Promosi Hebat
Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]
Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!
The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII
Monday, September 19, 2011
BBC Sport Match Of The Day 2 18/09/11 Week 5 Mediafire Link
Download Link:
Man Utd vs Chelsea - Hotfile Direct Link
Fulham vs Man City - Mediafire | Fileserve
Tottenham vs Liverpool - Mediafire | Fileserve
sos: pakmans
Labels:
BBC Mediafire MOTD,
chelsea,
Liverpool,
Manchester City,
manchester united,
MOTD 2,
Sukan
Arsenal makin hilang sentuhan
LONDON - Arsenal terus dihantui nasib malang ekoran kekalahan
mengejut 3-4 di tangan Blackburn Rovers dalam saingan Liga Perdana
England kelmarin.
Pada aksi di Ewood Park itu, skuad The Gunners terlebih dahulu
di depan hasil jaringan Gervinho pada minit ke-10 sebelum Yakubu
Aiyegbeni menyamakan kedudukan buat Blackburn pada minit ke-25.
Begitupun, Arsenal kembali menguasai perlawanan apabila berjaya
meledak gol kedua menerusi Mikel Arteta untuk mendahului perlawanan
sehinggalah tamat babak pertama.
Sebaik babak kedua bersambung, kesilapan tonggak pertahanan veteran
Arsenal, Alex Song yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada
minit ke-50 ternyata memberi suntikan semangat buat Blackburn berjaya
meledak satu lagi gol menerusi Aiyegbeni sembilan minit kemudian.
Tatkala The Gunners dilihat cuba kembali bangkit untuk
menyamakan kedudukan, Blackburn berjaya memperoleh gol keempat dan kali
ini, Laurent Koscielny pula tertampan bola masuk ke gawang sendiri.
Meskipun Maroune Chamakh berjaya meledak gol ketiga buat Arsenal,
namun jaringan tersebut sudah dianggap terlambat apabila keputusan 3-4
kekal sehingga tamat perlawanan.
Kekalahan tersebut sekali gus menyaksikan Arsenal setakat ini hanya mampu mengumpul empat mata daripada lima perlawanan.
Mengulas kekalahan terbaharu yang dialami anak-anak buahnya itu,
pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, mereka masih lagi belum mampu
melupakan kekecewaan tewas 2-8 kepada Manchester United di Old Trafford
bulan lalu.
"Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun dalam
pada masa yang sama, kami juga menjaringkan gol ke gawang sendiri.
Situasi tersebut ternyata suatu yang sukar untuk difahami.
"Buat masa ini, barisan pertahanan kami sememangnya lemah kerana
tahap keyakinan kami semakin luntur ekoran ekoran kekalahan di tangan
United sebelum ini," kata Wenger.
Sementara itu, kemenangan yang dicipta ke atas Arsenal sememangnya
suatu yang bermakna buat pengurus Blackburn, Steve Kean yang sebelum ini
didesak untuk meletakkan jawatannya ekoran prestasi tidak menentu yang
dipamerkan skuad kendaliannya.
Bagi Kean, kemenangan tersebut pastinya akan menutup mulut para pengkritik.
"Saya merasakan keputusan yang kami catatkan hari ini (kelmarin)
telah menjawab segala persoalan dilemparkan ke atas kami dan saya harap
segala-galanya akan berubah selepas ini," jelas Kean. - AFP
Labels:
Arsenal
Chelsea sedia pinjamkan khidmat Torres
LONDON - Bintang sensasi Chelsea, Fernando Torres bakal dipinjamkan
kepada kelab lain pada Januari depan andai dia masih gagal mengakhiri
kemarau gol yang dialaminya.
Difahamkan, kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Sepanyol bakal menjadi destinasi pilihan utama skuad The Blues untuk meminjamkan Torres.
Keputusan itu dibuat sendiri oleh pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas dalam usaha mengembalikan semula prestasi sebenar Torres.
Sebagai rekod, Torres hanya mampu meledak satu gol bersama Chelsea
sejak dia dibawa masuk dari Liverpool dengan rekod yuran perpindahan
termahal bernilai £50 juta (RM243.9 juta) awal tahun ini.
Situasi tersebut sekali gus telah menghadirkan kebimbangan buat
Villa-Boas jika Torres terus bergelut dengan prestasi tidak menentu dan
hanya diletakkan di bangku simpanan.
Bagaimanapun, Villa-Boas akan terus memantau perkembangan Torres
sehinggalah pintu perpindahan pemain dibuka semula pada Januari tahun
depan sebelum membuat keputusan sama ada meminjamkan penyerang
antarabangsa Sepanyol itu kepada kelab lain ataupun sebaliknya.
Buat masa ini, Chelsea tidak ada perancangan untuk menjual Torres
kerana prestasi hambarnya telah menyebabkan nilainya jatuh di pasaran
pemain. - Agensi
PM Itali berasmara dengan lapan wanita satu malam
|
|
ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang berusia 74 tahun
mengaku dia pernah berasmara dengan lapan wanita dalam satu malam, lapor
sebuah akhbar semalam.
Beliau menyatakan demikian semasa berbual menerusi telefon dengan seorang ahli perniagaan, Giampaolo Tarantini.
Dalam perbualan itu, Berlusconi menyatakan beliau hanya mampu
berasmara dengan lapan daripada 11 wanita yang berada di luar rumahnya.
Panggilan telefon itu dibuat pada tahun baharu 2009.
Ia merupakan sebahagian daripada 100,000 intipan perbualan yang
dirakamkan dan didedahkan untuk siasatan kes lapan individu yang dituduh
membekalkan wanita teman sosial dalam parti anjuran Berlusconi.
Salah seorang wanita teman sosial itu, Maria Teres De Nicolo, 38, mendakwa dia tidur dengan Berlusconi.
"Sebelum saya pergi ke partinya, saya diberikan wang AS$1,378 (RM4,258)," katanya.
Berlusconi menafikan melakukan sebarang salah laku dan membayar upah untuk tujuan seks. - Agensi
Labels:
asmara,
PM Itali,
SILVIO BERLUSCONI,
wanita
Fokus Safee tidak terjejas
PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safee Sali (gambar) sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
Sebaik tiba di England awal minggu lalu, Safee sudah mula menambat
tumpuan pihak pengurusan Cardiff City ketika menjalani sesi latihan
bersama kelab tersebut.
Kecemerlangan Safee sepanjang mengikuti sesi latihan itu pastinya
'menutup mulut' laporan negatif segelintir media tempatan di Britain
yang sebelum ini mempertikai isu permit kerja yang dikatakan menyukarkan
Safee untuk beraksi di sana.
Bagi pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim, beliau menganggap
isu tersebut seharusnya dijadikan pembakar semangat buat penyerang
berbisa negara itu untuk memikat pengendali skuad The Bluebirds, Malky Mackay.
"Saya harap Safee terus fokus dengan latihan, selain mengelakkan dari
sebarang hubungan atau aktiviti-aktiviti yang menganggu tumpuannya
kerana ini misi terpenting dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.
"Kecederaan otot yang menghantui Safee sebelum ini juga semakin
pulih, dan Safee kini berehat selama dua hari sebelum kembali menjalani
latihan Ahad ini (semalam)," katanya menerusi laman rasmi Facebook milik
Safee semalam.
Terdahulu, segelintir pihak media di Britain mempertikai keputusan
Cardiff menguji Safee yang didakwa tidak mampu menyelesaikan masalah di
bahagian serangan The Bluebirds bagi jangka masa pendek.
Ia ekoran penyerang berusia 27 tahun itu dilaporkan perlu beraksi
dalam kancah Liga Eropah terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada
syarat mendapatkan permit kerja.
Masalah permit kerja itu bagaimanapun bukan satu masalah besar
memandangkan Cardiff hanya beraksi pada saingan Liga Kejuaraan England,
dan syarat mendapatkan permit kerja difahamkan lebih longgar dikenakan
terhadap pemain berbanding beraksi bersama kelab dalam Liga Perdana
England.
Jika syarat itu benar, usaha Safee untuk menyarung jersi Cardiff
jelas tidak sesukar usaha sebuah lagi kelab, Queens Park Rangers (QPR)
yang dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Safee.
Safee dijadualkan menjalani sesi pemilihan bersama Cardiff selama dua
minggu sehingga 27 September depan setelah mendapat 'lampu hijau'
daripada majikannya, Pelita Jaya.
Bekas penyerang Selangor itu dikhabarkan telah berehat selama dua
hari sebelum kembali menjalani latihan semalam setelah tidak mengikuti
kunjungan Cardiff ke Newport, utara England bagi menentang Blackpool
bagi aksi ketujuh Liga Kejuaraan England yang berkesudahan seri 1-1. - KOSMO!
Bertumbuk semasa berdebat di TV
MOSCOW - Seorang hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen
di Britain, Alexander Lebedev menumbuk seorang ahli perniagaan, Sergei
Polonsky dalam satu rakaman perdebatan di stesen televisyen NTV, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan
ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas.
Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu.
Ketika kejadian, kedua-dua ahli perniagaan itu berdebat mengenai krisis ekonomi global.
Lebedev yang merupakan bekas ejen agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, kini memiliki akhbar The Independent dan London Evening Standard.
Menurut tulisan dalam blognya, Lebedev mendakwa Polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.
"Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya," kata Lebedev.
Dia menumbuk Polonsky di bahagian kepala menyebabkannya dia terjatuh dari pentas.
Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.
Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion).
Dia juga memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta. - Agensi
Labels:
Bertumbuk semasa berdebat di TV
Thailand bakar dadah bernilai RM247.24 juta di Ayutthaya
BANGKOK - Thailand kelmarin membakar dadah bernilai AS$80 juta
(RM247.24 juta) yang dirampas dalam satu siri serbuan di seluruh negara.
Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengetuai majlis
pembakaran itu di sebuah kawasan perindustrian di Ayutthaya dekat
Bangkok.
Dadah itu termasuk methamphetamine seberat 821 kilogram selain heroin, kokain, ganja dan ekstasi.
Menurut Kementerian Kesihatan, lebih 93,000 orang dirawat di beberapa pusat pemulihan dadah sejak Oktober tahun lalu.
Kira-kira 12,000 daripada mereka berumur di antara tujuh dan 17 tahun. - AFP
Labels:
Thailand bakar dadah
Subscribe to:
Posts (Atom)