Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Monday, August 22, 2011

Kerajaan Arab Saudi Lancar Projek Pembesaran Masjidil Haram


Kerajaan Arab Saudi Lancar Projek Pembesaran Masjidil Haram

Raja Abdullah dari Arab Saudi akan melancarkan secara rasmi sebuah projek tambahan bernilai USD$10.6 bilion (RM31.6 bilion) untuk pembesaran Masjidil Haram di Mekah.

Projek itu bertujuan bagi membolehkan kompleks masjid berkenaan menampung dua juta jemaah serentak pada satu-satu masa, menurut akhbar harian Asharq al-Awsat.

Kini terdapat lebih 10,000 pekerja telah pun mula bekerja sepanjang siang dan malam di kompleks seluas 400,000 meter persegi (4.3 juta kaki persegi) itu.

Projek tersebut dijangka mempunyai tambahan aras pada bahagian utara kompleks, tangga dan terowong untuk memudahkan jemaah memasuki kawasan masjid

Ia akan dibina sekeliling Kaabah dimana semua umat Islam menghadap semasa memanjatkan doa.

Masjidil Haram telah menjalani beberapa fasa pembesaran tetapi pertambahan jemaah memaksa kerajaan Arab Saudi untuk melancarkan lebih banyak projek tambahan di sekitar kompleks tersebut.

Raja Abdullah juga dijangka merasmikan Menara Jam DiRaja Mekah setinggi 601 meter (1,983 kaki), yang terletak di sebalik bukit dan ia dapat membantu jemaah atau pelawat di tapak suci lain untuk mencari Masjidil Haram.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi dunia – selepas Burj Khalifa, bangunan setinggi 828 meter (2,717 kaki) yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas.

Setiap kali musim haji, lebih 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia datang beribadat dan menginap selama dua minggu di kota suci itu.

Pada November lepas, satu perkhidmatan keretapi metro telah dibina dimana ia cuma beroperasi semasa musim haji.

Satu cadangan untuk tren laju bernilai USD$10 bilion (RM30 bilion) yang akan menghubungkan Jeddah dengan Madinah melalui Mekah juga dalam perbincangan, bersama dengan beberapa syarikat Eropah dan Asia yang kini sedang bersaing hebat untuk membida projek tersebut. - MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...