Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Friday, August 19, 2011

Nafi Hina Perlembagaan,Terbabit Politik

azmil-mustapha

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon popular, Azmil Mustapha, 60, atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’, menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis.

Beliau yang telah dihubungi oleh beberapa wartawan, dimaklumkan tentang laporan polis itu hari ini mengaku belum membaca dan mengetahui kandungan sebenar laporan itu dan enggan mengulas mengenainya.

“Pada saya, maklumat itu tidak berasa langsung dan bagaikan berlaku salah faham tentang apa yang saya katakan,” katanya ketika dihubungi mynewshub.my hari ini.

Mengulas lanjut, Azmil berkata, beliau mengaku ada menyampaikan ceramah di masjid di Kampung Melayu Subang, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak ada sebarang kepentingan politik serta tidak pernah terbabit dengan mana-mana pergerakan politik tanahair, sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya tidak ada kepentingan politik pun, saya dah berumur 60 tahun dan tak pernah sertai mana-mana parti pun…mengundi pun tak pernah,” jelasnya menyangkal dakwaan yang mengaitkan beliau dengan kepentingan politik oleh sesetengah pihak.

Menjelaskan tentang ceramahnya semalam, Azmil berkata, beliau telah dijemput oleh Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur, di Kampung Melayu Subang, untuk menyampaikan sedikit ceramah kepada jemaah masjid tersebut.

Menurut pemerhatiannya ketika menyampaikan ceramah, beliau melihat seorang dua jemaah yang ‘gelisah’ dengan ceramahnya dan salah seorang dari mereka telah keluar dari masjid kerana enggan mendengar penyampaiannya itu.

Setelah selesai berceramah, beliau bersama Nazir masjid serta beberapa orang ahli jawatankuasa masjid duduk bersembang sebentar dan salah seorang dari mereka memberitahu bahawa antara jemaah yang keluar dari masjid ketika ceramah itu sering memberikan masalah kepada mereka.

Laporan polis telah di buat terhadap Azmil atas beberapa dakwaan antaranya menghina Perlembagaan, institusi DiRaja, bangsa Melayu dan menyampaikan ceramah di masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN - MyNewsHub

Peserta RADIG2 (Misi Ramadan di Gaza) dikejutkan serangan Israel.

Rombongan Misi Ramadan di Gaza kali kedua (Radig 2) anjuran Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) disertai 33 peserta misi ini diketuai oleh Setiausaha Agong Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid.

Misi Radig 2 Mapim itu akan terlibat dalam beberapa acara penting seperti majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai projek pembinaan Hospital Kanak-kanak di Gaza dan perbincangan mengenai kerjasama media dan pendidikan.

Mengikut berita Astro Awani sebentar tadi peserta Radig2 telah dikejutkan dengan serangan Israel. Satu letupan kuat mengegarkan hotel yang mereka huni. Serangan itu telah berlaku pada pukul 1 pagi waktu tempatan.

Setiausaha Agong Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata semua angggota misi tersebut selamat. Justeru itu keluarga dan sanak saudara yang berada di tanah air bersabar dan mendoakan keselamatan mereka.

"Dari hotel, kami dapat melihat kepulan asap dan api menyala terang dan sejurus kemudian kedengaran bunyi siren ambulan dan briged bomba menuju ke tempat kejadian. Kami kemudian difahamkan bahawa letupan itu adalah akibat serangan udara tentera Isreal."


Link
Untuk pengetahuan semua Dr Sheikh Muszaphar juga adalah salah seorang peserta rombongan tersebut. Di harapkan semua mereka selamat, marilah kita sebagai rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mereka disana.Gambar dari FanClub Dr Sheikh Muszaphar. - cthoney

RM10,000 untuk anda! [NescafeChillah]

2 Polis Mesir Maut Serangan Udara Israel

2 Polis Mesir Maut Serangan Udara Israel Di Rafah


KAHERAH – Dua anggota polis Mesir terbunuh selepas pesawat tentera udara Israel melepaskan tembakan berdekatan sempadan, lapor agensi berita MENA hari ini.

Kejadian berlaku berdekatan sempadan Rafah yang menyeberangi Gaza. Agensi berita itu memetik pegawai tentera sebagai berkata, serangan itu ada kaitan dengan serangan militan yang menyebabkan tujuh warga Israel terbunuh, awal semalam.

“Pesawat Israel menjalankan tinjauan di sempadan sehingga memasuki Rafah dan menembak ke arah mereka.

“Ketika itu terdapat beberapa anggota keselamatan dan mereka ditembak oleh pesawat terbabit,” kata pegawai itu kepada MENA. – AFP

Pemimpin Dunia Desak Presiden Syria Berundur


Pemimpin Dunia Desak Presiden Syria Berundur

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini mengetuai pemimpin dunia mendesak agar Presiden Syria, Bashar al-Assad berundur selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran rejim itu terdedah kepada kesalahan jenayah kemanusiaan.

Obama juga mengumumkan sekatan baru terhadap Syria, selepas membeku aset dan menyenaraihitamkan sektor minyak dan gas negara itu sebagai menambah tekanan ke atas rejim berkenaan ketika menangani penunjuk perasaan sehingga lebih 2,000 terkorban.

Rumah Putih kemudian meminta agar Kesatuan Eropah (EU) turut menyusul dengan tindakan AS kerana EU mempunyai jaringan ekonomi lebih besar dengan Syria terutama pembelian minyak berbanding AS.

Ini kali pertama desakan dibuat AS supaya Bashar al-Assad meletakkan jawatan sejak gerakan pro-demokrasi memuncak di negara itu selepas gerakan sama tercetus di Mesir dan Tunisia sejak Mac.

“Kami dengan yakin mahu Presiden Assad mengetuai peralihan kuasa secara demokratik bagi menyelesaikan konflik ini.

“Untuk kepentingan rakyat Syria, masanya sudah sampai agar Presiden Assad berundur,” kata Obama.

Gesaan itu dengan pantas disokong oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Britian, David Cameron. – AFP

Ujian Getir Arsenal Berdepan Liverpool

http://www.gbcsomtv.com/wp-content/uploads/2011/04/gaa.jpg


ARSENAL bakal berdepan ujian terbesar sepanjang 15 tahun kelab itu di bawah kendalian Arsene Wenger apabila menanti kunjungan Liverpool pada aksi kedua Liga Perdana England di Emirates malam esok.

Kesuraman prestasi Arsenal musim lalu berterusan pada musim panas ini dengan penghijrahan ketua pasukan, Cesc Fabregas ke Barcelona serta bakal turut kehilangan Samir Nasri.

Tanpa dua tonggak itu, perancangan Wenger terus diganggu dengan masalah kecederaan dan penggantungan sehingga melibatkan lapan pemain utamanya.

Gervinho dan Alex Song digantung ekoran pergaduhan ketika mereka seri 0-0 dengan Newcastle minggu lalu manakala baki enam lagi pemain masih cedera iaitu Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Johan Djourou, Tomas Rosicky, Armand Traore dan Abou Diaby.

Namun itu semua sama sekali tidak membuatkan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish berasa yakin tetapi beliau tetap bimbang dengan ancaman yang bakal dijelmakan anak-anak buah Wenger.

“Saya tak pasti sejauh mana mereka mampu menangani masalah tersebut. Tapi lebih penting untuk kami sendiri memanfaatkan kesempatan tersebut.

“Kami mampu untuk kawal apa yang mahu kami lakukan. Kami yakin mampu bersaing dengan mereka dan itulah sebenarnya yang perlu kami lakukan pada perlawanan ini.

“Mungkin kami mampu meraih kemenangan di Emirates. Tapi Arsenal tetap akan mendapat sokongan penuh para penyokong mereka dan ia pasti satu perlawanan yang menarik,” kata Dalglish.

Arsenal berjaya menewaskan kelab Itali, Udinese 1-0 pada aksi pertama playoff Liga Juara-Juara pada Rabu lalu.

Pemain sayap Arsenal, Theo Walcott yang menjaringkan gol itu bagaimanapun menegaskan bahawa dia dan rakan-rakan sepasukannya masih optimis untuk meraih kejayaan pada musim ini.

“Mood kami cukup baik ketika ini. Kami masih mendapat keputusan baik biarpun seri 0-0 dengan Newcastle minggu lalu terutama selepas kami beraksi 10 pemain.

“Tidak dibolosi dalam dua perlawanan ini sesuatu yang cukup baik dan para pemain muda turut berpeluang meraih pengalaman beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara,” kata Walcott.

Kapten baru Arsenal, Robin van Persie bakal kembali malam ini setelah digantung pada aksi menentang Udinese.

Pada kedua-dua aksi pertemuan Arsenal dan Liverpool musim lalu, kedua-duanya berakhir dengan keputusan seri 1-1. – mynewshub.my

Chelsea Kehilangan Khidmat Cech

CHELSEA berdepan masalah penjaga gol setelah Petr Cech terpaksa diketepikan selama empat minggu akibat mengalami kecederaan ligamen lutut ketika sesi latihan baru-baru ini.

Chelsea Kehilangan Khidmat Cech


Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas kini perlu memilih sama ada untuk menurunkan Hilario atau Ross Turnbull untuk pertemuan kedua Liga Perdana England menentang West Brom di Stamford Bridge awal pagi Ahad ini.

“Cech mengalami kecederaan ligamen lutut dan perlu berehat tiga atau empat minggu. Ia berlaku pada penghujung sesi latihan dan sesuatu yang normal.

“Pada awalnya kami menjangkakan sesuatu yang lebih teruk tetapi selepas ujian imbasan MRI dibuat, ia satu berita gembira kerana dia hanya perlu diketepikan selama empat minggu,” kata Villas-Boas.

Namun pengurus Chelsea itu bakal diperkuatkan dengan kehadiran penyerang muda yang baharu dibeli dari Anderlecht, Reomelu Lukaku biarpun akan terus turun tanpa pemain pertahanan, David Luiz yang kembali dihantui kecederaan paha. – mynewshub.my

Populasi dunia cecah 7 bilion

http://static.howstuffworks.com/gif/population-six-billion-1.jpg

PARIS: Populasi dunia akan mencecah tujuh bilion hujung tahun ini dengan peningkatan penduduk di Afrika mengatasi kadar kematian di tempat lain.

Kajian terbaru yang dilakukan Institut Kebangsaan Bagi Kajian Demografi (INED) Perancis juga meramalkan peningkatan berterusan keseluruhan populasi sehingga jumlah itu stabil antara sembilan hingga 10 bilion menjelang akhir abad ini.


Daripada enam bilion penduduk, angka yang dianggarkan pada 1999, jurang antara kadar kelahiran dunia dengan kadar kematian meningkatkan jumlah populasi kepada tujuh bilion dalam masa 12 tahun saja.

INED menjangka jumlah penduduk akan bertambah kepada lapan bilion dalam masa 14 tahun lagi sebelum jumlah itu stabil, menurut kajian yang turut menggabungkan penyelidikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia dan beberapa institusi lain.


Dari sudut sejarah, peningkatan populasi global meningkat sejak abad ke-19.


Menurut INED, kini hanya populasi di tujuh negara membentuk separuh daripada jumlah penduduk dunia menyebabkan peralihan demografi mereka akan memberi kesan yang besar.

China berada di tempat teratas dengan 1.33 bilion penduduk sementara India di tempat kedua dengan 1.17 bilion.


Lima negara lain, mengikut turutan, ialah Amerika Syarikat, Indonesia, Brazil, Pakistan dan Nigeria.

INED juga meramalkan India akan menjadi negara paling ramai penduduk antara sekarang hingga 2050. - AFP

RM10,000 untuk anda! [NescafeChillah]

QPR hak Tony

Tan Sri Tony Fernandes

LONDON: Ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes disahkan sebagai pemilik baru kelab Queens Park Rangers, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam.

Tony, pemilik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, memastikan pengambilalihan itu selepas memegang 66 peratus saham kelab barat London yang baru naik divisyen itu daripada pemegang saham terdahulu, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.


Dalam satu kenyataan, usahawan berusia 47 tahun itu, juga prinsipal pasukan Formula Satu, Team Lotus, akan bekerjasama bersama keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus saham di kelab itu.

Tony, yang menganggap dirinya sebagai seorang penyokong West Ham United dalam statusnya di akaun laman web sosial Twitter berkata, beliau sudah lama “berminat” dengan QPR, yang dianggapnya sebagai satu “berlian mentah”.


“Setiap orang tahu saya mengikuti perkembangan West Ham sepanjang hidup saya, tapi sejak kecil saya sudah meminati QPR,” kata Tony.


“Rangers adalah satu daripada pasukan pertama yang saya saksikan ketika kanak-kanak di Loftus Road.

“Saya sering mahu membabitkan diri dalam bola sepak dan meminati sebuah kelab London, seperti QPR dan ia sesuatu yang terlalu bagus untuk ditolak.


“Agak lucu apabila melihat perubahan hidup ini. Kadang-kadang ia melepasi satu pusingan.

“QPR adalah berlian mentah dan harapnya saya boleh menyumbang untuk mengubahnya menjadi sebutir berlian yang bernilai tinggi.” - AFP

RM10,000 untuk anda! [NescafeChillah]

‘Mourinho perosak bola sepak Sepanyol’


MOURINHO dilabel sebagai perosak bola sepak Sepanyol oleh pemain pertahanan Barcelona, Pique.



BARCELONA – Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique menuduh jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho sebagai perosak bola sepak Sepanyol.

Kenyataan itu dibuat Pique selepas aksi kedua Piala Super Sepanyol di Nou Camp awal pagi semalam yang menyaksikan tiga pemain di- layangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas berlakunya pergaduhan.

“Mourinho telah merosakkan bola sepak Sepanyol. Semua mencari siapa pesalah dalam insiden ini. Ia ada di Madrid.

“Seseorang perlu mendapatkan semula video rakaman kejadian, lakukan analisis dan beritahu siapa yang harus dipersalahkan,” kata Pique.

Aksi panas telah berterusan sepanjang lima aksi el clasico pada musim lalu, sekali gus meningkatkan lagi permusuhan kedua-dua pasukan.

Bagi Pique, para pemain Real telah beraksi secara terlalu agresif.

“Saya sangat berharap semua orang berbicara tentang kehebatan perlawanan ini dan bukannya tentang keadaan huru-hara yang berlaku ini.

“Ini bukan pertama kali ia berlaku. Ia sentiasa melibatkan individu yang sama. Seseorang perlu tampil untuk menyelesaikan masalah ini,” jelas Pique.

Insiden panas itu bermula apabila Marcelo melakukan terjahan keras terhadap pemain gantian Barcelona, Cesc Fabregas pada penghujung perlawanan, sekali gus menyebabkan para pemain kedua-dua pasukan termasuk di bangku simpanan bergaduh.

Sewaktu pergaduhan itu juga, kelihatan Mourinho menyusup di belakang penolong jurulatih Barcelona, Tito Vilanova dan mencubit pipinya.

“Saya telah berlaku sopan keti- ka insiden itu dan bertindak seba gai seorang lelaki dengan tidak pergi ke arah sana. Saya tidak tahu Vilanova itu siapa,” katanya.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pula berkata: “Rakaman televisyen telah menceritakan segalanya. Ia akan menjadi lebih teruk jika tidak dihentikan segera.” – Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...