Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, August 23, 2011

Saif Muncul, Nafi Ditahan


'To hell with the ICC': Looking relaxed and confident, Saif greeted his fans and claimed that the regime had broken the backs of the rebels and they were winningAlign Center

TRIPOLI – Saif Al-Islam yang dilaporkan ditahan pemberontak semalam, membuat kejutan dengan muncul di kalangan penyokongnya di Hotel Rixos yang masih dikuasai oleh tentera rejim Muamar Ghadafi.

Kedatangan Saif yang merupakan pewaris kepada Muamar, disambut oleh penyokongnya dan beliau juga sempat berkonvoi bersama tentera rejim di sekitar jalan di Tripoli.

Penampilan beliau sekaligus menafikan laporan kumpulan pemberontak pada Ahad yang mendakwa telah menahan Saif bersama dua lagi saudaranya.

Mengulas mengenai berita penahanan itu, Saif mendakwa ia hanya helah pemberontak dan sekarang mereka terperangkap dengan helah sendiri.

Beliau turut memaklumkan, tentera yang setia akan memastikan keselamatan penduduk di Tripoli.

Ditanya mengenai waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC ke atasnya, Saif berkata:

“Pedulikan waran tersebut,” katanya yang turut menyifatkan pemberontak sebagai kumpulan gangster.

Saif turut memaklumkan bapanya berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Tripoli bersama anggota keluarganya yang lain.

'Saya Gembira dengan Pemain Muda' - Sir Alex Ferguson


Heads you win: Rooney leaps high to score United's third


Kegembiraan jelas terpancar di wajah Sir Alex Ferguson selepas melihat pemain-pemain muda Manchester United membenam Tottenham 3-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

K
ecederaan yang menimpa Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic memaksa Ferguson beralih untuk memilih pemain-pemain termuda dalam sejarah Liga Perdana Barclays, dengan purata usia 23 tahun.

Walaupun dengan skuad yang dibarisi pemain muda - dengan Welbeck dan Anderson memainkan peranan penting - United telah berjaya mengekalkan rekod kemenangan di tempat sendiri ketika menentang Spurs. Perlawanan semalam juga menyaksikan Rooney menjaringkan gol ke 149 sepanjang kariernya di Manchester United.


Happy days: Sir Alex Ferguson is all smiles after United's victory


'Kami benar-benar memanfaatkan separuh kedua dan mempamerkan prestasi yang hebat, dan saya gembira kami menang dengan kekuatan skuad muda,' kata Ferguson.

'Ini membuktikan bahawa saya memberi kepercayaan kepada pemain muda. Ia amat relevan apabila anda melihat keupayaan yang mereka ada. Kami sentiasa mempunyai keyakinan untuk menurunkan pemain muda apabila berhadapan dengan team yang hebat. - Terkini Dunia

Statistik ringkas perlawanan awal pagi tadi

Manchester United

Assists
Giggs
Cleverley
Welbeck
Goals scored
Anderson
Rooney
Welbeck
Saves
de Gea (9)
Yellow cards
Evans J


Tottenham

Saves
Friedel (13)
Yellow cards
Dawson
Defoe


Gol Pertama Fabregas Bantu Kemenangan Barca

Off the mark: Fabregas celebrates his goal with players and fans (below)


Cesc Fabregas
menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona dengan membantu mencatat kemenangan keatas Napoli dengan jaringan 5-0 dalam satu perlawanan persahabatan.

Bekas kapten Arsenal itu telah diletakkan dalam kesebelasan utama Barca bagi merebut Piala Gamper yang diadakan secara tahunan.

Dalam debut sulung secara penuh yang pertama ini, Fabregas membuktikan kehebatannya di Nou Camp apabila menjaringkan gol pertama untuk Barcelona pada minit ke 25.

Seydou
Keita menjadikan kedudukan 2-0 sebelum Lionel Messi menggantikan Fabregas dan melengkapkan kemenangan Barca melalui gol hatrikdalam tempoh 15 minit sebelum perlawanan tamat - Terkini Dunia

Gaddafi Tumbang


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/23/article-2028982-0D86A81500000578-53_634x400.jpg

TRIPOLI, Libya - Pemberontak dan penduduk Libya meraikan kejayaan mereka di Dataran Hijau di sini semalam selepas mereka menawan kebanyakan kawasan di ibu kota negara berkenaan.

Pertahanan Gaddafi hancur manakala pemerintahan kuku besinya selama 42 tahun juga berakhir, namun di mana pemimpin Libya itu kini bersembunyi masih tidak dapat dipastikan.

Pergolakan di Libya bermula pada Februari lalu apabila sejumlah penduduk berhimpun di Benghazi dan Al Baida pada Februari lalu bagi menuntut kebebasan hak asasi manusia sebelum bertukar menjadi peperangan di antara pemberontak dengan tentera Gaddafi.

Setakat ini, hanya terdapat beberapa penentangan kecil oleh saki baki tentera Gaddafi di sini.

Terdahulu, stesen televisyen Libya menyiarkan rayuan Gaddafi kepada rakyat negara itu supaya bangkit demi mempertahankan pemerintahannya.

Pejuang pemberontak kini menawan anak lelakinya yang juga pewaris Gaddafi, Seif al-Islam.

Seif dan bapanya sebelum ini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda kerana jenayah kemanusiaan.

Seorang lagi anak lelaki pemimpin itu berada dalam tahanan rumah.

"Semuanya sudah berakhir si rambut kerinting (Gaddafi)," jerit beratus-ratus lelaki dan wanita yang berhimpun di Dataran Hijau lewat kelmarin.

Orang ramai yang gembira dengan kekalahan Gaddafi, melepaskan tembakan ke udara, bertepuk tangan dan melambaikan bendera tiga warna pemberontak.

Sebahagian mereka membakar bendera hijau rejim Gaddafi dan melubangi sebuah poster yang menampilkan imejnya.

Beberapa pemimpin pemberontak berkata, kemenangan mereka selepas kebuntuan dalam perang saudara di Libya sejak enam bulan lalu, dicapai menerusi kerjasama di antara pemberontak, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan penduduk Tripoli.

Pejuang-pejuang pemberontak dari barat Libya mara lebih 30 kilometer dalam masa cuma beberapa jam kelmarin dengan menawan beberapa buah bandar dan sebuah pangkalan tentera semasa menuju ke sini.


ORANG RAMAI yang menaiki sebuah trak mengibarkan bendera baharu Libya bagi meraikan ketibaan para pemberontak di Tripoli semalam.


Pada masa yang sama, penduduk di bandar raya ini yang dibekalkan senjata oleh pemberontak secara rahsia, bangkit menentang rejim Gaddafi.

Apabila pemberontak tiba di sini, satu batalion khas yang ditugaskan oleh Gaddafi untuk mengawal bandar raya ini bertindak menyerah diri kepada mereka.

Seorang pegawai kanan kepimpinan pemberontak, Fathi al-Baja berkata, komander batalion berkenaan berpaling tadah selepas saudara lelakinya dihukum bunuh oleh Gaddafi beberapa tahun lalu.

Menurutnya, pelan untuk menawan bandar raya ini dirancang sejak tiga bulan lalu dengan bantuan NATO dan pemberontak di sini.

Menjelang semalam, pemberontak telah menawan kebanyakan kawasan di bandar raya ini termasuk Dataran Hijau.

Rampasan Dataran Hijau merupakan kejayaan simbolik buat mereka.

Kawasan tersebut merupakan lokasi perhimpunan pro-Gaddafi yang diadakan hampir setiap malam dengan pemimpin Libya itu menyampaikan ucapannya di Kubu Merah di sebelah dataran berkenaan.

Gaddafi ialah pemimpin dunia Arab yang paling lama memerintah.

Beliau mentadbir negara Afrika Utara yang dihuni cuma enam juta penduduk dan kaya dengan minyak itu selama 42 tahun.

Sejak bertahun-tahun lamanya, pemimpin beliau dituduh mendalangi pengeboman pesawat 747 milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Pan Am yang meletup di Lockerbie, Scotland dan membunuh 270 orang. - AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...