NEW YORK, Amerika Syarikat AS – Selepas seni meniarap seperti papan, planking, popular di internet, alam siber itu kini hangat dengan trend fotografi terbaharu dinamakan horsemaning, lapor sebuah akhbar semalam.
Promosi Hebat
Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!
The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII
Sunday, August 14, 2011
Gambar kepala dipenggal trend baru dalam internet
NEW YORK, Amerika Syarikat AS – Selepas seni meniarap seperti papan, planking, popular di internet, alam siber itu kini hangat dengan trend fotografi terbaharu dinamakan horsemaning, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen komuter China ada beg tinju gergasi
SHANGHAI, China – Beberapa beg tinju dipasang di stesen komuter Xujiahui di sini untuk membantu orang ramai supaya ‘lebih bertenang’ lapor sebuah akhbar semalam.
Ditaja jenama sukan terkenal, Adidas, pengguna komuter yang marah, penat atau mabuk boleh menumbuk dan menendang beg tinju gergasi itu untuk melegakan perasaan mereka selepas ia dipasang baru-baru ini.
Pemasangannya juga diharap dapat mengurangkan kes petugas stesen komuter dimaki hamun penumpang akibat tertinggal tren seperti yang kerap berlaku sebelum ini.
Di permukaan beg tinju itu tertera pelawaan kepada orang ramai untuk menggunakan ‘kemudahan’ tersebut yang memberitahu: “Setiap tahun, anda menghabiskan masa sekitar 1,824 minit di platform komuter. Jangan bazirkan masa, sudilah lepaskan satu dua tumbukan untuk mengurangkan tekanan dalam diri anda!” – Agensi
BBC Sport Match Of The Day 13/08/11 Week 1 Mediafire Link
Match List:
QPR vs Bolton
Liverpool vs Sunderland
Newcastle vs Arsenal
Blackburn vs Wolves
Wigan vs Norwich
Fulham vs Aston Villa
Download Link:
QPR vs Bolton - http://www.mediafire.com/?ndqttkudnt29ihq
Liverpool vs Sunderland - http://www.mediafire.com/?gtaqclmdtd3d2dp
Newcastle vs Arsenal - http://www.mediafire.com/?id797twcui2zpz2
Blackburn vs Wolves - http://www.mediafire.com/?a37ax1ankklta2h
Wigan vs Norwich - http://www.mediafire.com/?5fbsvfa3i517v7e
Fulham vs Aston Villa - http://www.mediafire.com/?75cv2sbui690d7t
Single Link:
http://www.fileserve.com/file/f8K4cpK/Match_of_the_Day_13th_August_2011.avi
or
http://www.filesonic.com/file/1666897054/Match_of_the_Day_13th_August_2011.avi
Ibu terkejut anak 14 tahun hamil
KENINGAU: Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin.
Rais dakwa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50
Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.
"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam.
Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.
Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.
"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya.
Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang.
Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.
Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.
Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.
Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.
Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.
"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.
Tindakan Pantas Bapa Gagalkan Cubaan Culik
BESUT – Tindakan pantas seorang bapa melaporkan kepada polis kejadian anak gadisnya dilarikan oleh tiga pemuda yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berjaya menyelamatkan anaknya itu daripada menjadi mangsa culik.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam kejadian pukul 9.15 malam tadi, bapa berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu terdengar jeritan anak gadisnya yang ketika itu sedang membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumah mereka di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut.
“Apabila keluar dari rumah, dia ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali sedang menarik anak gadis berumur 15 tahun itu ke dalam sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang juga dinaiki dua lelaki lain.
“Tergamam dengan kejadian itu, si bapa tidak sempat mengejar kereta itu kerana ia berlaku terlalu pantas dan segera membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut sejurus kejadian berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bertindak atas laporan, satu operasi dilancarkan dengan bantuan orang ramai dan akhirnya polis berjaya menahan dua lelaki kira-kira pukul 2.30 pagi ini hasil serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Manok, Pasir Putih di Kelantan iaitu kira-kira 20 kilometer daripada tempat mangsa diculik.
Kamaruddin berkata gadis yang menjadi mangsa culik itu ditemui di rumah berkenaan dalam keadaan ketakutan.
Berdasarkan pemeriksaan doktor yang dibuat di Hospital Daerah Besut pagi ini mendapati gadis berkenaan tidak diapa-apakan oleh suspek, katanya.
Polis kini menahan reman kedua-dua lelaki yang berumur 25 dan 17 yang berasal dari Kuala Besut itu untuk membantu sisatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Polis juga sedang menjejaki seorang lagi suspek dalam kejadian itu yang dipercayai melarikan diri semasa serbuan dilakukan, katanya. – BERNAMA