Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Wednesday, August 24, 2011

QPR turunkan harga tiket demi peminat


Change for the better: New owner Tony Fernandes wants to win over the fans



QPR telah mengesahkan untuk melakukan pakej potongan harga tiket dalam usaha untuk memuaskan hati peminat yang marah ekoran harga tiket yang mahal.

Pendatang baru Premier League itu telah berjanji untuk mengurangkan harga tiket musim ini dengan memperkenalkan tiket yang lebih murah dan membenarkan kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah 8 tahun dengan ditemani oleh seorang dewasa di dalam stadium milik QPR, Loftus Road.

Walau bagaimana pun, penyokong QPR masih perlu untuk membayar sehingga £ 70 untuk menonton perlawanan 'kategori A' yang melibatkan perlawanan menentang Manchester United, Chelsea, Manchester City, Arsenal, Tottenham dan Liverpool.

Pemilik baru QPR, Tony Fernandes telah mengurangkan harga kemasukan keutamaan selepas selesai mengambil alih kelab itu bulan lepas.

Dan Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Beard Philip, berkata: 'penurunan harga tiket ini menunjukkan betapa serius pemilik kelab itu terhadap pandangan penyokong kelab terbabit'.

'Tiket adalah penting kepada struktur perniagaan dan kami yakin para penyokong akan memberi maklum balas yang positif dengan menjadikan Loftus Road sebagai kubu kuat QPR untuk setiap perlawanan.'

Ini adalah satu langkah besar dari segi membina semula ikatan di antara Kelab dan penyokong dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk mengalu-alukan peminat setia kami untuk memeriahkan Loftus Road musim ini. ' tambahnya lagi. - Terkini Dunia

Kunjungi laman Facebook Rasmi QPR FC

1 comment:

  1. terbaik la tony fernandes...da berbusines kt luar negara..respek sama dia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...