Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Friday, September 9, 2011

Pendirian PAS Dalam Kontroversi Isu Sejarah


1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.

2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.

3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.

4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.

5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.

6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil ‘total confrontation approach’ menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.

7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.

Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu.

Kita harus “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat.

Dalam isu menafsir sejarah, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan prinsip “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini. Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media.

Firman Allah berkata:
"Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan.”

Sehubungan itu, semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang  buruk kepada yang telah meninggal dunia.

Kita juga harus bersangka baik ketika menilai status Mat Indera, sedangkan kita tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.

Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau.

Fakta yang ada saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, beliau tidak pernah  menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor.

Belah satu lagi pula membuat pelbagai  tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.

Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada  beliau?

Dalam isu ini, PAS telah membuat pendirian yang jelas. Namun, kami percaya sebagaimana jelas pun pendirian kami, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.

PAS juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya. Majlis ini juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
9 September 2011

Fernando Torres Diberi Kata Dua

Fernando Torres Diberi Kata Dua

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas akan terus bersabar dengan kemarau gol penyerangnya, Fernando Torres selagi pasukan itu terus mencatat kemenangan.

Namun Torres yang dibeli Chelsea dengan harga 50 juta pound daripada Liverpool pada Januari lalu akan berdepan disingkirkan jika masalahnya itu menggangu pencapaian pasukan.

Penyerang Sepanyol berusia 27 tahun itu hanya menjaringkan satu gol dalam saingan liga musim lalu sejak dia menyertai Chelsea.

“Kami perlu terus yakin dengan Torres dan membantu dia untuk mendapatkan semula sentuhan golnya. Ia tidak menjejaskan pasukan.

“Tapi apabila sampai masa ia menjejaskan pasukan, khidmatnya bersama kelab ini terpaksa ditamatkan,” kata Villas-Boas dengan tegas. – mynewshub.my

36 Kawasan Catat Kualiti Udara Sederhana Pagi Ini

36 Kawasan Catat Kualiti Udara Sederhana Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 36 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, manakala 15 lagi merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik setakat 7 pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.

Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan dengan 98, Bukit Rambai, Melaka (96); Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor yang masing-masing mencatat 87, dan Port Dickson, Negeri Sembilan (86), kata JAS menerusi laman webnya.

Semalam JAS dilapor berkata keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil. – BERNAMA

De Gea bakal diuji


DE GEA bakal berdepan ujian paling getir dalam kariernya pada aksi menentang Bolton awal pagi esok.


LONDON - Alex Ferguson menegaskan, David de Gea bakal berdepan ujian paling getir dalam karier pada pertemuan Liga Perdana England menentang Bolton Wanderers awal pagi esok.

De Gea, 20, dibeli dengan harga £18 juta (RM86 juta) dari Atletico Madrid musim panas lalu tetapi penjaga gol itu mula menghadapi ke- sukaran pada awal musim di Manchester United.

Namun selepas persembahan ketika menen- tang Manchester City pada final Piala Perisai Komuniti dan menentang West Bromwich Albion pada aksi pembukaan Liga Perdana England, De Gea mula menunjukkan kemampuan sebenar.

Bintang skuad bawah 21 Sepanyol itu berjaya menghalang gawang United daripada dibolosi ketika menentang Tottenham Hotspur dan kemudian menyelamatkan satu sepakan penalti ketika The Red Devils membelasah Arsenal 8-2.

Menjelang pertemuan dengan Bolton ini, De Gea sekali lagi berdepan cabaran paling besar kerana perlu menangani jentera serangan skuad Owen Coyle itu yang diketuai oleh Kevin Davies.

"De Gea telah membuat kesilapan dalam be- berapa aksi pertama yang mana kami atau dia sendiri tidak menjangkakan," kata Ferguson.

"Ia agak pelik kerana prestasinya ketika di Atletico Madrid sangat hebat bagi pemain yang berusia 18 tahun sepertinya.

"Tidak diragui lagi dia berpotensi menjadi seorang pemain yang hebat. Tugas kami di kelab ini ialah menggunakan sebaik mungkin potensi tersebut dan memastikan dia muncul sebagai penjaga gol terbaik di dunia."

Tambah Ferguson lagi: "Dia akan menjadi pemain seperti itu sebaik saja dia mendapat pe- ngalaman dan menyesuaikan diri dengan suasana dalam liga ini. 

"Saingan liga di sini berbeza dengan Liga Sepanyol. Di sini ada lebih banyak hantaran silang perlu ditangani. Kita akan dapat melihat keupayaan yang sebenar sedikit demi sedikit."- Agensi

Safee Sali bakal cetus fenomena baharu



SAFEE akan menjalani latihan bersama Cardiff City pada 12 September ini.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menganggap pemergian penyerang prolifik kebangsaan Mohd. Safee Mohd. Sali untuk menjalani ujian dan latihan dengan Cardiff City pada 12 September ini merupakan medan terbaik untuk membuktikan kehebatan anak tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peluang tersebut perlu digunakan untuk menimba seberapa banyak ilmu bagi membantu meningkatkan tahap kemahiran serta melonjakan ranking bola sepak negara seterusnya mendapat permit kerja bagi memboleh mereka beraksi di Liga Perdana England (EPL).

Menurutnya, KBS yakin isu permit kerja akan menjadi pendorong kepada pemain kebangsaan meningkatkan pretasi bagi menaikkan ranking negara ke kedudukan yang lebih baik.

“Syarat bagi seseorang pemain untuk beraksi di EPL ialah pasukan kebangsaannya perlu berada dalam senarai 70 pasukan terbaik dunia mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Anta- rabangsa (FIFA).

“Kalau pemain kita berpotensi, berkemungkinan akan ada usaha untuk mengecualikan syarat permit kerja bagi membolehkan pemain negara beraksi dan jika ini berlaku tidak mustahil suatu hari nanti kita akan mendengar nama pemain Malaysia yang bermain di sana,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan, Safee akan menjalani sesi ujian dan latihan bersama kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.

Dia akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Ahmad Shabery memberitahu, sukan bola sepak juga kini merupakan satu industri yang mana
Asia dilihat sebagai pasaran yang sangat berkembang dan sebab itu pemain dari rantau Asia kini menjadi pilihan kepada kelab-kelab ternama untuk beraksi dengan mereka.

“Sekiranya ada pemain dari Asia beraksi dengan kelab England, ia merupakan satu lonjakan perniagaan kepada kelab terbabit untuk meluaskan pasaran mereka yang sudah tentu pengikutnya adalah besar.
Ini juga adalah satu strategi pemasaran,” katanya. - KOSMO!

[Gambar] - Polis Terima 74 Laporan Berhubung Pusat Jagaan Kucing

KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Polis menerima 74 laporan berhubung sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini yang didakwa membiarkan kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga 12 ekor daripada kira-kira 300 ekor kucing dilaporkan mati.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu dibuat oleh para pemilik kucing yang menempatkan haiwan peliharaan mereka di pusat itu.

"Walaupun kes ini disiasat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), polis berjanji akan memberi perhatian serius terhadap kes ini dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil ke atas pemilik kedai Petknode itu yang tidak dapat memberi perkhidmatan yang telah dijanjikan," katanya dalam laman sosial Facebook PDRM.

Beliau juga berkata sudah tiba masanya akta sedia ada mengenai haiwan dikaji semula.

Polis akan membantu pemilik kucing terlibat untuk mendapatkan kembali kucing yang masih hidup dan meminta sesiapa yang mengambil mana-mana kucing atas alasan menyelamatkannya supaya menyerahkannya kepada pihak JPV Selangor atau pihak polis, katanya.

-- BERNAMA

Gambar kekejaman terhadap kucing di Petknode

Sumber: Scaniaz

Petknode merupakan sebuah kedai tempat jagaan haiwan apabila tuan empunya kucing tersebut balik kampung. Menurut sumber, kucing-kucing yang dihantar oleh owner ke Petknode, PJ tidak diberi makan, minum selama seminggu. 

Dengar khabar owner bayar sampai RM 560 seminggu untuk kucing-kucing ni dijaga. Boleh dilihat keadaan kucing yang begitu kurus kering sehingga menampakkan susuk tulang. Jika dilihat memang kesian kucing tersebut dianiayai. Tuan empunya kedai nampak sangat tidak bertanggung jawab dan hanya memikirkan soal keuntungan tanpa menghiraukan keadaan kucing dipusat tersebut.

Setelah mendengar beberapa maklumat mengenai kedai tersebut, beberapa owner kucing pakat pecah kedai tu utk selamatkan kucing-kucing yang masih ada. Keadaan begitu teruk sehingga terdapat beberapa kucing mati. Laporan polis turut dibuat mengenai kejadian ni.

















Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai

GEMPAR!!! - Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mula 15 Sept

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi (KPKK) dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

"Timbalan Menteri KPKK Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit katanya, akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...