Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Saturday, September 10, 2011

Planet terbentuk daripada Berlian


MANCHESTER, Britain – Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian. Saintis-saintis antarabangsa di Universiti Manchester di sini menyatakan, mereka menemui planet berlian itu selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan pulsar.

Teras bintang itu, kata mereka, bertukar menjadi kristal berlian sebesar sebuah planet.

Para penyelidik berkenaan membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop gergasi di sebuah balai cerap di Cheshire, England.

Planet berlian itu memiliki diameter 64,000 kilometer atau lima kali ganda lebih besar daripada Bumi.

Sumber: Rakyat Marhaen

Jurutera cuba pecah rekod kelajuan motosikal


PAUL ANDERSON duduk di atas sebuah motosikal Harley Davidson yang diubah suai dalam usahanya untuk mencipta rekod kelajuan di Britain.



LONDON - Sekumpulan jurutera kini berusaha untuk memecahkan rekod kelajuan dengan menggunakan sebuah motosikal Harley Davidson yang sudah diubahsuai, lapor sebuah akhbar semalam.

Setakat ini rekod kelajuan motosikal ialah 367.26 kilometer sejam (km/j) di Britain.

Kumpulan jurutera itu berharap, mereka akan dapat mencipta rekod kelajuan lebih 370.14km/j
Seorang jurutera dari syarikat pembuat pesawat Airbus, Paul Anderson, 56, mengubah suai motosikal tersebut bersama rakan-rakannya di dalam garaj rumahnya.

Dia mendapat bantuan daripada rakannya yang juga seorang jurutera, Airbus, Andrija Ekmedzic dan Richard Spencer. 

Mereka juga dibantu seorang lagi rakan, Garry Morgan dan seorang pelajar berusia 16 tahun, Connor Galbraith.- Agensi

Video : Crowds attack Israel embassy in Cairo


Kapal perang Turki akan iringi flotila



KAHERAH 9 Sept. - Turki akan menghantar kapal-kapal perangnya untuk mengiringi flotila kapal bantuan kemanusiaan dari negara Malaysia ke Genting Gaza bagi mengelak insiden serangan Israel pada tahun lalu daripada berulang.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, kapal perang Turki kelas pertama akan dikerah melindungi flotila kapal-kapal dari negara ini yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Mulai sekarang, kami tidak akan membiarkan kapal-kapal kami diserang oleh Israel seperti yang berlaku kepada Freedom Flotilla pada tahun lalu," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Al Jazeera.


Edrogan turut memberitahu bahawa Turki telah mengambil langkah bagi menghentikan Israel daripada mengeksploitasi sumber di Mediterranean, selepas peningkatan ketegangan antara kedua-dua bekas sekutu itu, ekoran Israel enggan memohon maaf berhubung insiden serangan ke atas flotila bantuan kemanusiaan pada tahun lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, hubungan negara ini dengan Israel boleh dipulihkan jika rejim Zionis itu memohon maaf atas insiden serbuan ke atas flotila bantuan ke Gaza pada tahun lalu yang mengorbankan sembilan aktivis Turki dan bersetuju untuk membayar pampasan.

Sementara itu, jurucakap Menteri Luar Israel, Yigal Palmor berkata, kenyataan ini tidak sesuai untuk diulas.

Hubungan antara Turki dan Israel menjadi tegang selepas komando rejim Zionis menyerang flotila kapal, Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Mei tahun lalu.

Lapan rakyat Turki dan seorang warga Amerika Syarikat (AS) berketurunan Turki terbunuh dalam serangan itu.

Pada awal bulan ini,, Turki mengusir Duta Israel ke Ankara dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan rejim Zionis itu selepas laporan inkuiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Israel menggunakan kekerasan 'keterlaluan' terhadap flotila kapal bantuan Turki ke Genting Gaza pada Mei tahun lalu. - REUTERS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...