kami melalui sms. - MyNewsHub

Thursday, October 6, 2011

Harga Rokok Dijangka Kekal - Berita Gembira Atau Sebaliknya

 
Harga Rokok Dijangka Kekal - Berita Gembira Atau Sebaliknya

KUALA LUMPUR – Untuk pertama kali dalam masa beberapa tahun, cukai berkaitan rokok dijangka tidak akan dinaikkan dalam pembentangan Bajet 2012 yang dijadual sampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Menurut sumber industri tembakau, harga rokok di Malaysia kini berada di paras tertinggi untuk negara ini dan sudah pun membebankan perokok. Menurut sumber itu, sekiranya dinaikkan lagi, ia akan menyebabkan peningkatan aktiviti penyeludupan rokok ke negara ini secara lebih berleluasa.

Kesan penyeludupan sangat buruk kerana pengguna bahan itu terdedah kepada rokok yang jauh lebih merbahaya kandungan kimianya. “Kami yakin kerajaan tidak akan bertindak menaikan cukai rokok dan tembakau,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Menurut kajian beberapa syarikat dan firma penyelidikan, kenaikan harga rokok bukan sahaja akan mengurangkan pembelian rokok, malah ia akan menyebabkan penyusutan jumlah dagangan industri tembakau.

Sebuah firma penyelidikan, OSK Research misalnya, telah meramalkan kesan tersebut ekoran kenaikan cukai rokok pada belanjawan tahun lalu menyaksikan jumlah dagangan industri tersebut menyusut sebanyak 10 peratus tahun ini.

Untuk tahun ini, kajian yang dijalankan firma itu meramalkan kerajaan tidak akan menaikkan lagi harga rokok memandangkan kenaikannya telah pun dilakukan tahun lepas. Bagaimanapun, sekiranya kerajaan mahu menaikkan juga harga rokok, firma itu meramalkan bahawa peningkatan tersebut tidak akan mencecah lebih 10 peratus.

“Kami percaya cukai rokok tidak akan dinaikkan melebihi 10 peratus kerana kegiatan penyeludupan rokok haram juga tinggi. “Selain itu, kerajaan sudah menaikkan cukai tersebut pada tahun lalu,” kata firma itu di dalam nota penyelidikannya baru-baru ini.

Ekoran kenaikan harga rokok secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, aktiviti penyeludupan rokok ke negara ini melalui pintu-pintu sempadan negara semakin meningkat dengan jumlah penangkapan yang bernilai jutaan ringgit. Kali terakhir kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok ialah sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober 2010.

Ekoran kenaikkan kadar cukai baru tersebut, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok yang mengandungi 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Harga bagi sekotak rokok kini di Malaysia adalah RM10 bagi 20 batang rokok merupakan antara yang termahal di rantau Asia Tenggara. - MyNewsHub

Pengasas Apple meninggal dunia


Memorial: The Apple Home page after it was revealed the Jobs had died


Pengasas Apple, Steve Job telah meninggal dunia pada hari ini, 6 October 2011. Beliau sebelum ini menderita bertarung dengan penyakit kanser pancrease dalam satu tempoh yang lama.

Penghormatan pertama terhadap kematian beliau dimulakan oleh Barrack Obama selepas syarikat Apple mengesahkan kematian perancang utama di sebalik tabir pembikinan iPhone, iPad dan iPod itu pada usia 56 tahun.

"Kami berasa amat sedih untuk mengumumkan bahawa Steve Job telah meninggal hari ini" ujar satu kenyataan dari Lembaga Pengarah Apple.

Laman Web Apple hari ini ditukar kepada satu imej penuh memaparkan wajah Steve Job berserta teks 'Steve Jobs 1955-2011.'

Apabila diklik pada imej tersebut, akan dipaparkan teks tambahan:

'Apple has lost a visionary and creative genius, and the world has lost an amazing human being. 

'Those of us who have been fortunate enough to know and work with Steve have lost a dear friend and an inspiring mentor. 

'Steve leaves behind a company that only he could have built, and his spirit will forever be the foundation of Apple.' 

Innovator: Steve Jobs introduces the Apple Nano in San Francisco. He passed away today
R.I.P Steve Job

'Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose'

Steve Jobs, 2005

Wednesday, October 5, 2011

Memalukan: Perang Mak Nyah Di Bumi Hang Tuah

 Memalukan: Perang Mak Nyah Di Bumi Hang Tuah

MELAKA – Mak nyah-mak nyah tempatan di negeri ini meluahkan kekecewaan apabila ‘kawasan jajahan’ mereka di Taman Melaka Raya dirampas mak nyah negara asing.

Salah seorang mak nyah tempatan yang mengelar dirinya Shasa memberitahu wartawan The Star, persaingan adalah amat sengit.

“Yang dari luar negara yakni kebanyakannya dari Indonesia tidak takut dengan kami sebab mereka ada penjaga. Kami ada penjaga kami juga tetapi pendatang ini kuat dan mereka lebih ramai dari kami,” kata Shasa.

Tinjauan ke taman berkenaan menemukan kumpulan mak nyah yang berpakaian seksi dan mekap yang tebal.

Kebanyakkan mak nyah asing berkenaan dipercayai memasuki negara ini menggunakan visa pelajar atau visa pekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, mak nyah asing melihat Taman Melaka Raya sebagai ‘lombong emas’ kerana ia menjadi tumpuan pelancong.

“Kami tahu mengenai mereka dan kami bersedia menawarkan kaunselling serta sokongan emosi,” katanya.

Norpipah mengulas mengenai laporan The Star Isnin lalu bahawa sebahagian besar mak nyah telah memindahkan operasi mereka ke hab komersial negeri berkenaan.

Akibat persaingan, sebahagian mereka turut memainkan peranan sebagai pemandu pelancong sebagai kaedah kreatif untuk mendapatkan pelanggan.

Norpipah menambah, kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan agama Islam negeri bagi memberikan kaunseling kepada para mak nyah berkenaan.

“Mereka memerlukan bantuan, tetapi mereka juga harus tahu apa yang dibuat mereka itu sebenarnya salah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan juga mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan polis untuk memeriksa status para mak nyah berkenaan. - MyNewsHub

(Sumber: The Star) /Gambar Hiasan

Apple: iPhone 4S yang keluar bukan iPhone 5


Majoriti peminat Apple agak kecewa apabila iPhone 5 yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Saham Apple jatuh 5% setelah CEO baru Apple, Tim Cook melancarkan versi baru iPhone 4S yang akan mengantikan iPhone 4.

iPhone 5 ini dijangkakan akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada 12 bulan dari pelancaran iPhone 4S. iPhone 4S yang lebih laju dan berprestasi lebih baik berbanding iPhone 4 dilancarkan di Amerika Syarikat dijangka akan memasuki pasaran Amerika pada 14 Oktober 2011 dan Maxis Malaysia telah berjanji untuk membawa secepat mungkin ke Malaysia.

Antara ciri-ciri baru iPhone 4S adalah :

1. Kamera 8 megapixel dengan resolusi sensor yang lebih tinggi
2. Processor A5 dual-core yang 7 kali lebih pantas dari iPhone 4
3. Design world antena baru yang lebih baik kuasa penerimaannya
4. Bateri yang lebih besar dan tahan lama
5. Menggunakan sistem operasi baru iOS5 yang mempunyai iCloud dan iMessage yang menjadikan iPhone 4S berbeza berbanding iPhone 4.
6. Arahan suara baru SIRI contohnya apabila kita tanya cuaca, iPhone 4S akan menjawab secara automatik laporan cuaca setempat.

Saksikan video preview iPhone 4S :



 

iPhone 4S warna hitam dan putih akan dijual pada harga USD199 untuk iPhone 4S 16gb, USD299 untuk iPhone 4S 32gb dan USD399 untuk iPhone 4S 64gb. Ini bermakna harga iPhone 4S Malaysia juga tidak akan jauh beza dengan harga iPhone 4.

Tak sabar nak menunggu pelancaran iPhone 4S Malaysia oleh Maxis.

Kredit: Denai Hati

Monday, October 3, 2011

Villas-Boas bangga, Arsene Wenger kecewa.

Chelsea mengamuk

LONDON - Chelsea menang bergaya apabila dengan selambanya membelasah Bolton Wanderers dengan jaringan 5-0. Sturridge memulakan pesta jaringan pada minit ke-2 apabila mudah memperdaya penjaga gol Bolton, Bogdan.

Super Frank yang nyata agak jeles dengan gol mudah yang dihasilkan oleh Sturridge mula menyusun strategi dengan David Luiz, pertahanan muda paling mantap buat masa ini di England selepas P. Jones. Pada minit ke-27, David Luiz bergerak solo dari kawasan pertahanan Chelsea dan mudah menongkah arus pemain Bolton lalu membuat satu rembatan lemah yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol ke-2 Bolton, Bogdan, yang nyata gugup dengan kepantasan game yang dipamerkan Chelsea. Super Frank yang tidak dikawal mudah menolak masuk bola untuk menjadikan kedudukan Chelsea 4, Bolton 0.

Gugup

Sebelum itu, kegugupan Bogdan terserlah apabila gagal menahan kemas rembatan dari Sturridge untuk menghasilkan gol ke-3 buat Chelsea pada minit ke-25. Pada minit ke-46, Boyata memberi harapan palsu kepada peminat Bolton apabila menghasilkan gol pertama Bolton.

Hatrik hero

Lampard dengan mudah menafikan kebangkitan Bolton apabila menjaringkan hatrik ketiganya dalam EPL dan juga yang pertama pada musim ini pada minit ke-59. Selepas itu, Chelsea banyak bermain-main dan tidak mengambil serius sangat game tersebut.

Villas-Boas selepas perlawanan berkata; "Keputusan seperti hari ini adalah seperti yang diharapkan. Saya bangga dengan semangat pemain yang sentiasa inginkan kemenangan. Frank Lampard sangat hebat. Dia berada dalam kedudukan yang betul pada masa yang tepat dalam kotak penalti. Kebolehannya tak boleh disangkal lagi. Sebagai satu pasukan, kami mempunyai pemain yang cukup berbakat untuk memberi saingan dalam liga musim ini".

Dengan kemenangan besar pertama dalam liga musim ini, Chelsea berada di tangga yang ke-3 liga, 3 mata kurang dari kelab-kelab terhebat dari Manchester. Tetapi mengikut fakta serta sejarah lampau dan kini, hanya ada satu saja kelab bola sepak terhebat di Manchester.

Hatrik pertama dalam Premier League

Satu lagi hatrik dalam liga pada minggu ke-7 ini dicatatkan oleh Johnson apabila membantu Fulham memberi pengajaran berguna kepada QPR. Fulham membenam QPR dilaman sendiri dengan jaringan 6-0.

Musuh di padang

Sementara itu, di White Hart Lane pula berlangsungnya North London derby antara Tottenham dan Arsenal. Arsenal yang diberitakan akan memberi saingan yang padu kepada Tottenham ternyata mengecewakan. Arsenal dilihat sangat lemah di bahagian pertahanan apabila mudah memberikan gol pertama kepada Tottenham hasil jaringan Van der Vaart.

Arsenal tidak mudah menyerah kalah lalu melancarkan serangan bertubi-tubi. Pada minit ke-51, Aaron Ramsey merapatkan kedudukan dengan satu jaringan cantik dari dalam kotak penalti.

Komentator kedua Sky Sports pada hari itu, saudara Gary Neville; bekas pemain pasukan juara liga musim lalu yang juga kelab terhebat dari Manchester, ternyata tidak berpuas hati dengan pertahanan Arsenal yang mempamerkan kualiti pertahanan yang cukup rendah. Dia meramalkan dengan kualiti pertahanan seperti ini, Arsenal pasti akan bolos lagi dan kalah pada perlawanan menentukan siapa paling hebat di North London.

Senyum sinis

Pada minit ke-73, Kyle Walker, pemain muda Tottenham pada posisi pertahanan sayap membuat satu larian anak dari bahagian tengah dan berjaya melepasi pemain Arsenal lalu melepaskan satu rembatan kencang yang gagal diagak dan ditepis kemas oleh Szczesny yang beraksi cemerlang pada malam itu.

Seperti ramalan saudara Gary Neville, pertahanan Arsenal selepas itu banyak melakukan kesilapan dan membuka ruang untuk Defoe dan Bale menyelinap masuk ke kotak penalti. Mujur ketangkasan dan kehebatan Szczesny berjaya menafikan cubaan gol dari Tottenham.

Tiada komen

Kekalahan ini meletakkan Arsenal di tangga ke-15 liga dengan 4 kekalahan dalam 7 perlawanan yang merupakan satu permulaan liga paling buruk dalam rekod pengurusan Arsene Wenger sejak menjadi pengurus Arsenal pada 1996. Lain pula ceritanya bagi Tottenham apabila bangkit dari permulaan buruk di awal liga dengan meneruskan rentak kemenangan buat kali ke-4 berturut-turut dan meletakkan mereka ditangga ke-6 liga kurang satu perlawanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...