Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, August 25, 2011

Arsenal Layak Ke Peringkat Kumpulan, Wenger Lega


Arsene Wenger
menarik nafas lega apabila Arsenal berjaya menghadapi krisis yang melanda skuad itu dengan kemenangan ke atas Udinese menerusi aggregate 3-1 sekaligus layak untuk ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Skuad Wenger telah ketinggalan pada babak separuh masa pertama apabila Udinese memperoleh gol menerusi Di Natale pada minit ke - 39. Namun skuad itu bangkit menerusi gol penyamaan Robin van Persie pada minit ke 55 dan Theo Walcott menjaringkan gol kemenangan penting untuk Arsenal pada minit ke 69.

Dalam perlawanan ini juga penjaga gol muda, Wojciech Szczesny, 21, menarik perhatian umum apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti.

Panic, what panic? Arsenal celebrate during their win over Udinese


Wenger yang sebelum ini diambang penyingkiran daripada pihak pengurusan Arsenal bermula dengan rentak perlahan untuk kempen Barclays Liga Perdana Inggeris. Kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri meletakkan beliau di bawah tekanan yang sangat besar.

Tetapi Wenger berkata malam tadi: 'Kita hidup dalam komuniti di mana setiap orang mempunyai pendapat ke atas segala-galanya. Saya seperti seorang juruterbang yang membawa sebuah kapal terbang selama 30 tahun dan saya telah menerima hakikat bahawa seseorang boleh datang ke kokpit dan mereka merasakan bahawa mereka boleh terbang lebih baik daripada saya. Tetapi itu tugas kita dan kita perlu menerima.
'

'Secara keseluruhan, kelab berada dalam kedudukan yang sangat kukuh kerana selama 14 musim kami telah bermain dalam Liga Juara-Juara, kami mempunyai sebuah stadium baru, tempat latihan yang hebat, kedudukan kewangan yang sangat stabil dan satu pasukan yang sangat kuat.'

Wenger turut memuji persembahan penjaga gol Arsenal dan juga pemain terbaik perlawanan iaitu Gervinho. 'Saya lega, "katanya. 'Ia satu perlawanan yang besar untuk kami. Kami bertindak balas dengan cara yang sangat positif walaupun turun dngan kelebihan satu gol.


'Gervinho amat berbahaya. Saya sudah ulangi beberapa bahawa dia akan menjadi pemain yang berbisa bagi skuad kami.

'Szcszesny juga memainkan peranan penting untuk kami dengan menyelamatkan penalti pada kedudukan kami 1-1. Anda boleh lihat bagaimana ia memberikan tekanan secara mental kepada Udinese. Selepas mereka gagal menyempurnakan penalti tesebut rentak permainan mereka jelas sekali terjejas sehingga tamat perlawanan.' - Terkini Dunia



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...