Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, October 20, 2011

Microsoft Beli Skype USD8.5 Juta

 http://www.gizmocrave.com/wp-content/uploads/2011/06/Microsoft-Skype-Deal.jpg

Perisian Skype terbukti bukanlah sembarangan perisian yang berjaya dihasilkan oleh dunia teknologi komunikasi apabila mampu menarik syarikat perisian komputer ternama, Microsoft Corporation untuk membeli perisian tersebut dengan harga USD8.5 juta.

Sebuah laman web terkenal di Amerika Syarikat, LA Times, melaporkan bahawa urus niaga Microsoft yang membabitkan pembelian terbesar sebelum ini adalah pembelian syarikat pengiklan online, aQuantive, yang bernilai USD6 juta pada tahun 2007.

“Skype adalah produk yang unik yang digunakan oleh jutaan manusia di seluruh dunia.

“Gabungan Skype dan Microsoft akan terus menawarkan produk-produk terbaru kepada jutaan pengguna di seluruh dunia,” kata Pengurus Besar Microsoft, Steve Ballmer dalam kenyataannya, semalam.

Untuk jangka panjang, beliau memberitahu bahawa perisian tersebut akan digabungkan dengan pelbagai produk Microsoft untuk memperluaskan kebolehan Skype dan menambah baik sistem komunikasi secara online.

Menurutnya lagi, semua kakitangan Skype akan dikekalkan di pejabat masing-masing termasuk di negera Estonia, Republik Ceko, Rusia, Weeden, London, Luksemburg, Jepun, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Selain itu, Steve berkata, kombinasi antara Microsoft dan Skype akan mampu untuk mempercepatkan misi Skype mencapai 1 juta pengguna setiap hari.

Perisian Skype digunakan oleh anggaran 170 juta orang setiap bulan melalui PC, Tablet, Telefon Bimbit dan Televisyen.

Skype membolehkan pengguna di merata tempat untuk berbual secara audio dan video secara mudah serta banyak digunakan untuk perniagaan jarak jauh.

Motorola Perkenal Tablet ET1 Untuk Usahawan



KUALA LUMPUR – Motorola Solutions, Inc., penyedia perkhidmatan dan produk komunikasi untuk perusahaan dan pelanggan pengguna, telah memperkenalkan tablet yang dinamakan ET1.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Motorola berkata, tablet itu merupakan yang pertama dalam kategori baru muncul komputer tablet berkelas perusahaan yang direka untuk kepelbagaian pasaran menegak.

“ET1 membawa pengalaman pengguna kelas pengguna kepada peranti berkelas perusahaan sebenarnya yang termasuklah ketahanan yang dipertingkatkan, pilihan pengimbas kod bar dan pembaca jaluran bermagnet serta perisian sistem terjamin.

“Aksesori perindustrian utama seperti stesen caj semula pelbagai slot terjamin turut disediakan,” kata naib presiden korporat Motorola Solutions Asia Pasifik, Phey Teck Moh.

“Sebagai peneraju perkomputeran mudah alih, kita memberi perkhidmatan kepada ramai pengguna perusahaan di keseluruhan industri menegak dan bekerjasama rapat dengan pengurus IT bagi menangani kebimbangan masing-masing.

“Kita menyaksikan pertambahan pekerja mudah alih sebagai antara keperluan trend baharu muncul utama yang perlu disediakan. Unjuran industri ialah 36 peratus akan bergerak menjelang 2013 seluruh dunia,” kata Phey. – BERNAMA

Sunday, October 16, 2011

"Bersabar sebahagian daripada Chelsea" - Andre Villas Boas



LONDON - Andre-Villas Boas bersyukur dengan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya di Chelsea. Berkat kesabaran dan keazamannya selama ini, Chelsea sudah dua kali berpesta gol. Alhamdulillah kata Anelka. Semalam, Chelsea mudah menjinakkan Everton di laman sendiri. Gol hasil jaringan Sturridge, Terry dan Ramires.

Menurut Villas-Boas, "Kami tidak melakukan apa-apa yang istimewa melainkan untuk menang setiap perlawanan. Kami perlu meneruskan rentak kemenangan ini hingga berada pada kedudukan yang selesa iaitu sebagai pendahulu liga, kerana itu adalah apa yang kami semua inginkan".

Villas-Boas juga memuji sikap sabar para pemainnya. "Kami berjaya untuk bersabar dalam mencipta peluang-peluang, kami banyak bermain dari bahagian bawah dan menyebabkan penyerang Everton menjadi penat".

Tambahnya lagi, "bila Everton menguasai bola, mereka tidak dapat menunjukkan sikap mereka yang agresif disebabkan kesabaran para pemain kami mengawal permainan menggangu pemikiran mereka".

Villa-Boas enggan memuji man of the match, Juan Mata, sebaliknnya berkata, "Ia semua bergantung kepada rakan-rakannya. Bakat-bakat dalam skuad ini sangat hebat dan para staf kami berkerja keras untuk membebaskan bakat mereka".

"Apabila mereka diberi kebebasan bermain dan membuat keputusan, mereka boleh menunjukkan bakat mereka dengan lebih baik".

Untuk rekod, berkat kesabaran Andre-Villas Boas, dia hanya kalah sekali saja daripada 11 perlawanan sebagai pengurus Chelsea. Hebat! Kalah pun dengan Manchester United, biasa la tu.

sos video: ESPN

La Liga Highlights Barcelona vs Racing Santander 15/10/11 Week 7 Mediafire Link


Download Link:
http://www.mediafire.com/?wtaxmebc6cw3e5a
or
http://www.fileserve.com/file/kkeqKRH

La Liga Highlights Real Madrid vs Real Betis 15/10/11 Week 7 Direct Link


Download Link:
http://www.megaupload.com/?d=391FCEVB
or
http://hotfile.com/dl/132452892/c2fa986/La_Liga_-_Real_Madrid_v._Real_Betis_-_HIGHLIGHTS_-_15-10-11.avi direct link

BBC Sport Match Of The Day 15/10/11 Week 8 Mediafire Link


Download Link:
Liverpool vs Man Utd - http://www.mediafire.com/?2j3ggyy6o9tltz9
Man City vs Aston Villa - http://www.mediafire.com/?82sn3v4aw2ad6s2
Chelsea vs Everton - http://www.mediafire.com/?g9c1te8vtn8s5wb
Norwich vs Swansea - http://www.mediafire.com/?spo5jmcgpodc81m
Wigan vs Bolton - http://www.mediafire.com/?i7u7r72aricp1y2
Stoke vs Fulham - http://www.mediafire.com/?3w5czd9r99hc7co
QPR vs Blackburn - http://www.mediafire.com/?58ic6kwda6cvyq3

Full Show
http://www.fileserve.com/file/uUuV53n
or
http://www.filesonic.com/file/2577991791

EPL Highlights Liverpool vs Manchester United 15/10/11 Week 8 Mediafire Link


Download Link:
http://hotfile.com/dl/132402556/284841b/EPL_-_Liverpool_v._Man_Utd_-_HIGHLIGHTS_-_15-10-11.avi
or
http://www.fileserve.com/file/bJutwrf
or
http://www.filesonic.com/file/2570369581

Tuesday, October 11, 2011

BOB LOKMAN: KALAU KORANG NAK MATI MALAM NI.... DATANG SINI!!!

 

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB. 

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut. 

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku. 

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya). 

Seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob. "Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut. 

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3 

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya. ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku. 

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya. "Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan. Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!

Sumber: Teratak Kampung

iPhone 4s Catat Tempahan Awal Tertinggi

 iPhone 4s Catat Tempahan Awal Tertinggi

WASHINGTON – Tempahan awal model baru iPhone 4s mencecah sebilion unit dalam tempoh 24 jam, kata syarikat pengeluar telefon tersebut, Apple semalam.

Katanya, jumlah tempahan model terbaru itu yang ditingkatkan dengan keupayaan video dan gambar, lebih pantas daripada model sebelum ini, iPhone 4, sekali gus mencatat rekod baru untuk produk Apple.

“Hari pertama tempahan awal iPhone 4s mencatat jumlah tertinggi dalam produk-produk baru Apple yang pernah dilancarkan sebelum ini,” kata Timbalan Kanan Presiden syarikat Apple, Phillip Schiller dalam satu kenyataan.

Telefon canggih itu yang dijual dengan harga antara AS$199 (RM600) dan AS$399 (RM1200), bergantung kepada keupayaan memori, akan dijual di kedai-kedai Apple di Amerika Syarikat bermula 14 Oktober ini.

Kemudian, ia akan mula dijual di 22 negara lain, termasuk Eropah, pada akhir bulan ini. – AFP

Monday, October 10, 2011

Menteri Emosi Ayam RM10 Sekilogram!

 Menteri Emosi Ayam RM10 Sekilogram!

BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di Pahang yang bertindak menaikkan harga ayam sehingga mencegah RM10 sekilogram.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan setelah kementerian tersebut menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati berikutan kenaikkan harga ayam tersebut, dan tindakan selanjutnya akan dilakukan.

Mengenai koperasi Orang Asli, beliau berkata kementeriannya akan memantau perjalanan 56 buah koperasi Orang Asli di seluruh negara bagi memastikan ia terus berdaya maju.

“Pemantauan itu perlu dilakukan kerana penglibatan masyarakat Orang Asli dalam koperasi masih baru dan pemantauan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)”, katanya selepas melancarkan penubuhan Koperasi Orang Asli peringkat negeri Pahang di Rancangan Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli di Pos Iskandar dekat sini hari ini.

Menurutnya pemantauan itu termasuklah memberikan khidmat nasihat dan kursus berkaitan pengurusan, pentadbiran dan kewangan setiap tahun.

Beliau berkata kini 11,814 Orang Asli telah menganggotai koperasi Orang Asli di seluruh negara dan berharap kepimpinan koperasi Orang Asli menceburi bidang

pelancongan Inap Desa dan memasarkan produk hasil kerja kraftangan masyarakat itu secara komersial, yang dilihat sangat berdaya maju.– BERNAMA

Fenomena 'Moon Halo' Tarik Minat Orang Ramai

 Fenomena 'Moon Halo' Tarik Minat Orang Ramai

KUALA LUMPUR – Fenomena “Moon Halo” atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira pukul 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa malahan sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.

“Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu merupakan cahaya bulan yang terserak.

“Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.

“Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais…ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah,” katanya.

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai “Sun Halo”.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi.

Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi.  – BERNAMA

Dua Beradik Berbirat Tiru Aksi Lesbian


 Dua Beradik Berbirat Tiru Aksi Lesbian

JASIN – Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini.

Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.

Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.

Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu.

Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.

Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya.

Katanya, lelaki terbabit merotan sehingga lebam di beberapa bahagian tubuh dua kanak-kanak berkenaan sebagai pengajaran. “Berdasarkan siasatan, dua beradik itu mendakwa pernah menonton video lucah yang ditayangkan sepupu mereka ketika mendiami rumahnya di Selangor.

“Mungkin disebabkan terpengaruh atau teringat apa yang pernah ditonton, pasangan kanak-kanak itu cuba aksi terbabit sebelum disedari ibu mereka,” katanya, di sini, semalam.

Hadir sama dalam siasatan terhadap kes berkenaan Pengarah Pembela, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.

Menurut Zamzuri, anak sulung ibu tunggal itu diserahkan kepada satu pasangan untuk dijadikan anak angkat secara sah kepada lelaki berusia 28 tahun dan isterinya berusia 25 tahun itu sejak setahun lalu.

Katanya, ketika kejadian, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pulang ke rumah ibu kandungnya selepas ibu angkatnya itu ke Pahang untuk menemui suaminya yang bertugas di negeri itu.

“Saya dimaklumkan, adik-beradik itu bukan pertama kali melakukan perkara sumbang itu dan keluarganya pernah melihat mereka berdua-duaan dengan keadaan mengghairahkan,” katanya. – myMetroOnline

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!

KUALA LUMPUR – Orang ramai dan pengguna di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan berlaku peningkatan harga barangan harian secara mendadak dalam masa terdekat.

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!

Ini berikutan pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak mengambil kesempatan menaikan harga barangan.

Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pihaknya baru-baru ini menerima satu sistem pesanan ringkas (sms) dari KPDNKK yang memaklumkan tentang rancangan kementerian itu.

“Saya ada menerima sms dari pihak KPDNKK baru-baru ini mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Harga itu dan PPIM komited bekerjasama dengan Jawatankuasa tersebut.

“PPIM juga sudah mewar-warkan kepada semua aktivis-aktivis kami di seluruh negara agar melipat gandakan pemantauan di tempat masing-masing dan melaporkan sekiranya ada peniaga yang berani menaikkan harga sewenang-wenangnya,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Kenaikan harga barangan pengguna adalah satu isu normal setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bonus atau sebarang bentuk penyelarasan gaji serta elaun di kalangan kakitangan awam.

Di Pahang umpamanya hari ini dilaporkan, peniaga dikesan menaikkan harga daging ayam sehingga RM10 sekilogram.

Tambah Tunku Azwil, sms tersebut yang dihantar oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Standard Kepenggunaan, Norashiken Ishak meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan pengguna untuk memberikan kerjasama dengan Jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu.

Tunku Azwil memaklumkan bahawa jawatankuasa yang akan dianggotai dari wakil kementerian terbabit, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pengguna itu dijangka akan melakukan pemantauan harga di semua lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti sama ada di dalam atau di luar bandar.

Berikut adalah kandungan sms dari KPDNKK yang dihantar kepada NGO-NGO pengguna di seluruh negara:

“Dengan pengumuman Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam dll dijangka akan mencetuskan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak beretika.

“Sebagai tindakan proaktif, KPDNKK akan menubuhkan taskforce untuk pemantauan harga dan pada masa yang sama kerjasama bersama NGO pengguna dan rakan pengguna diperlukan dalam usaha kementerian dalam menangani isu kenaikan harga dan keuntungan melampau.

“Pihak kami akan berhubung dengan persatuan pengguna dari masa ke semasa bagi maksud ini,”.

Presiden Persatuan Pengguna Air Keroh (PPAK), Safina Sulaiman berkata, KPDNKK sewajarnya meningkatkan lagi pemantauan harga di seluruh negara untuk mengekang kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

“Memanglah KPDNKK seharusnya mempertingkatkan lagi pemantauan, bukan sahaja di bandar malah diluar bandar demi mengelakkan kenaikan harga barangan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab”, katanya kepada kami melalui sms. - MyNewsHub

Thursday, October 6, 2011

Harga Rokok Dijangka Kekal - Berita Gembira Atau Sebaliknya

 
Harga Rokok Dijangka Kekal - Berita Gembira Atau Sebaliknya

KUALA LUMPUR – Untuk pertama kali dalam masa beberapa tahun, cukai berkaitan rokok dijangka tidak akan dinaikkan dalam pembentangan Bajet 2012 yang dijadual sampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Menurut sumber industri tembakau, harga rokok di Malaysia kini berada di paras tertinggi untuk negara ini dan sudah pun membebankan perokok. Menurut sumber itu, sekiranya dinaikkan lagi, ia akan menyebabkan peningkatan aktiviti penyeludupan rokok ke negara ini secara lebih berleluasa.

Kesan penyeludupan sangat buruk kerana pengguna bahan itu terdedah kepada rokok yang jauh lebih merbahaya kandungan kimianya. “Kami yakin kerajaan tidak akan bertindak menaikan cukai rokok dan tembakau,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Menurut kajian beberapa syarikat dan firma penyelidikan, kenaikan harga rokok bukan sahaja akan mengurangkan pembelian rokok, malah ia akan menyebabkan penyusutan jumlah dagangan industri tembakau.

Sebuah firma penyelidikan, OSK Research misalnya, telah meramalkan kesan tersebut ekoran kenaikan cukai rokok pada belanjawan tahun lalu menyaksikan jumlah dagangan industri tersebut menyusut sebanyak 10 peratus tahun ini.

Untuk tahun ini, kajian yang dijalankan firma itu meramalkan kerajaan tidak akan menaikkan lagi harga rokok memandangkan kenaikannya telah pun dilakukan tahun lepas. Bagaimanapun, sekiranya kerajaan mahu menaikkan juga harga rokok, firma itu meramalkan bahawa peningkatan tersebut tidak akan mencecah lebih 10 peratus.

“Kami percaya cukai rokok tidak akan dinaikkan melebihi 10 peratus kerana kegiatan penyeludupan rokok haram juga tinggi. “Selain itu, kerajaan sudah menaikkan cukai tersebut pada tahun lalu,” kata firma itu di dalam nota penyelidikannya baru-baru ini.

Ekoran kenaikan harga rokok secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, aktiviti penyeludupan rokok ke negara ini melalui pintu-pintu sempadan negara semakin meningkat dengan jumlah penangkapan yang bernilai jutaan ringgit. Kali terakhir kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok ialah sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober 2010.

Ekoran kenaikkan kadar cukai baru tersebut, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok yang mengandungi 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Harga bagi sekotak rokok kini di Malaysia adalah RM10 bagi 20 batang rokok merupakan antara yang termahal di rantau Asia Tenggara. - MyNewsHub

Pengasas Apple meninggal dunia


Memorial: The Apple Home page after it was revealed the Jobs had died


Pengasas Apple, Steve Job telah meninggal dunia pada hari ini, 6 October 2011. Beliau sebelum ini menderita bertarung dengan penyakit kanser pancrease dalam satu tempoh yang lama.

Penghormatan pertama terhadap kematian beliau dimulakan oleh Barrack Obama selepas syarikat Apple mengesahkan kematian perancang utama di sebalik tabir pembikinan iPhone, iPad dan iPod itu pada usia 56 tahun.

"Kami berasa amat sedih untuk mengumumkan bahawa Steve Job telah meninggal hari ini" ujar satu kenyataan dari Lembaga Pengarah Apple.

Laman Web Apple hari ini ditukar kepada satu imej penuh memaparkan wajah Steve Job berserta teks 'Steve Jobs 1955-2011.'

Apabila diklik pada imej tersebut, akan dipaparkan teks tambahan:

'Apple has lost a visionary and creative genius, and the world has lost an amazing human being. 

'Those of us who have been fortunate enough to know and work with Steve have lost a dear friend and an inspiring mentor. 

'Steve leaves behind a company that only he could have built, and his spirit will forever be the foundation of Apple.' 

Innovator: Steve Jobs introduces the Apple Nano in San Francisco. He passed away today
R.I.P Steve Job

'Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose'

Steve Jobs, 2005

Wednesday, October 5, 2011

Memalukan: Perang Mak Nyah Di Bumi Hang Tuah

 Memalukan: Perang Mak Nyah Di Bumi Hang Tuah

MELAKA – Mak nyah-mak nyah tempatan di negeri ini meluahkan kekecewaan apabila ‘kawasan jajahan’ mereka di Taman Melaka Raya dirampas mak nyah negara asing.

Salah seorang mak nyah tempatan yang mengelar dirinya Shasa memberitahu wartawan The Star, persaingan adalah amat sengit.

“Yang dari luar negara yakni kebanyakannya dari Indonesia tidak takut dengan kami sebab mereka ada penjaga. Kami ada penjaga kami juga tetapi pendatang ini kuat dan mereka lebih ramai dari kami,” kata Shasa.

Tinjauan ke taman berkenaan menemukan kumpulan mak nyah yang berpakaian seksi dan mekap yang tebal.

Kebanyakkan mak nyah asing berkenaan dipercayai memasuki negara ini menggunakan visa pelajar atau visa pekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, mak nyah asing melihat Taman Melaka Raya sebagai ‘lombong emas’ kerana ia menjadi tumpuan pelancong.

“Kami tahu mengenai mereka dan kami bersedia menawarkan kaunselling serta sokongan emosi,” katanya.

Norpipah mengulas mengenai laporan The Star Isnin lalu bahawa sebahagian besar mak nyah telah memindahkan operasi mereka ke hab komersial negeri berkenaan.

Akibat persaingan, sebahagian mereka turut memainkan peranan sebagai pemandu pelancong sebagai kaedah kreatif untuk mendapatkan pelanggan.

Norpipah menambah, kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan agama Islam negeri bagi memberikan kaunseling kepada para mak nyah berkenaan.

“Mereka memerlukan bantuan, tetapi mereka juga harus tahu apa yang dibuat mereka itu sebenarnya salah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan juga mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan polis untuk memeriksa status para mak nyah berkenaan. - MyNewsHub

(Sumber: The Star) /Gambar Hiasan

Apple: iPhone 4S yang keluar bukan iPhone 5


Majoriti peminat Apple agak kecewa apabila iPhone 5 yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Saham Apple jatuh 5% setelah CEO baru Apple, Tim Cook melancarkan versi baru iPhone 4S yang akan mengantikan iPhone 4.

iPhone 5 ini dijangkakan akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada 12 bulan dari pelancaran iPhone 4S. iPhone 4S yang lebih laju dan berprestasi lebih baik berbanding iPhone 4 dilancarkan di Amerika Syarikat dijangka akan memasuki pasaran Amerika pada 14 Oktober 2011 dan Maxis Malaysia telah berjanji untuk membawa secepat mungkin ke Malaysia.

Antara ciri-ciri baru iPhone 4S adalah :

1. Kamera 8 megapixel dengan resolusi sensor yang lebih tinggi
2. Processor A5 dual-core yang 7 kali lebih pantas dari iPhone 4
3. Design world antena baru yang lebih baik kuasa penerimaannya
4. Bateri yang lebih besar dan tahan lama
5. Menggunakan sistem operasi baru iOS5 yang mempunyai iCloud dan iMessage yang menjadikan iPhone 4S berbeza berbanding iPhone 4.
6. Arahan suara baru SIRI contohnya apabila kita tanya cuaca, iPhone 4S akan menjawab secara automatik laporan cuaca setempat.

Saksikan video preview iPhone 4S :



 

iPhone 4S warna hitam dan putih akan dijual pada harga USD199 untuk iPhone 4S 16gb, USD299 untuk iPhone 4S 32gb dan USD399 untuk iPhone 4S 64gb. Ini bermakna harga iPhone 4S Malaysia juga tidak akan jauh beza dengan harga iPhone 4.

Tak sabar nak menunggu pelancaran iPhone 4S Malaysia oleh Maxis.

Kredit: Denai Hati

Monday, October 3, 2011

Villas-Boas bangga, Arsene Wenger kecewa.

Chelsea mengamuk

LONDON - Chelsea menang bergaya apabila dengan selambanya membelasah Bolton Wanderers dengan jaringan 5-0. Sturridge memulakan pesta jaringan pada minit ke-2 apabila mudah memperdaya penjaga gol Bolton, Bogdan.

Super Frank yang nyata agak jeles dengan gol mudah yang dihasilkan oleh Sturridge mula menyusun strategi dengan David Luiz, pertahanan muda paling mantap buat masa ini di England selepas P. Jones. Pada minit ke-27, David Luiz bergerak solo dari kawasan pertahanan Chelsea dan mudah menongkah arus pemain Bolton lalu membuat satu rembatan lemah yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol ke-2 Bolton, Bogdan, yang nyata gugup dengan kepantasan game yang dipamerkan Chelsea. Super Frank yang tidak dikawal mudah menolak masuk bola untuk menjadikan kedudukan Chelsea 4, Bolton 0.

Gugup

Sebelum itu, kegugupan Bogdan terserlah apabila gagal menahan kemas rembatan dari Sturridge untuk menghasilkan gol ke-3 buat Chelsea pada minit ke-25. Pada minit ke-46, Boyata memberi harapan palsu kepada peminat Bolton apabila menghasilkan gol pertama Bolton.

Hatrik hero

Lampard dengan mudah menafikan kebangkitan Bolton apabila menjaringkan hatrik ketiganya dalam EPL dan juga yang pertama pada musim ini pada minit ke-59. Selepas itu, Chelsea banyak bermain-main dan tidak mengambil serius sangat game tersebut.

Villas-Boas selepas perlawanan berkata; "Keputusan seperti hari ini adalah seperti yang diharapkan. Saya bangga dengan semangat pemain yang sentiasa inginkan kemenangan. Frank Lampard sangat hebat. Dia berada dalam kedudukan yang betul pada masa yang tepat dalam kotak penalti. Kebolehannya tak boleh disangkal lagi. Sebagai satu pasukan, kami mempunyai pemain yang cukup berbakat untuk memberi saingan dalam liga musim ini".

Dengan kemenangan besar pertama dalam liga musim ini, Chelsea berada di tangga yang ke-3 liga, 3 mata kurang dari kelab-kelab terhebat dari Manchester. Tetapi mengikut fakta serta sejarah lampau dan kini, hanya ada satu saja kelab bola sepak terhebat di Manchester.

Hatrik pertama dalam Premier League

Satu lagi hatrik dalam liga pada minggu ke-7 ini dicatatkan oleh Johnson apabila membantu Fulham memberi pengajaran berguna kepada QPR. Fulham membenam QPR dilaman sendiri dengan jaringan 6-0.

Musuh di padang

Sementara itu, di White Hart Lane pula berlangsungnya North London derby antara Tottenham dan Arsenal. Arsenal yang diberitakan akan memberi saingan yang padu kepada Tottenham ternyata mengecewakan. Arsenal dilihat sangat lemah di bahagian pertahanan apabila mudah memberikan gol pertama kepada Tottenham hasil jaringan Van der Vaart.

Arsenal tidak mudah menyerah kalah lalu melancarkan serangan bertubi-tubi. Pada minit ke-51, Aaron Ramsey merapatkan kedudukan dengan satu jaringan cantik dari dalam kotak penalti.

Komentator kedua Sky Sports pada hari itu, saudara Gary Neville; bekas pemain pasukan juara liga musim lalu yang juga kelab terhebat dari Manchester, ternyata tidak berpuas hati dengan pertahanan Arsenal yang mempamerkan kualiti pertahanan yang cukup rendah. Dia meramalkan dengan kualiti pertahanan seperti ini, Arsenal pasti akan bolos lagi dan kalah pada perlawanan menentukan siapa paling hebat di North London.

Senyum sinis

Pada minit ke-73, Kyle Walker, pemain muda Tottenham pada posisi pertahanan sayap membuat satu larian anak dari bahagian tengah dan berjaya melepasi pemain Arsenal lalu melepaskan satu rembatan kencang yang gagal diagak dan ditepis kemas oleh Szczesny yang beraksi cemerlang pada malam itu.

Seperti ramalan saudara Gary Neville, pertahanan Arsenal selepas itu banyak melakukan kesilapan dan membuka ruang untuk Defoe dan Bale menyelinap masuk ke kotak penalti. Mujur ketangkasan dan kehebatan Szczesny berjaya menafikan cubaan gol dari Tottenham.

Tiada komen

Kekalahan ini meletakkan Arsenal di tangga ke-15 liga dengan 4 kekalahan dalam 7 perlawanan yang merupakan satu permulaan liga paling buruk dalam rekod pengurusan Arsene Wenger sejak menjadi pengurus Arsenal pada 1996. Lain pula ceritanya bagi Tottenham apabila bangkit dari permulaan buruk di awal liga dengan meneruskan rentak kemenangan buat kali ke-4 berturut-turut dan meletakkan mereka ditangga ke-6 liga kurang satu perlawanan.

BBC Sport Match Of The Day 2 02/10/11 Week 7 Mediafire Link


Download Link:
Tottenham vs Arsenal - Mediafire | Fileserve
Fulham vs QPR - Mediafire | Fileserve
Bolton vs Chelsea - Mediafire | Fileserve
Swansea vs Stoke - Mediafire | Fileserve
September Goal of the Month - Mediafire | Fileserve

Full Show
Pakman
http://www.fileserve.com/file/dmhVVTA
or
http://www.filesonic.com/file/2287667671

Albiondean
http://www.fileserve.com/file/PhkGWNg
or
http://www.filesonic.com/file/2287683764

sos: pakman, albiondean

EPL Highlights Tottenham vs Arsenal 02/10/11 Week 7 Mediafire Link


Download Link:
http://www.mediafire.com/?exd4ap1tbmhpu9o
or
http://www.fileserve.com/file/NqHwQ5C
or
http://www.filesonic.com/file/2286302161

sos: pakman

EPL Highlights Bolton vs Chelsea 02/10/11 Week 7 Mediafire Link


Download Link:
http://www.mediafire.com/?kzz7w3n31gsa51t
or
http://www.fileserve.com/file/Mazkvue
or
http://www.filesonic.com/file/2285164031

sos: pakman

Sunday, October 2, 2011

Manchester United Lega Benam Norwich

 Manchester United Lega Benam Norwich

PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson tampak menarik nafas lega apabila Norwich City gagal mengejutkan skuad bimbingannya itu pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.

Norwich kendalian Paul Lambert berjaya menguasai gelanggang lawan sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada United hasil jaringan lewat Anderson, minit ke-68 dan Danny Welbeck, minit ke-87.

Kemenangan itu membolehkan United melebarkan rekod tanpa kalah di laman sendiri kepada 19 perlawanan.

“Rekod kami di laman sendiri cukup baik sepanjang dua musim ini. Aksi pada perlawanan ini bukanlah persembahan terbaik kami.

“Namun kami memiliki kecekalan dan sikap tidak berputus asa. Itulah kualiti yang kami miliki,” kata Ferguson.

Selepas tujuh perlawanan, United masih kekal di tangga teratas dengan 19 mata, hanya dibezakan jaringan dengan pasukan di tangga kedua, Manchester City. - Mynewshub

Safiq Rahim Jalani Ujian Percubaan Dengan Cardiff

 Safiq Rahim Jalani Ujian Percubaan Dengan Cardiff


SHAH ALAM – Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim dijangka menjalani ujian percubaan dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini.

Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama ‘Blue Birds’ itu pada 26 Ogos lepas.

“Saya akan pergi bersama dengan (bekas rakan sepasukan) Safee Sali dan dijangka menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di sana,” katanya kepada Bernama selepas sesi latihan skuad Pilihan Selangor di Stadium Shah Alam.

Skuad Pilihan Selangor akan menentang Pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam esok.

Mengenai peluangnya untuk mendapat tempat dalam kelab itu, Safiq berkata: “Saya akan cuba beri persembahan terbaik nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya di sana, mungkin saya akan berjaya.”

Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.

Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja di United Kingdom.

Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia. – BERNAMA

BBC Sport Match Of The Day 01/10/11 Week 7 Mediafire Link


Download Link:
Blackburn vs Man City - Mediafire | Fileserve
Man Utd vs Norwich - Mediafire *Pakman - Albiondean | Fileserve
Wolves vs Newcastle - Mediafire | Fileserve
Everton vs Liverpool - Mediafire *Pakman - Albiondean | Fileserve
Aston Villa vs Wigan - Mediafire | Fileserve
Sunderland vs WBA - Mediafire | Fileserve

*untuk link Man Utd vs Norwich dan Everton vs Liverpool, ada dua versi. satu dari Pakman dan satu lagi dari Albiondean. bezanya hanya dari segi kualiti video.

Full Show
Pakman
http://www.fileserve.com/file/EqsT2Df
or
http://www.filesonic.com/file/2279681281

Albiondean
http://www.fileserve.com/file/j6SHyW3
or
http://www.filesonic.com/file/2279902691

sos: pakman, albiondean

Friday, September 30, 2011

Amazon perkenal Kindle Fire, harga iPad 2, Samsung Galaxy Tab dijangka turun

 http://mos.futurenet.com/techradar/classifications/Tablets/amazon/Kindle%20Fire%20(home%20angle%201)s-420-90.jpg

NEW YORK - Amazon kelmarin memperkenalkan komputer tablet sesentuh keluarannya yang akan dijual di Amerika Syarikat (AS). 

Kindle Fire yang mempunyai fungsi seumpama iPad keluaran Apple itu dijual pada harga $199 (RM635), separuh harga lebih murah berbanding iPad yang ada di pasaran sekarang. 

Model asas Kindle sebelum ini digunakan untuk membaca eBooks. Namun, gajet terbaharu itu akan menggabungkan ciri tersebut dengan kemampuan untuk memainkan muzik, filem dan melayari Internet. 

Pengguna juga boleh mengakses lebih 18 juta filem, program televisyen, lagu, aplikasi, permainan video, buku dan majalah menerusi laman web Amazon. 

Gajet tersebut mempunyai skrin bersaiz tujuh inci, berbanding iPad 2 iaitu 9.2 inci. Tidak seperti iPad, Kindle Fire tidak mempunyai kamera atau aplikasi untuk membuat panggilan video. 

"Kindle Fire akan membawa semua hasil kerja yang diusahakan di Amazon selama 15 tahun ke dalam satu perkhidmatan bersepadu untuk pengguna. 

"Ia menawarkan permainan, muzik, carian laman web dan buku pada harga hanya $199 (RM635). Ini merupakan produk premium yang ditawarkan pada harga bukan premium. Kami akan menjual jutaan unit Kindle Fire," kata Ketua Eksekutif Amazon, Jeff Bezos. - Agensi 

Spesifikasi Kindle Fire

Design:

    • Form Factor:
      • Candybar
    • Dimensions:
      • 7.48 x 4.72 x 0.45 (190 x 120 x 11.4 mm)
    • Weight:
      • 14.57 oz (413 g)
        the average is 17.6 oz (503 g)
    • Colors:
      • Black

Display

  • Display:
    • Technology:
      • LCD
    • Resolution:
      • 1024 x 600 pixels
    • Physical Size:
      • 7.00 inches
    • Touch Screen:
        • Yes (Capacitive)
    • Multi-touch:
      • Yes
    • Scratch-resistant glass:
      • Yes

Software

  • Smart Phone:
      • Yes
    • OS:
      • Android
  • Processor:
    • Dual core, TI OMAP4

Multimedia

  • Music Player:
      • Yes
    • Supports:
      • MP3, WAV, MP4, OGG, MIDI
  • Video Playback:
      • Yes

Internet browsing

  • Internet Browsing:
      • Yes
    • Supports:
      • HTML

Organizer

  • Calendar:
      • Yes
  • Document Viewer:
      • Yes
    • Supported formats:
      • Office 2007, Office 2003
    • Other formats:
      • Kindle (AZW), TXT, PDF, unprotected MOBI and PRC

Messaging

  • E-mail:
      • Yes

Memory

  • Built-in:
    • 8192 MB

Connectivity

  • Wi-Fi:
      • Yes (802.11b, 802.11g, 802.11n)
  • USB:
      • Yes
    • Type:
      • microUSB
    • Version:
      • USB 2.0
  • Headphones connector:
    • 3.5mm

Availability

  • Officially announced:
    • Yes (28 Sep 2011)
  • Scheduled release:
    • 15 Nov 2011 (Official)

Safee Sali: Jadual saya padat

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSHkVORj6S8lsiEvcVk3D3zYY5nnCOyiC_KU38B-jRstbLgQsT2Ps1jAvu8NPfrr2HuOT4IUcw6S9SYYLa8vghV_CZXXBvMLGpaOPZ1vSzjTrdRjMqTyGWEK6KiK9onGwzfZpb4LgsyCNY/s1600/gambar+safee+cardiff+city.jpg

“BUKAN saya tidak sudi untuk kembali semula (menjalani latihan) bersama Cardiff City tetapi jadual saya begitu ketat ketika ini. 

“Justeru, dakwaan kononnya saya (berpatah arang berkerat rotan) dengan kelab itu sememangnya tidak berasas.

Demikian kata penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali yang menafikan dakwaan kononnya dia ‘merajuk’ untuk kembali menjalani latihan bersama kelab England, Cardiff City selepas ini.

Desas-desus negatif itu timbul dalam kalangan peminat bola sepak tempatan ekoran kenyataan Safee yang dikatakan ingin mencuba nasib untuk beraksi bersama kelab Australia pula selepas ini sebaik selamat menjejakkan kaki di tanah air kelmarin.

Spekulasi tersebut diperkuatkan dengan peluang Safee yang dikatakan pudar untuk menyarung jersi The Bluebirds lantaran masalah permit kerja walaupun mendapat khabar gembira daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memberi jaminan untuk membantu ‘David Beckham Malaysia’ itu mengatasi masalah berkenaan jika Cardiff mahu melamarnya.

Meskipun dikhabarkan akan dipanggil untuk dinilai semula selama dua minggu lagi oleh pengendali The Bluebirds, Malky Mackay yang dilaporkan berminat dengan kesungguhan, disiplin dan skil Safee sebelum ini, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu juga tidak pasti sama ada ia boleh dilaksanakan pada waktu terdekat.

“Jadual saya begitu ketat. Selain mewakili (bekas pasukan) Selangor bagi aksi Piala Sultan Selangor (esok), saya juga akan ke Australia (mewakili skuad kebangsaan) bagi perlawanan persahabatan.

“Kalau ikutkan hati memang saya mahu kembali semula ke Cardiff. Bukan senang untuk menjalani lati- han bersama pemain-pemain yang hebat di sana dan jika tidak terpilih pun, saya langsung tidak menyesal.

“Tetapi saya sendiri tidak pasti bila saya boleh menyertai semula latihan di sana,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Safee sebelum ini selesai menjalani sesi pemilihan selama dua minggu bersama skuad kendalian Malky Mackay itu sejak pertengahan September lalu sebaik mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Pelita Jaya.

Menurut Safee, dia belum membuat sebarang perbincangan lanjut dengan pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee berhubung perkara itu, selain tidak menolak kemungkinan akan merujuk perkara tersebut kepada Pelita Jaya terlebih dahulu sebelum boleh mengulas lanjut.

“Saya juga tidak pasti bila akan kembali ke Indonesia kerana Pelita Jaya pastinya memerlukan khidmat saya sebelum Liga Indonesia bermula (10 Oktober ini), jadi kita tengok dahulu macam mana,” kata- nya yang mengakui masih keletihan selepas menempuhi penerbangan yang panjang dari London kelmarin.

Ketika ditanya mengenai keinginannya beraksi di Australia, jelas Safee: “Sebagai pemain, saya mempunyai sasaran sendiri untuk beraksi di pentas yang lebih baik, terutamanya di Australia dan Eropah bagi mengembangkan karier saya.

“Tetapi ia bukan bermakna saya tidak lagi mahu menyarung jersi Cardiff, justeru saya harap semuanya faham,” katanya memohon tidak disalahertikan. - KOSMO!

Thursday, September 29, 2011

KL Menang Anugerah Pengembaraan Dunia

 KL Menang Anugerah Pengembaraan Dunia

BANGKOK – Kuala Lumpur muncul sebagai Destinasi Bandar Raya Terulung Asia pada Anugerah Pengembaraan Dunia 2011 di sini.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman web anugerah tersebut.

Pemenang kategori itu tidak diumumkan semasa Anugerah Pengembaraan Dunia bagi rantau Asia dan Australiasia ke-18 yang diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi, kerana penerimanya tidak menghadiri majlis tersebut.

Kuala Lumpur turut dikenali dengan menara berkembar tertinggi dunia iaitu Menara Berkembar Petronas, beserta gabungan landskap moden dan lama dengan gerai-gerai penjaja dan bangunan rumah kedai sebelum perang dicelah-celah bangunan pencakar langit dan canggih.

Laman web itu turut mengumumkan Hotel Pan Pacific di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai pemenang kategori Hotel Lapangan Terbang Terulung Asia.

Bagi ketegori Malaysia; Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur diumum pemenang Hotel Perniagaan Terulung Malaysia; Sheraton Imperial, Kuala Lumpur sebagai Hotel Terulung; Sheraton Langkawi Resort sebagai Resot Terulung dan The Westin Langkawi Resort & Spa sebagai Spa Resot Terulung. – BERNAMA

Hudud: PR hormati pendirian PAS, terima perbezaan pendirian DAP

Pakatan Rakyat Tidak Akan Laksanakan Hukum Hudud

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang di sini Rabu malam.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isu hudud dibangkitkan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang bercadang untuk melaksanakannya di negeri itu.

Anwar berkata, pakatan pembangkang juga tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung isu itu. – BERNAMA

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Kena

 Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Kena!

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini semalam.

“Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.

Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.
Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.

Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri. — BERNAMA

Kami 'cuai' - Ferguson


WELBECK meledakkan dua gol ketika United seri 3-3 dengan FC Basel pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.


MANCHESTER - Alex Ferguson tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas Manchester United seri 3-3 dengan FC Basel pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pengurus skuad The Red Devils itu menyalahkan benteng pertahanan yang dianggap 'cuai' selepas pasukan itu mempersia-siakan kelebihan dua gol hasil jaringan Danny Welbeck pada minit ke-16 dan 17.

Begitupun, Fabian Frei berjaya merapatkan jurang pada minit ke-57 sebelum Alexander Frei meletakkan Basel di depan hasil jaringan pada minit ke-59 dan sepakan penalti (ke-76).

Ashley Young menyelamatkan United apabila menyumbat gol penyamaan pada minit ke-90 tetapi ia tidak mampu untuk menggembirakan Ferguson.

United yang seri 1-1 dua minggu lalu masih gagal mencatat keputusan yang positif dalam saingan Kumpulan C, sekali gus menduduki tempat ketiga di belakang Basel dan Benfica.

"Kami cuai. Mereka mencipta dua atau tiga peluang gol pada babak pertama tetapi kurang konsentrasi telah membunuh kami. Kami mempersia-siakan kelebihan tersebut.

"Ia adalah satu persembahan yang baik pada babak pertama tetapi kami gagal mempertahankan keputusan tersebut. Bagaimanapun, kami berjaya mengelak daripada kekalahan.

"Sudah tentu, mesej pada waktu rehat adalah untuk menamatkan perlawanan itu kerana peluang yang mereka cipta pada babak pertama.

"Saya fikir, ia adalah satu peringatan, bolos tiga gol di gelanggang sendiri. Pemain pertahanan dan tengah perlu lebih baik dari segi konsentrasi.

"Mereka memiliki kemampuan tetapi jika kamu bermain secara santai, kualiti dalam kempen Liga Juara-Juara akan menyebabkan kamu menderita."

Dalam masa yang sama, Ferguson turut mengkritik pengadil, Paolo Tagliavento yang menghadiahkan sepakan penalti selepas Antonio Valencia mengkasari Marco Streller pada minit ke-75. - AFP

Wednesday, September 28, 2011

Lagu Najwa Di You Tube Ditonton Lebih 2 Juta Orang

Lagu Najwa Di You Tube Ditonton Lebih 2 Juta Orang 



KUALA LUMPUR – Biarpun baru berusia 16 tahun tetapi bakat Najwa dalam bidang nyanyian terserlah apabila lagunya yang berjudul Cinta Muka Buku nyanyiannya ditonton lebih 2 juta penonton baru-baru ini.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor ini dia tidak menyangka lagu yang dinyanyikannya di You Tube mendapat sambutan di luar dugaan daripada para penonton di seluruh dunia.

“Saya pada mulanya hanya menyanyi sambil bermain gitar lagu Baby yang dipopularkan oleh Justin Bieber di mana saya rakam dan siarkannya di You Tube. Ia hanya untuk suka-suka sahaja tetapi saya tidak sangka ramai yang sukakannya.

“Klip video lagu itu ditonton lebih 100,000 penonton. Selepas sambutan itulah saya mula mencipta lagu-lagu sendiri termasuklah Cinta Muka Buku di mana ia telah ditonton lebih 2 juta penonton,” katanya sewaktu ditemui semalam.

Ekoran sambutan para peminat terhadap lagu-lagu Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, syarikat rakaman NAR Records telah melamarnya bernaung di bawah label itu pada bulan Mac yang lalu.

Jelas Najwa yang mula belajar bermain gitar pada usia 14 tahun, dia telah berkolaborasi dengan kakaknya, Iqhwatul Syafika Abdul Latif, 22, dalam menghasilkan sembilan buah lagu sejak hampir dua tahun yang lepas.

“Saya mencipta melodi lagu, manakala kesemua lirik lagu-lagu nyanyian saya pula ditulis oleh kakak saya itu. Saya akan terus belajar dan akan menyanyi secara serius selepas habis belajar nanti,” jelasnya dengan bersungguh-sungguh.

Sembilan lagu yang telah dicipta oleh Najwa yang bakal diterbitkan oleh NAR Records itu bertajuk Carta Hati, Cinta Muka Buku, I Love You, Kau Lupa Itu Aku, Kosong, Only Yours, Adamu, Sahabat serta Satu. – mynewshub.my

Tonton


CInta Muka Buku


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...