Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, August 25, 2011

Steve Jobs letak jawatan CEO Apple

Newest: Jobs holds the new iPad during the launch of Apple's new tablet computing device in San Francisco, January 2010



Steve Jobs telah meletak jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Apple Inc. Sekaligus mengakhiri penguasaannya selama 14 tahun keatas sebuah gergasi teknologi yang pada mulanya diasaskan oleh beliau bersama seorang rakan di sebuah garaj.

Dalam sepucuk surat kepada ahli lembaga pengarah syarikat itu, beliau menyebut sebab perletakkan jawatannya ada disebabkan oleh kanser pancrease yang dialaminya.

"Saya selalu berkata jika suatu hari nanti apabila saya tidak lagi dapat memenuhi tugas-tugas saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple, saya akan menjadi yang pertama untuk memberi tahu anda (untuk meletak jawatan). '

Beliau telah menamakan Ketua Pengawai Operasi Apple, Tim Cook sebagai penggantinya dan beliau berharap untuk melihat syarikatnya itu ditadbir dengan baik dan berkembang menjadi salah satu jenama yang paling berkuasa dan diiktiraf dunia.

Jobs akan kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah dan hanya melepaskan kerusinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Ura-ura perletakkan jawatannya bermula pada 5 Januari 2009,dimana Jobs memberitahu ahli lembaga pengarah Apple bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai CEO Apple sekiranya tidak mampu melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Dan pada tahun yang sama juga beliau telah menjalani pembedahan pemindahan hati dan kemudiannya keadaan kesihatan beliau menjadi semakin buruk sehingga memaksa beliau melantik Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook untuk mengambil alih peranan beliau selaku CEO buat sementara waktu bermula awal tahun ini.

Tim Cook, new CEO of Apple

Tugas utama Cook adalah berkaitan dengan operasi jualan produk Apple di seluruh dunia termasuk pengurusan bekalan produk, aktiviti jualan serta perkhidmatan dan sokongan produk.

Beliau telah berkhidmat di syarikat itu sejak tahun 1998 dan baru-baru ini telah dianugerahkan bonus $ 5 juta serta 75.000 unit saham sebagai penghargaan diatas prestasi kerja yang sangat cemerlang.

Hasil dari usaha Cook, Apple secara rasminya diumumkan sebagai syarikat yang paling berharga di Amerika pada bulan ini dengan nilai $ 338billion, iaitu $ 1 bilion lebih tinggi daripada Exxon Mobil. - Terkini Dunia


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...