Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, September 8, 2011

Kifarah 1 Bilion Riyal Saudi akibat Tersalah Umum Tarikh Eidul Fitri


Kerajaan Arab Saudi membayar 1 bilion Riyal Saudi sebagai kifarah kerana tersalah umum tarikh Eidul Fitri yang sepatutnya jatuh pada 31 Ogos bukan 30 Ogos. Anak bulan yg kelihatan rupanya adalah planet Saturn! Kerajaan Arab Saudi memerintahkan rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yg tertinggal.

Saksikan Video di bawah:


 

Sumber: NextChannel

Jangan Bimbang, Ambulans Selamat Digunakan



Jangan Bimbang, Ambulans Selamat Digunakan

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pesakit agar jangan bimbang dibawa menaiki amabulans kerana pelbagai langkah termasuk latihan pemanduan dijalankan bagi pemandu untuk tujuan ini.

Beliau berkata semua pemandu ambulans telah menjalani latihan yang meluas dan terperinci termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Mereka mahir dan pemandu yang lebih berhati-hati. Jadi pesakit janganlah bimbang. Kita sediakan perkhidmatan yang cemerlang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Merdeka Raya Kementerian Kesihatan di sini Khamis.

Lima kemalangan dicatatkan yang membabitkan ambulans sejak tiga bulan lepas, mengorbankan pesakit yang sedang dibawa menaiki kenderaan kecemasan itu.

Liow berkata kementerian itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman untuk mengenal pasti faktor-faktor dan punca kemalangan itu berlaku.

Menteri itu berkata had kelajuan ambulans akan dikaji semula kerana kenderaan itu diubah suai dan dilengkapkan dengan peralatan dan diklasifikasikan pada ambulans jenis A, B and C.

“Jadi adalah penting untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu mengenai had kenderaan itu kerana ambulans telah diubah suai,” kata beliau.

Di samping itu, beliau berkata kementerian berkenaan sedang memperbaiki perkhidmatan unit perkhidmatan pra-hospital, termasuk perkhidmatan ambulans.

“Unit perkhidmatan pra-hospital akan dinaik taraf menjadi sebuah jabatan agar kita boleh memperbaiki lagi perkhidmatan ambulans dari semua peringkat di seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Hasan berkata di bawah unit tersebut, perkhidmatan ambulans akan dipertingkatkan apabila ia dilengkapkan dengan peralatan untuk merawat pesakit ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Unit ini akan meningkatkan kebolehcapaian ambulans,” katanya.

Kini terdapat kira-kira 1,500 unit ambulans di seluruh negara. – BERNAMA

Young, Rooney Mampu Tawan Eropah


Young, Rooney Mampu Tawan Eropah

ASHLEY Young yakin beliau dan Wayne Rooney mampu menawan Eropah sama ada bersama skuad kebangsaan England mahu pun kelab mereka, Manchester United.

Kedua-dua pemain itu kini pada prestasi terbaik dengan menjaringkan empat daripada enam gol skuad England pada tiga aksi terakhir.

Malah Young menjaringkan dua gol manakala Rooney lima gol sepanjang tiga aksi Liga Perdana Inggeris bersama United musim ini.

Lantas Young, 26, kini berharap ia hanyalah permulaan kepada gandingan lebih mantap untuk membawa England menjuarai Euro 2012.

“Kami boleh meningkatkan persefahaman ketika di kelab dan dengan permulaan baik saya dan Rooney musim ini, kami mampu melakukannya.

“Andai kami dapat meneruskan gandingan mantap di United, saya pasti kami juga akan turut sama beraksi baik untuk skuad England,” kata Young.

Young dan Rooney bakal turun membantu United untuk berdepan Bolton di tempat lawan, awal pagi Ahad ini. - MyNewsHub

GEMPAR!!! – Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mulai 15 Sept

GEMPAR!!! - Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mula 15 Sept

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan

60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

Safee tak sabar gegar

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLofS-BW1R2tmruTGQ8kFCA4xbktcmbtUBJw799IXxDAXDcESE70Unl2ZecXoN5oL1AVb_8OJT4wzGM9qmENNFfkM2VyelTcBRl4e-w4u6Cg0Znum4szy9pBdbi451VRVZWu-jU1wws1I/s1600/safee-sali.jpg


KELAB Liga Kejuaraan, Cardiff City terus memberikan peluang kepada pemain kebangsaan untuk membuktikan kemampuan bersaing dalam kancah bola sepak Eropah.

Kali ini kelab Liga Divisyen Dua England yang diambil alih ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee tahun lalu itu membuka pintu buat penyerang berbisa negara, Mohd Safee Sali untuk menjalani ujian percubaan (trial) selepas kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim terlebih dulu mendapat peluang terbabit.

Namun Mohd Safee yang juga penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya FC bakal terlebih dulu diuji bersama kelab berpangkalan di Wales selama dua minggu bermula Isnin ini dengan Mohd Safiq perlu memberikan komitmen bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya tidak terkecuali mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris. Malah ketika kecil saya mengimpikan beraksi di sana dan kini saya sudah dapat peluang melakukannya.

“Pintu sudah terbuka untuk saya. Ia peluang sekali dalam seumur hidup dan saya akan berikan segala-galanya untuk membuktikan kemampuan,” kata penyerang berusia 27 tahun itu yang sering dibandingkan dengan legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu adalah antara tonggak yang membantu Malaysia menjuarai piala rebutan rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama sehingga memikat hati Pelita Jaya FC untuk mengikatnya, sekali gus menjadi pemain tempatan pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL).

Malah kehadirannya di kelab terbabit amat dirasai apabila menjaringkan sejumlah gol penting untuk mengelakkan Pelita Jaya FC tersingkir ke liga bawahan.

Mohd Safee juga mempamerkan sentuhan berbisa pada Julai lalu apabila meledak dua gol ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool. - Hmetro

[Video] - Penjelasan Adik Mat Indera




Penjelasan Baharom Shah Indera yang merupakan adik Mat Indera.Berasal dari Bakri, Muar Johor. Beliau tampil di pejabat PAS pusat pada 7 September 2011 memberi penjelasan mengenai abangnya Ahmad bin Indera (Mat Indera)

Sumber Video: Sinar Harian Web TV

Ferguson tak minat guna khidmat Sneijder



SNEIJDER gagal memenuhi impiannya untuk berhijrah ke Old Trafford pada musim panas lalu.


LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelaskan, dia enggan meneruskan usaha mendapatkan Wesley Sneijder pada musim panas lalu kerana perancang Inter Milan itu dianggap tidak sesuai mengambil tempat Paul Scholes.

Sebelum ini, Sneijder telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, namun akhirnya membuat keputusan untuk terus kekal di San Siro.

Selepas musim perpindahan ditutup baru-baru ini, Sneijder mengakui bahawa dia hampir sahaja menyertai skuad The Red Devils.

Begitupun, Ferguson pula mendedadakan, hanya dua sahaja pemain di dunia yang mampu mengisi tempat Scholes di bahagian perancang United.

“Sebenarnya Sneijder bukan pengganti yang sesuai kepada Scholes,” kara Ferguson.

“Dia memang seorang pemain yang bagus, tetapi bukan pemain yang kami cari untuk menggantikan Scholes.

“Hanya Xavi dan Iniesta (kedua-duanya pemain Barcelona) yang boleh dibandingkan dengan Scholes,” kata Ferguson. – Agensi

Mat Sabu: Kalau referendum, Tunku tak jadi PM


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

mat indera forum 070911Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu.

“Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

“Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan,” katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai “merdeka in bracket”.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan.

“Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.

mat indera forum 070911“Ini Umno saja raya,” katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut terlibat sebagai pemforum kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

'Chin Peng atau Henry Gurney baik?'

Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali.

NONE“Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand.

“Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno),” katanya.

Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas.

sir henry gurney 240609Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.

“Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?

“Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri,” katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.

Estet, lombong British

Terus mempertahankan kenyataan kontroversinya – bahawa Mat Indera yang penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan “polis British” – Mohamad berkata, beliau kini menemui buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.

NONEDalam buku itu, tambahnya, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

“Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku,” katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.

Setelah diserang bertubu-tubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu semalam. - Mkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...