PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson tampak menarik nafas lega
apabila Norwich City gagal mengejutkan skuad bimbingannya itu pada aksi
Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.
Norwich kendalian Paul Lambert berjaya menguasai gelanggang lawan
sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada United hasil
jaringan lewat Anderson, minit ke-68 dan Danny Welbeck, minit ke-87.
Kemenangan itu membolehkan United melebarkan rekod tanpa kalah di laman sendiri kepada 19 perlawanan.
“Rekod kami di laman sendiri cukup baik sepanjang dua musim ini. Aksi pada perlawanan ini bukanlah persembahan terbaik kami.
“Namun kami memiliki kecekalan dan sikap tidak berputus asa. Itulah kualiti yang kami miliki,” kata Ferguson.
Selepas tujuh perlawanan, United masih kekal di tangga teratas dengan
19 mata, hanya dibezakan jaringan dengan pasukan di tangga kedua,
Manchester City. - Mynewshub