Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, August 18, 2011

Facebook: Tiada Orang Gunakan Google+

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/facebook_vs_google-565x425.jpg


Eksekutif Facebook berkata bahawa laman sosial Google, Google+, tidak mempunyai ramai pengguna, kurang ‘originality’ dan hanyalah pengaruh dari kesan ekonomi.

Google+ yang mula dibuka dua bulan yang lalu oleh syarikat gergasi Google, telah dikritik oleh pegawai eksekutif kanan Facebook kerana ianya sesuatu yang tidak tulen, tidak mempunyai ramai pengguna dan juga hanyalah pengaruh daripada kesan perkembangan teknologi.

Sean Ryan, Pengarah Rakan Kongsi Permainan Facebook berkata bahawa “Google telah mengadaptasikan beberapa aspek dari sistem Facebook dan mereka rasakan bahawa mereka berhak untuk lakukan perkara tersebut. Kita perlu lakukan lebih baik daripada itu.”

Laporan The Fortune juga melibatkan perbandingan yang dilakukan oleh Ryan antara kadar keuntungan kadar perkongsian model antara mereka dan pengusaha permainan. Facebook berada di depan dengan kadar 30% manakala Google+ hanya sekadar mendapat 5%. “Google hanya mendapat 5% kerana mereka tidak mempunyai ramai pengguna,” kata Ryan. Beliau juga menyamakan taktik yang digunakan oleh Google seperti taktik dimana McDonalds cuba untuk meniru Starbucks dengan menjual kopi.

Google+ kini mempunyai lebih kurang 25 juta pengguna. Pada tahun 2004, Facebook mengambil masa 10 bulan untuk mendapat sejuta pengguna. Fortune menyatakan bahawa penggunaan kemudahan permainan seperti Zynga Poker dan Angry Birds telah membuatkan Facebook sedikit tergugat, dan menyebabkan mereka juga mengumumkan bahawa mereka akan menambahbaik servis-servis komunikasi dan permainan.

Pasaran permainan merupakan satu faktor yang besar kerana ianya boleh mencapai kadar jualan sehingga AS$20.3 billion menjelang 2014, menurut satu kajian yang dilakukan oleh bank ThinkEquity. - MyNewsHub

Kekal berhubung dengan hanya RM 25 sebulan melalui #DiGiJomBerry

Nasri Bakal Milik City Dalam Tempoh 24 Jam

Nasri Pula Hampiri Manchester City


MANCHESTER City berharap mereka akhirnya akan berjaya menandatangani Samir Nasri dengan harga £22 juta (RM108.4 juta) dalam tempoh 24 jam ini.

City awal pagi tadi telah pun bersetuju untuk memelengkapkan beberapa perkara terakhir bagi menyelesaikan pembelian tersebut.

Seterusnya, pemain tengah Arsenal itu akan menjalani ujian perubatan sebelum menurunkan tandatangan untuk beraksi dengan City selama lima tahun.

Dengan pembelian Nasri itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan pengurus City, Roberto Mancini pada musim panas ini ialah sebanyak 74 juta (RM364.7 juta).

Ia merangkumi pembelian Gael Clichy, Stefan Savic dan juga Sergio Aguero. - MyNewsHub

Kekal berhubung dengan hanya RM 25 sebulan melalui #DiGiJomBerry

Rakam gambar kapal angkasa dari belakang rumah


GAMBAR kapal angkasa Atlantis melintasi matahari yang berjaya dirakamkan Thierry Legault.


EMDEN, Jerman - Seorang jurutera berusia 49 tahun dari Perancis, Thierry Legault berjaya merakamkan gambar kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat (AS) melintasi matahari dari belakang rumahnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia merakamkan gambar itu pada 21 Julai lalu 20 minit sebelum kapal angkasa tersebut memasuki atmosfera Bumi selepas berlepas dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.


THIERRY LEGAULT bersama peralatan kameranya.


Jurutera itu merakamkan gambar tersebut dengan menggunakan sebuah kamera yang diletakkan pada sebuah teleskop yang mengandungi penapis solar bagi menghalang cahaya matahari merosakkan peralatannya itu di belakang rumahnya dekat Emden, Jerman.

Dia berjaya merakamkan gambar itu tanpa menggunakan peralatan kamera dan teleskop yang bernilai berjuta-juta dolar semasa kapal angkasa tersebut bergerak selaju 7.8 kilometer satu saat. - Agensi


Sneijder sedia potong gaji asal


SNEIJDER tetap berhasrat meninggalkan Inter untuk menyertai Manchester United.


LONDON - Perancang Inter Milan, Wesley Sneijder sanggup mengurangkan bayaran gaji semata-mata mahu beraksi bersama juara Liga Perdana England, Manchester United.

Bulan lalu, United telah menawarkan kontrak kepada Sneijder dan Inter bersedia untuk menjual pemain yang berusia 27 tahun itu dengan nilai £35 juta (RM170 juta).

Tidak lama kemudian, Sneijder telah menuntut bayaran gaji berjumlah £200,000 (RM973,000) seminggu.

Bagaimanapun, The Red Devils tidak bersetuju mengenai syarat-syarat gaji yang diminta oleh Sneijder.

Ekoran itu, Sneijder mula risau apabila United masih belum mengemukakan tawaran baharu selepas permintaan gajinya yang terlalu mahal.

Dia mula menimbangkan semula tuntutannya itu kerana khuatir United tidak mampu mengikut apa yang diminta, sekali gus menggagalkan hasratnya untuk berhijrah ke Old Trafford.

Justeru, bekas pemain Real Madrid ini sanggup mengurangkan gajinya sebanyak £60,000 (RM291,905) seminggu menjadi £140,000 (RM683,300).

Sekiranya perpindahan itu berjaya, Sneijder bakal menjadi pemain kedua United menerima bayaran gaji tertinggi selepas Wayne Rooney yang menerima £250,000 (RM1,216,300) seminggu.

- Agensi

Kekal berhubung dengan hanya RM 25 sebulan melalui #DiGiJomBerry

Man. United dapat untung paling besar

http://agungbudiharjo.com/wp-content/uploads/2011/07/iThinc-ManchesterUnited.jpg


LONDON - Barcelona dan Manchester United masing-masing memperoleh 50 juta euro (RM213 juta) selepas melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara musim lalu.

Menurut Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), secara keseluruhannya, sebanyak 754.1 juta euro (RM3 bilion) telah diberikan kepada kesemua 32 pasukan yang beraksi pada kempen berprestij di Eropah itu musim lalu.

Jumlah itu adalah hasil daripada bayaran yang diterima daripada saluran televisyen dari seluruh dunia yang menayangkan aksi Liga Juara-Juara secara langsung.

United mendahului senarai penerima tertinggi dengan jumlah 53.2 juta euro (RM226.95 juta).

Skuad The Red Devils itu menerima kira-kira 27 juta euro (RM115 juta) hasil persembahan mereka, manakala 25.9 juta euro (RM125.8 juta) menerusi saluran televisyen.

Walaupun muncul juara selepas membenam United 3-1 pada aksi final di Wembley, Barcelona hanya memperoleh 51 juta euro (RM217 juta).

Biarpun menerima 30.7 juta (RM130 juta) berdasarkan persembahan, namun Barcelona hanya mengumpul 20.3 juta (RM87 juta) daripada saluran televisyen.

Antara pasukan lain yang turut memperoleh keuntungan tertinggi termasuklah Chelsea, Schalke 04, Real Madrid, Inter Milan, Bayern Munich dan Tottenham Hotspur. - Reuters

Kekal berhubung dengan hanya RM 25 sebulan melalui #DiGiJomBerry


25,000 saman iPhone


iPHONE


SEOUL, Korea - Seorang peguam menyatakan sekumpulan pengguna yang mengandungi lebih 25,000 warga Korea Selatan kini menyaman firma Apple Inc. kerana melanggar hak persendirian mereka.

Menurutnya, pelanggaran hak persendirian itu berkaitan dengan pengumpulan maklumat lokasi pengguna telefon pintar keluaran Apple, iPhone.

Peguam itu, Kim Hyeong-seok semalam menyatakan, saman tersebut melibatkan 27,612 orang dengan setiap seorang menuntut ganti rugi sebanyak AS$932 (RM2,772).

Hyeong-seok berkata, saman itu ditujukan ke atas Apple Inc dan anak syarikatnya di Korea Selatan.

Dia mengemukakan saman serupa pada awal tahun ini dan diberikan ganti rugi AS$932.

Apple berdepan aduan dan kritikan sejak pendedahan di Amerika Syarikat bahawa iPhone menyimpan senarai lokasi menara telekom berdekatan dan pusat WiFi berhampiran lokasi ia digunakan.

Data tersebut boleh digunakan untuk mencipta peta yang merekodkan pergerakan pemilik iPhone. - AP

PlayStation 3 turun harga


PLAYSTATION 3.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat Sony Corp. menurunkan harga konsol permainan video PlayStation 3 keluarannya sebanyak AS$50 (RM148.80) dalam usaha untuk meningkatkan permintaan terhadap mesin permainan itu.

Konsol permainan tersebut kini dijual pada harga AS$249 (RM741), turun 17 peratus berbanding AS$299 (RM890).

Kali terakhir Sony merendahkan harga PlayStation 3 ialah pada 2009 apabila ia melancarkan konsol permainan video itu yang lebih ringan dan nipis.

Pengumuman penurunan harga di seluruh dunia itu dibuat kelmarin kurang sebulan selepas pesaing Sony, Nintendo Co. memotong harga konsol permainan video tangan, Nintendo 3DS.

Pemotongan harga itu diharapkan dapat meningkatkan jualan PlayStation 3 seperti yang berlaku pada 2009.

"Bukan lagi satu rahsia bahawa PlayStation 3 sukar menyaingi konsol permainan video Xbox 360 di rantau Amerika Utara walaupun jualannya lebih baik di Eropah," kata seorang penganalisis, Jesse Divnich. - Agensi

Kekal berhubung dengan hanya RM 25 sebulan melalui #DiGiJomBerry

Pemain bola T-Team putus jari


Zuhairi menunjukkan tangan kanannya yang berbalut selepas lima jarinya tersepit mesin tebu ketika menerima rawatan di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Niat murni seorang pemain bola sepak Piala Presiden T-Team untuk mencari duit raya dengan berniaga air tebu di bazar Ramadan Marang di sini berkecai apabila kesemua lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin tebu dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu berlaku ketika Zuhairi Ahmad, 21, sedang sibuk memasukkan batang tebu ke dalam mesin sebelum tangan kanannya tiba-tiba tersangkut dan digilis.

Panik dengan keadaan itu, Zuhairi yang bermain di posisi pertahanan dalam pasukan Piala Presiden T-Team terus mematikan suis utama mesin itu sebelum menarik keluar tangannya yang berlumuran darah.

“Ketika itu saya masih tidak perasan yang lima jari saya telah putus, sehingga saya tarik keluar tangan kanan saya dari mesin itu,” katanya ketika ditemui di wad pesakit Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Menceritakan kejadian itu, Zuhairi dari Kampung Rhu Muda, Marang memberitahu, dia berniaga air tebu di bazar Ramadan untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

“Memandangkan musim pertandingan Piala Presiden sudah berakhir, jadi saya ambil keputusan berniaga air tebu dengan dua lagi rakan.

“Ini adalah tahun pertama saya berniaga tetapi tak sangka pula perkara ini akan berlaku. Apa yang saya risau adalah masa depan saya dalam bola sepak kerana amat sukar bermain dalam keadaan seperti ini,” ujarnya. - Kosmo!

Penyokong punya hal, KAFA sengsara

GARA-GARA tindakan liar penyokong Kelantan, KAFA terpaksa menanggung bebannya.


DENDA lagi. Apalah dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sekali lagi bakal berdepan hukuman denda.

Semuanya gara-gara sikap segelintir penyokongnya yang membaling botol dan mercun ke dalam padang pada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu, semalam.

“Dua hari lalu, KAFA telah menerima surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dua kesalahan pada perlawanan tersebut.

“Kesalahan pertama ialah melontar mercun ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dan ini merupakan satu kesalahan yang serius.

“Kesalahan kedua ialah membaling mercun dan botol ketika Kelantan memperoleh jaringan menerusi Nurul Azuwan Roya pada minit ke-79. Ini juga merupakan satu kesalahan yang membolehkan KAFA didenda," katanya.

Tambahnya, setiap kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 dan kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Kelantan yang nakal itu menyebabkan pasukan bakal didenda RM20,000.

Pada perlawanan akhir itu, Terengganu berjaya bangkit untuk menumbangkan Kelantan 2-1

menerusi jaringan sendiri pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit-minit terakhir perlawanan serta Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 masa tambahan.

Rosmadi memberitahu, walaupun jumlah denda itu dilihat agak kecil, namun bagi KAFA ia merupakan satu nilai yang besar.

Katanya, dengan jumlah tersebut KAFA mungkin dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembangunan di peringkat akar umbi mahupun memantapkan lagi pasukan.

"Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada semua penyokong supaya tidak mengulangi kesilapan

ini dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September ini. Kerja membakar mercun dalam stadium bukanlah perkara yang baik kerana ia akan membahayakan orang lain yang berada di dalamnya.

"Saya harap pemain dapat mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku kepada pasukan Kelantan sebelum ini dan janganlah kita membiarkan perkara tersebut berulang kembali dengan kata lain adakah kita mahu pisang berbuah dua kali," ujarnya.

Untuk rekod, sepanjang 2009-2010, Kelantan telah membayar denda kepada FAM hampir RM300,000 di atas kenakalan segelintir penyokongnya. -Kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...