Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Saturday, September 3, 2011

[VIDEO] - SIDANG MEDIA MAT SABU: MENJAWAB FITNAH KOMUNIS TV3, MEDIA PERDANA

            

Terowong dijadikan tempat berlumba kereta mewah


TEROWONG Hindhead di Surrey, England menjadi tumpuan golongan muda memandu laju dengan menggunakan kereta sport mewah.


HINDHEAD – Sebuah terowong sejauh 2.09 kilometer di selatan England di sini menjadi tumpuan golongan muda untuk memandu kereta sport mewah pada kelajuan tinggi, lapor sebuah akhbar semalam.

Golongan muda itu memandu kereta Lamborghini, Ferrari dan Aston Martin untuk mencipta rekod mereka sendiri semasa memandu laju di terowong tersebut.

Terowong itu bernilai £370 juta (RM1.7 bilion) dan ia digunakan untuk kereta dan lori yang bergerak di antara London dengan kawasan Pantai Selatan.

Beberapa laporan menyatakan bahawa terdapat beberapa kereta yang dipandu dengan laju dan membelok di sekitar bulatan dekat sebuah sekolah rendah.

Aksi pemandu kereta itu boleh ditonton di laman YouTube.


Terowong itu dibuka pada 29 Julai lalu.

Seorang penduduk, William Broadhurst, 66, yang tinggal beberapa meter dari terowong itu menyatakan perbuatan pemandu yang tidak bertimbang rasa telah menyebabkan penduduk sukar tidur pada waktu malam.

Dia bimbang kematian akan berlaku di terowong tersebut ekoran tindakan para pemandu berkenaan. – Agensi

'Rampasan kuasa 16 Sept' adalah benar, kata Wikileaks

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor membuktikan bahawa dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara pada 16 September 2008 mempunyai asasnya.

september 16 political party jumpCatatan yang dimuat-naik oleh portal pembocor maklumat, Wikileaks menunjukkan bahawa sekumpulan ahli-ahli politik dari Sabah dan Sarawak telah merancang untuk berpaling tadah daripada BN.

Wikileaks, mendakwa bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata hampir separuh daripada 25 ahli parlimen Sabah telah bersedia untuk meninggalkan BN bagi menyusul tindakan yang diambil oleh SAPP.

Menurut kabel itu, kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat juga mendapati ahli politik kanan Sabah tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu yang mengadakan beberapa siri mesyuarat dari 18 hingga 20 Jun pada tahun itu di negeri berkenaan.

azlan"Hakikatnya, kata Salleh (kanan) antara (lapan) hingga 14 ahli parlimen (daripada 25 MP Sabah tersebut) akan meninggalkan BN. Beliau menamakan (lima) dari Umno, (empat) dari Upko, sebagai tambahan kepada (dua) dari Sapp," petik kabel, bertarikh 24 Jun, 2008 itu.

Ini kali pertama sumber di luar daripada pembangkang yang mengesahkan legitimasi Hari Malaysia seperti yang didakwa oleh Anwar itu. Walaupun berbulan lamanya Pakatan Rakyat mencanangkan bahawa mereka akan mengambil alih Putrajaya pada tarikh yang simbolik itu, namun, ia tidak menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, cakap-cakap mengenai pembelotan itu diperkuatkan apabila Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) menganjurkan 'lawatan sambil belajar' ke Taiwan seminggu sebelum tarikh berkenaan. Ia dihadiri sebahagian besarnya oleh ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak.

49 mp back benchers parliament taiwan study trip klia airport 090908Ketua BNBBC yang juga ahli parlimen Bintulu Datuk Tiong King Sing, bagaimanapun menyangkal dakwaan bahawa lawatan mempunyai apa-apa objektif lain selain untuk mempelajari industri pertanian di Taiwan.

Kabel yang dilabelkan sebagai sulit itu, bagaimanapun, menegaskan walaupun ahli-ahli politik kanan Sabah berkenaan sebulat suara tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah, mereka pada masa yang sama tidak pula menyokong Anwar.

Perkara itu dikatakan ada kaitan dengan 'luka lama yang didakwa masih berdarah' apabila Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir Mohamed berperanan utama mengulingkan kerajaan negeri pimpinan PBS pada 1994. - Mkini

PM bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan?

http://media1-cdn.malaysiakini.com/395/d3b61d328d353031e33a28ee1883dd8c.jpg

Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.

Kali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.

najib private jet 020911Dalam satu emel, semalam, seorang pembaca Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.

Menurut pembaca, yang menghubungi Malaysiakini, beliau mengandaikan perdana menteri berada di Australia berdasarkan dua laman web yang memaparkan gambar dan mencatatkan masa ketibaan pesawat-pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

'November Romeo 1'

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

najib private jet 020911Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.

Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.

Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB.

Sementara itu, seorang pembantu Najib berkata orang ramai masih boleh mengunjungi perdana menteri itu semasa majlis rumah terbuka di rumahnya Pekan, Pahang pada 18 September ini. - Mkini

Azizan bertegas mampu teruskan tugas MB



wajah terbaru Azizan sewaktu menziarahi jenazah Allahyarham Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Pendang semalam.


ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan beliau mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna.

“Nak ada pemangku buat apa? Ni dah keluar (hospital) dan semua sihat dah,” kata beliau mengulas laporan akhbar kelmarin yang menyatakan kepimpinan Pas sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

Menurut laporan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Azizan berkata, sekiranya kepimpinan Pas ingin berbuat demikian, ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula- mula jatuh sakit dahulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan bukannya sekarang. - Kosmo!

Sneijder tidak tamak

LONDON – Wesley Sneijder menegaskan kegagalan dia berpindah ke Manchester United dengan harga £35 juta (RM170.3 juta) bukan berpunca daripada sikapnya yang tamak.

United dikatakan enggan menyamai gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu yang diperolehi Sneijder di Inter Milan dan menjelaskan mereka tidak akan membayar gaji melebihi £190,000 (RM924,493) seminggu.

Sneijder berkata, dia memang sudah hampir untuk menyertai United, namun perpindahan tersebut tidak menjadi kerana dia mahu terus berada di San Siro.

“Bagi saya, semuanya bukan berpunca daripada isu gaji,” kata perancang Belanda itu.

“Saya berasa sangat selesa di Inter. Saya sayang kelab ini dan juga budaya Itali serta masyarakat di sini. Ia sesuai dengan jiwa saya.

“Perpindahan itu memang hampir berlaku. Ada beberapa perbincangan dibuat. Ini kerana Inter perlu menjual seorang pemain iaitu sama ada saya atau Samuel Eto’o.”


SNEIJDER (kiri) Eto’o tidak lagi bersama selepas penyerang Cameroon itu dijual kepada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.


Inter telah menjual penyerangnya, Eto’o kepada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.

“Mereka (United) adalah antara kelab terbaik di dunia, jadi ia bukan sesuatu yang teruk bagi saya,” tambah Sneijder.

“Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu meninggalkan Inter.

“Serie A amat bagus bagi saya dan saya tidak nafikan bahawa saya juga berminat menyertai United.

“Tetapi perpindahan ini bukan satu kemestian bagi saya dan ada beberapa perkara yang membuatkan ia tidak berlaku.” – Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...