Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, August 16, 2011

Idea bijak peminat F1 berusia 14 tahun


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0816/Kosmo/Dunia/du_09.1.jpg

WOKINGHAM - Seorang peminat perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Matthew James berusia 14 tahun memperoleh tangan kiri palsu selepas dia menghantar sepucuk surat kepada bos pasukan F1 Mercedes Petronas, Ross Brawn, lapor sebuah akhbar kelmarin.

James yang dilahirkan tanpa tangan kiri menghantar surat tersebut bagi meminta wang sebanyak £35,000 (RM169,832.29) untuk memperoleh tangan kiri palsu.

Sebagai balasan, dia akan meletakkan logo Mercedes seperti yang terdapat pada logo kereta F1 pada tangan kiri palsunya.

Pihak pengurusan pasukan Mercedes itu terharu dengan kebijaksanaan remaja berkenaan.

Justeru, pasukan pengurusan Mercedes F1 itu bersetuju untuk membantu remaja berkenaan.

Pasukan Mercedes itu bekerjasama dengan firma Touch Bionics di Livingston, Scotland untuk mencipta tangan palsu berteknologi tinggi.

Hasil kerjasama itu menyebabkan tangan palsu yang paling canggih dikenali sebagai i-LIMB Pulse berjaya dihasilkan.

Tangan palsu tersebut membolehkan James memegang sebatang pen dan melukis gambar serta menulis, mengikat tali kasut selain menangkap bola.

Ia diperbuat daripada plastik gred tinggi dengan mengandungi soket silikon.

Setiap jari digerakkan dengan menggunakan motor.

Selepas menerima surat pada Jun lalu, Mercedes mengundang James ke ibu pejabat pasukan berkenaan dan menemui legenda F1, Michael Schumacher.

Namun, pasukan itu menyatakan ia tidak mampu untuk membayar harga tangan tersebut tetapi bersetuju untuk membantu remaja berkenaan memperoleh wang dengan meminta para peminat dan penaja membiayai kos tangan palsunya. - Agensi

New York catat rekod hujan


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - New York mencatat rekod hujan paling lebat dalam tempoh sehari apabila 20.32 sentimeter (sm) hujan turun di bandar raya ini dengan menyebabkan jalan-jalan raya banjir manakala perjalanan kereta api turut tergendala, lapor sebuah akhbar semalam.

Menjelang pukul 9 malam kelmarin sejumlah 19.55sm hujan turun di Lapangan Terbang Kennedy di sini.

Ia merupakan hujan paling lebat turun dalam tempoh sehari dalam catatan rekod Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan sejak 116 tahun lalu.

Taburan hujan normal untuk sepanjang bulan Ogos ialah cuma 10.16sm yang bermakna bandar raya ini menerima hujan untuk dua bulan dalam masa sehari.

Di beberapa stesen kereta api bawah tanah, terowong-terowong dibanjiri air banjir dengan menyebabkan tujuh perjalanan kereta api tergendala.

Di Pulau Staten, pasukan bomba menyelamatkan dua pekerja pembinaan yang terperangkap dalam sebuah lif yang rosak dan dimasuki air. - Agensi

Jakim sahkan mentega haram

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0816/Kosmo/Negara/ne_03.1.jpg


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

Klip video Asyraf ditonton 3 juta orang

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0816/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg


LONDON - Klip video YouTube mengenai serangan kejam dan kejadian samun ke atas seorang pelajar Malaysia, Mohd. Asyraf Haziq Rossli (gambar kecil) di Barking, East London, telah ditonton hampir tiga juta orang, menurut sumber-sumber pemantauan British.

Ini adalah klip video single mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain.

"Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya," kata Percy Higgins, ahli kimia di London dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama.

Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan berkata kepada wartawan bahawa beliau tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain.

Katanya, beliau akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana.

Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang telah menonton filem itu, mengutuk serangan tersebut dan menyifatkan ia perlakuan yang memalukan.

BERSIH: Razak 'tukang kasut' tuntut RM10j

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJK5OnWXRDztotIecAP0uoi6bbMKYlZXsCx2YLY8gQ5P-l5UL57_-_s6nkwGOLXgbqfOGkXGTfj4woUSZOupMObNhwCYTk6_s4ER1nrMh_PfLPpQAU-gSq5ou3oWAroQPhyphenhyphenrjwrBKYGrdm/s1600/kkl+tegang.jpg

Seorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.

Menurut notis tuntutan Abdul Razak Endot, Berita Minggu dan The New Sraits Times Press (M) sebagai penerbit dan pencetak dikehendaki mematuhi notis itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaannya.

Notis itu dihantar oleh tetuan Sazali & Lim pada 10 Ogos lalu. Harian itu masih mempunyai seminggu untuk memenuhi tuntutan itu sebelum tindakan mahkamah dimulakan.

Menurut notis itu lagi, Berita Harian pada 10 Julai lalu didakwa membuat pernyataan berupa fitnah di muka depannya melalui foto dan kapsyen yang membawa makna Abdul Razak sebagai perusuh yang membawa pisau.

Abdul Razak juga mendakwa foto itu dipinda dan/atau dikacauganggu dengan sengaja untuk memberikan gambaran dia memegang sebilah pisah dan kapsyennya pula merupakan fitnah.

"Pernyataan-pernyataan dan paparan imej/foto yang dipinda tersebut adalah palsu, tidak berasas dan merupakan fitnah jahat terhadap pelanggan kami dan dibuat dengan niat niat untuk memfitnah pelanggan kami dan merosokkan nama baik serta reputasi dan telah menyebabkan pelanggan kami dipandang rendah oleh masyarakat," notis itu dipetik.

malaysiakini/-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...