Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Wednesday, September 21, 2011

Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan: Dr Asri

Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan: Dr Asri


KOTA BARU – Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan, suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Beliau berkata kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya sahaja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara. – BERNAMA

Piala Carling: United, Arsenal Mara

Piala Carling: United, Arsenal Mara

MANCHESTER UNITED biarpun hanya menurunkan pasukan kedua mereka tetap mudah menewaskan Leeds United 3-0 di Elland Road pada aksi pusingan ketiga Piala Carling, awal pagi tadi.

Pengurus United, Alex Ferguson yang memilih untuk meletakkan Antonio Valencia sebagai bek kanan dan Michael Carrick sebagai bek tengah telah membuka tirai jaringan menerusi Michael Owen pada minit ke-15.

Owen sekali lagi meledak untuk gol kedua United pada minit ke-30 sebelum pemain veteran, Ryan Giggs menjaringkan gol ketiga pada penghujung babak pertama.

Tiada tambahan jaringan pada babak kedua tetapi United terpaksa beraksi 10 pemain pada penghujung perlawanan setelah bek tengah, Zeki Fryers mengalami kecederaan ketika tiga pertukaran telah dibuat Ferguson dan memaksa Dimitar Berbatov turun mengisi posisi tersebut.

Sementara itu, di Stadium Emirates, Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke pusingan keempat setelah berjaya menundukkan Shrewsbury Town 3-1.

James Collins meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-16 sebelum anak-anak buah Arsene Wenger itu berjaya membalas tiga gol menerusi Kieran Gibbs (33), Alex Oxlade-Chamberlain (58) dan Yossi Benayoun (78).

Bolton pula yang berkedudukan kelompok bawahan Liga Perdana Inggeris ketika ini mendapat suntikan moral setelah berjaya menewaskan Aston Villa 2-0 di Villa Park.

Lain-lain perlawanan pagi tadi menyaksikan Wolves membelasah Millwall 5-0, Burnley menewaskan Milton Keynes Dons 2-1, Newcastle menang 3-2 ke atas Nottingham Forest, Stoke terikat 0-0 dengan Tottenham manakala Blackburn menumpaskan Leyton Orient 3-2.

Tahniah Zizan

http://2.bp.blogspot.com/-pgas8zQhL1Q/TnGDpUsVbmI/AAAAAAAAC3A/p6ltYOwCkgQ/s1600/hantu-bonceng-2011-poster.jpg

Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Mohd Razizan bin Abd Razak yang telah mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Saya sangat menghormati sikap sedemikian dan telah saya sebutkan sebelum ini didalam kenyataan saya bahawa sewajarnya pihak pengarah dan pelakon Filem Hantu Bonceng iaitu  saudara Mohd Idham dan Zizan memohon maaf kerana mencetus kekeliruan kepada masyarakat awam. Sekiranya mereka memohon maaf, mereka akan lebih dihormati.

Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati  di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini.

Bukan sahaja pada lafaz kalimah syahadah tetapi juga pada aksi - aksi yang lain seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, berpelukan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, adegan tahyul dan sebagainya mesti dielakkan dalam dunia lakonan justeru ia menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat khasnya anak muda selain ianya bertentangan dengan hukum Islam.

Allah Ta'ala berfirman di dalam Surah At-taubah, Ayat 65:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ

Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia senantiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kita kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya, namun Islam mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.

Saya percaya, masih terlalu luas ruang untuk seniman dan karyawan menghasilkan karya seni mereka tanpa melanggar batas syariat dan mencacatkan keindahan Islam. Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award di peringkat antarabangsa, seperti filem dari Iran "Under The Moonlight"  yang memenangi 6 award diperingkat antarabangsa pada tahun 2001 yang lalu. Begitu juga filem "Children of Heaven" yang dicalonkan sebagai penerima anugerah oscar dalam Academy Award dan memenangi 10 lagi award di pelbagai peringkat antarabangsa.

Sudah sampai masanya, pengarah dan penerbit filem negara menghasilkan filem bermutu tinggi, mendidik minda dan sosio budaya masyarakat serta mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Bebaskan industri filem negara dari serkap filem yang rendah mutu, terkepong dalam realiti masyarakat yang tidak sepatutnya dibanggakan dan filem yang mengeksploit batang tubuh wanita, keseksian, kelucahan dan ketahyulan sebagai azimat pelaris tayangan di pawagam.

Saya mengingatkan demikian justeru berkarya juga berkait rapat dengan dosa pahala dan syurga neraka. Karya juga sebahagian dari medium pendidikan umum masyarakat yang berkesan kepada masyarakat. Maksudnya, berkarya dalam pelbagai lapangannya mestilah mengambil kira keredhaan Allah swt, bukan hanya menilai keuntungan dan sambutan bertaraf pecah gudang.
Dewan Pemuda PAS sedia membantu untuk mengangkat martabat industri filem negara dalam ruang yang boleh diambil oleh pemuda selama industri ini sedia untuk bebas dan dibebaskan dari pengaruh maksiat dan mungkar.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Sumber: Pemuda PAS Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...