Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Wednesday, August 10, 2011

Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809

http://www.dinar-emas.com/attachment.php?aid=302

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang. - Harakah Daily

David Teo Bayar Bonus Raya RM10,000 Kepada Ustaz Baca Doa

Ustaz Baca Doa Filem MIG Production Dapat Bonus

KUALA LUMPUR – Penerbit MIG Production, David Teo membuktikan dia pemurah apabila semua karyawan filem Kongsi terbitannya mendapat bonus termasuklah Ustaz Fauzan Abd. Samad yang menerima RM10,000 pada majlis berbuka puasa syarikatnya itu semalam.

Menurut David, meskipun Ustaz Fauzan cuma sekadar membaca doa pada majlis kesyukur pelancaran dan tamat penggambaran filem-filem MIG Production tetapi dia juga berhak menerima imbuhan itu apabila Kongsi mengutip kutipan tiket RM8.5 juta baru-baru ini.

“Ini bukan kali pertama saya memberi bonus kepada Ustaz Fauzan tetapi tahun lepas pada majlis seperti ini saya juga telah memberi bonus wang tunai RM10,000 kepadanya. Setakat ini sudah ramai ustaz yang saya jemput membacakan doa selamat pada majlis saya.

“Bagaimanapun, saya dapati Ustaz Fauzan kelihatan lebih jujur dan ikhlas. Perkara itu saya dapat lihat daripada air muka dan nada suaranya sewaktu membacakan doa. Malah, kebanyakkan filem saya yang dia bacakan doa juga mendapat keuntungan besar.

“Saya sudah biasa dengan Ustaz Fauzan dan untuk terus bekerjasama dengannya. Bagi saya, orang seperti dia juga amat penting bagi memastikan kejayaan filem-filem terbitan MIG Production pada masa akan datang,” ujarnya pada sidang akhbar sebelum majlis berbuka puasa itu.

Pada majlis itu, penerbit berasal dari Segamat, Johor itu memberikan bonus kepada pengarah, pelakon dan karyawan di belakang tabir Kongsi yang merupakan filem ke-45 terbitannya di mana kutipan tiketnya adalah yang tertinggi di bawah syarikat produksi tersebut.

Pengarah Kongsi, Farid Kamil Zahari contohnya, menerima wang tunai RM50,000 dan RM50,000 biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang filem di luar negara, pelakon utamanya, Shahiezy Sam (RM60,000) dan Yana Shamsudin (RM10,000).

Farid Kamil yang berasal dari Kedah berkata, dia terharu dengan sumbangan David itu kerana ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi motivasi kepadanya untuk berkarya dengan lebih kreatif lagi pada masa akan datang.

“Saya belum memutuskan untuk melanjutkan pengajian di universiti mana di luar negara dalam bidang perfileman selepas ini. Buat masa ini, saya mahu menyiapkan terlebih dulu filem terbaru arahan saya yang berjudul Cup Prix yang juga diterbitkan oleh MIG Production,” katanya.

Majlis yang dikenali sebagai Malam Kongsi Rezeki itu turut menyaksikan David menghulurkan sumbangan anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Rumah Anak Yatim Syifa, Pusat Jagaan dan Asuhan Raudhatul Ikhwan, Persatuan Kebajikan Al-Munirah dan Darul Kifayah.

Tidak ketinggalan sumbangan berupa wang tunai RM1,000 setiap satu kepada enam persatuan artis termasuklah Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan Persatuan Sutradara Malaysia di mana ia juga adalah amalan MIG Production sejak beberapa tahun lalu. - MyNewsHub

[Video] - Pelajar Malaysia Di London Dipukul dan Dirompak



LONDON - Pelajar Malaysia gang dikenali sebagai Asyraf Haziq yang cedera dipukul dan kemudian dirompak di Barking, London. Asyraf Haziq yang ketika itu dalam perjalanan ke Pasar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Sudah jatuh ditimpa tangga dah la cedera lepas tu kena pulak rompak dengan pencopek yang konon cuba menolong Asyraf Haziq rupa-rupanya helah sahaja dimana mereka mengambil kesempatan keatasnya. Disebabkan kejadian itu dia kehilangan telefon bimbit dan Wallet.

Beliau sekarang sedang dirawat di Royal London Hospital kerana patah rahang mulut dan gigi.

Safee Sali Dirisik Kelab Bundesliga?

Sandiwara longgar skru

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCIJQKQgcaHb7tN0-56zNFl0drEt5vlxDXK1R5l6B7FShwkq6R8AfGBSE6VFxV3njA5ShM2SjCMLC5FDh1Y-SOAWXphT3llyZvnMUZxte82LO6_QyTXDY-PxNSXjTPFcUEmC8Y2tnr_Ivu/s1600/curik.jpg

DICURI...besi penghadang yang ditanggalkan pencuri di susur keluar
MRR2 menghala Jalan Taman Bukit Maluri.


KUALA LUMPUR: Lagak mereka seperti pekerja penyelenggaraan jalan raya, namun jika diamati mereka mencuri besi penghadang jalan dengan membuka skru besi di sepanjang susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Jalan Taman Bukit Maluri, di sini.

Perbuatan itu menyebabkan banyak besi penghadang yang menjadi penghalang atau penebat kenderaan yang terbabas daripada jatuh ke bawah jejambat hilang dan keadaan itu mengundang kebimbangan di kalangan pengguna lebuh raya berkenaan.

Tinjauan Metroplus mendapati banyak penghadang jalan di lebuh raya yang menghubungkan Sungai Buloh dan Batu Caves, lesap.

Peniaga, Lim, 43, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan lima hingga tujuh orang yang berlakon seperti pekerja penyelenggara lebuh raya termasuk menggunakan jaket keselamatan.

“Operasi mereka bermula pada siang hari dan mereka seolah-olah menyelenggara lebuh raya, tetapi mereka cuba melonggarkan dan membuka skru besi penghadang.

“Kemudian pada tengah malam mereka datang semula ke kawasan sama dan membuka besi yang dilonggarkan itu sebelum dijatuhkan ke bawah jejambat dengan ada anggota kumpulan mereka menunggu dengan lori. “Besi yang dijatuhkan itu dimuatkan ke dalam lori untuk dijual kepada peraih besi buruk,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pengguna lebuh raya berkenaan, Ahmad Sajali, 34, berkata kecurian besi penghadang itu menyusahkan pengguna jalan raya.

“Disebabkan tindakan mencuri besi penghadang memungkinkan kemalangan jalan raya bertambah teruk. Saya berharap pihak berkuasa terutama polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pengurusan lebuh raya peka dengan masalah ini kerana ia berlarutan sejak setahun lalu, tapi besi penghadang yang dicuri belum diganti,” katanya. Menurutnya, pihak berkuasa perlu kerap membuat pemantauan termasuk melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan terbabit bagi mencegah kecurian daripada berterusan.

Difahamkan, individu sama turut mencuri besi penutup longkang di hentian motosikal (laluan berteduh dari hujan) di bawah jejambat sama menyebabkan longkang tidak bertutup dan boleh menyebabkan kemalangan motosikal terutama waktu malam dan gelap.

Sementara itu, Pegawai Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Zurida Hashim, berkata pihaknya sudah mengenal pasti lokasi kehilangan penghadang jalan terbabit dan mengesahkan ia di bawah penyelenggaraan pihaknya.

“DBKL akan melakukan kerja pembaikan dengan menggantikan penghadang besi jalan yang hilang. Ia dijangka siap dalam dua bulan kerana besi itu perlu ditempah dari kilang mengikut bentuk asal. Selain itu, bahagian skru akan dikimpal bagi menyukarkan ia dibuka, sekali gus mengelakkan dicuri lagi,” katanya.

my metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...