Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, August 11, 2011

Anonymous Sumpah ‘Bunuh’ Facebook 5 Nov


http://mynewshub.my/bm/files/2011/08/t1larg.anonymous.syria_.page_.jpg

PALO ALTO, Calif. – Kumpulan penggodam internet terkenal, Anonymous sedang merancang untuk ‘membunuh’ Facebook dan telah mengumumkan tarikh ia akan cuba berbuat demikian dalam satu kenyataan yang mula mendapat perhatian serata dunia bermula Selasa lalu.

Dalam satu video YouTube, kumpulan penggodam itu memberi amaran, “Perantaraan komunikasi yang anda semua sangat minati akan dimusnahkan.”

“Jika anda seorang penggodaman atau seseorang yang hanya ingin melindungi kebebasan maklumat, sertai dan bunuh Facebook demi privasi anda sendiri.”

Kumpulan itu menyatakan dalam mesejnya bahawa “Operasi Facebook” akan bermula pada 5 November.

Ia mendakwa yang rangkaian sosial itu, yang berpusat di Palo Alto, California, menyediakan maklumat kepada”agensi kerajaan” supaya mereka boleh “mengintip orang awam”.

Walaupun bukan satu entiti tunggal, Anonymous menghubungkan penggodam merentasi satu dunia dengan matlamat melakukan tindakan sivil membantah secara dalam talian (online).

Terbaru, kumpulan penggodam “AntiSec” – yang berkait dengan Anonymous – mendakwa bahawa minggu lepas ia telah “merosakkan dan memusnahkan” beberapa laman web agensi polis Amerika Syarikat sebagai tindak balas kepada penangkapan beberapa suspek serangan siber. (http://www.foxnews.com)

Apple jadi syarikat terbesar dunia


http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0811/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Gergasi komputer dan telefon bimbit AS, Apple memintas pengeluar minyak global, Exxon Mobil sebagai syarikat terbesar di dunia untuk seketika kelmarin.
Nilai syarikat Apple yang diasaskan oleh Steve Jobs pada 1976 yang mengeluarkan telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad itu ialah AS$341.5 bilion (RM1.027 trilion) kelmarin sekali gus berjaya mengatasi Exxon yang bernilai AS$340 bilion (RM1.023 trilion).
Namun, Exxon kemudian merampas kembali gelaran syarikat terbesar dunia apabila sahamnya mengukuh kepada AS$352.9 bilion (RM1.06 trilion) manakala Apple di tempat kedua dengan nilai saham AS$346.7 bilion (RM1.04 trilion).
"Kreativiti kini mengambil alih kekuatan dan kudrat manusia," kata pengasas laman web Lastminute.com, Brent Hoberman.
Exxon juga dikenali dengan jenama Esso, mendapat pujian aktivis mesra alam manakala Apple dipuji kerana berjaya mengubah kehidupan harian dengan pengenalan gajet seperti iPod, iPad dan iPhone.
Pakar-pakar bagaimanapun, percaya Apple akan menjadi perniagaan pertama melepasi nilai AS$1 trilion (RM3 trilion) pada masa akan datang susulan pertumbuhan pesat syarikat tersebut. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...