Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Monday, August 22, 2011

Kerajaan Arab Saudi Lancar Projek Pembesaran Masjidil Haram


Kerajaan Arab Saudi Lancar Projek Pembesaran Masjidil Haram

Raja Abdullah dari Arab Saudi akan melancarkan secara rasmi sebuah projek tambahan bernilai USD$10.6 bilion (RM31.6 bilion) untuk pembesaran Masjidil Haram di Mekah.

Projek itu bertujuan bagi membolehkan kompleks masjid berkenaan menampung dua juta jemaah serentak pada satu-satu masa, menurut akhbar harian Asharq al-Awsat.

Kini terdapat lebih 10,000 pekerja telah pun mula bekerja sepanjang siang dan malam di kompleks seluas 400,000 meter persegi (4.3 juta kaki persegi) itu.

Projek tersebut dijangka mempunyai tambahan aras pada bahagian utara kompleks, tangga dan terowong untuk memudahkan jemaah memasuki kawasan masjid

Ia akan dibina sekeliling Kaabah dimana semua umat Islam menghadap semasa memanjatkan doa.

Masjidil Haram telah menjalani beberapa fasa pembesaran tetapi pertambahan jemaah memaksa kerajaan Arab Saudi untuk melancarkan lebih banyak projek tambahan di sekitar kompleks tersebut.

Raja Abdullah juga dijangka merasmikan Menara Jam DiRaja Mekah setinggi 601 meter (1,983 kaki), yang terletak di sebalik bukit dan ia dapat membantu jemaah atau pelawat di tapak suci lain untuk mencari Masjidil Haram.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi dunia – selepas Burj Khalifa, bangunan setinggi 828 meter (2,717 kaki) yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas.

Setiap kali musim haji, lebih 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia datang beribadat dan menginap selama dua minggu di kota suci itu.

Pada November lepas, satu perkhidmatan keretapi metro telah dibina dimana ia cuma beroperasi semasa musim haji.

Satu cadangan untuk tren laju bernilai USD$10 bilion (RM30 bilion) yang akan menghubungkan Jeddah dengan Madinah melalui Mekah juga dalam perbincangan, bersama dengan beberapa syarikat Eropah dan Asia yang kini sedang bersaing hebat untuk membida projek tersebut. - MyNewsHub

Jangan tertipu kurma RM1


PERBEZAAN kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar.


GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut. - Kosmo!

Permata baharu Anfield

http://www.soccer-wallpapers.net/soccer_wallpaper/luiz_7_suarez_uruguay_luiz_suarez_liverpool.jpg

LONDON – Dua gol selepas dua perlawanan membuktikan betapa bernilainya Luis Suarez (gambar) untuk membawa Liverpool kembali ke kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana England musim ini.

Bermula dari bangku simpanan pada aksi menentang Arsenal malam kelmarin, penyerang Uruguay itu bersama-sama Raul Meireles yang dimasukkan pada minit ke-70 berjaya membantu Liverpool mencatat kemenangan 2-0 ke atas Arsenal.

Gandingan dua pemain itu berjaya mencipta banyak peluang sekali gus dua jaringan terhasil menerusi gol sendiri Aaron Ramsey pada minit ke-78 dan jaringan Suarez pada penghujung perlawanan.

“Ia satu gandingan baik serta pertukaran yang berkesan. Bagaimanapun kami tetap gembira dengan aksi Andy Carroll dan Dirk Kuyt sebelum mereka dibawa keluar.

“Tapi apabila kami memiliki dua pemain berkualiti di bangku simpanan, tak salah untuk kami mempertaruhkan mereka,” kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.

Suarez sebelum ini menjaringkan gol tunggal Liverpool ketika seri 1-1 dengan Sunderland pada aksi sulung minggu lalu.

Dalglish turut menegaskan betapa pentingnya untuk menguruskan pembahagian beban pemain bagi mengelak kecederaan sambil mengakui kesilapannya ketika meletakkan Suarez dalam kesebelasan utama menentang Sunderland.

“Minggu lalu mungkin saya tidak berlaku adil terhadap Suarez. Saya rasa tidak adil untuk dia yang baru kembali menyertai skuad. Saya lihat dia begitu hebat pada sesi latihan dan berasakan dia perlu diturunkan.

“Memang dia masih mampu menjaringkan gol dan beraksi dengan baik pada perlawanan itu tetapi dia tidak dapat memiliki kekuatan sama seperti kebiasaannya,” jelas Dalglish.

Suarez, 24, baru saja kembali ke England selepas membantu Uruguay menjuarai Copa America dan muncul pemain terbaik kejohanan selepas berjaya meledak empat gol. – Agensi

Digelar wira kerana turunkan bendera Israel

Digelar wira kerana turunkan bendera Israel


SEJUMLAH orang berhimpun dalam tunjuk perasaan di luar Kedutaan Israel di Kaherah, Mesir awal semalam.


KAHERAH - Seorang penunjuk perasaan Mesir menjadi wira kerana dia menurunkan bendera Israel di bangunan kedutaan rejim Zionis itu di sini kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas lima anggota polis sempadan Mesir mati ditembak askar-askar Israel yang sedang mengejar para pejuang Palestin.

Para pejuang Palestin itu didakwa melarikan diri ke wilayah Palestin selepas lapan rakyat Israel mati di dalam wilayah Yahudi.

Israel menyalahkan para pejuang Palestin dari Gaza yang telah menyelinap masuk ke dalam wilayah Israel sehingga mengakibatkan kematian penduduknya.

Rejim Zionis kemudian meminta maaf ekoran kematian lima anggota polis Mesir semasa insiden memburu para pejuang Palestin di wilayah Mesir dilakukan Israel.

Namun, perbuatan Israel itu mencetuskan kemarahan penduduk Mesir.

Sejumlah penduduk Mesir berhimpun di luar kedutaan Israel bagi membantah tindakan Israel yang membunuh anggota polis Mesir.

Seorang penunjuk perasaan yang bertindak berani menurunkan bendera Israel di kedutaan Israel itu dikenali sebagai Ahmed Shehat.

Bendera Israel itu kemudian dikoyak oleh sejumlah penunjuk perasaan dan menjadikannya sebagai cenderamata.

Beberapa penunjuk perasaan lain membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat.

Seorang calon presiden Mesir, Hamdeen Sabahi memuji Ahmed sebagai wira rakyat menerusi laman Twitter.

"Ini adalah untuk Palestin. Ini adalah untuk Mesir. Ini adalah untuk setiap penduduk Arab. Ini adalah untuk setiap individu yang bebas," kata salah satu mesej di Twitter mengenai keberanian Ahmed.

Kelmarin, Kementerian Luar Mesir memanggil Kuasa Usaha Israel untuk memberi amaran berhubung kejadian lima anggota polis itu mati ditembak.

Kuasa Usaha Israel itu dipanggil kerana duta Israel ke Mesir berada di luar negara. - Agensi

BBC Sport Match Of The Day 2 21/08/11 Week 2 Mediafire Link


Download Link:
Bolton vs Man City - Mediafire | Megaupload
Norwich vs Stoke - Mediafire | Megaupload
Wolves vs Fulham - Mediafire | Megaupload

Full Show
http://www.fileserve.com/file/X32v8rw
or
http://www.filesonic.com/file/1727744294
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...