Kegembiraan jelas terpancar di wajah Sir Alex Ferguson selepas melihat pemain-pemain muda Manchester United membenam Tottenham 3-0 di Old Trafford awal pagi tadi.
Kecederaan yang menimpa Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic memaksa Ferguson beralih untuk memilih pemain-pemain termuda dalam sejarah Liga Perdana Barclays, dengan purata usia 23 tahun.
Walaupun dengan skuad yang dibarisi pemain muda - dengan Welbeck dan Anderson memainkan peranan penting - United telah berjaya mengekalkan rekod kemenangan di tempat sendiri ketika menentang Spurs. Perlawanan semalam juga menyaksikan Rooney menjaringkan gol ke 149 sepanjang kariernya di Manchester United.
'Kami benar-benar memanfaatkan separuh kedua dan mempamerkan prestasi yang hebat, dan saya gembira kami menang dengan kekuatan skuad muda,' kata Ferguson.
'Ini membuktikan bahawa saya memberi kepercayaan kepada pemain muda. Ia amat relevan apabila anda melihat keupayaan yang mereka ada. Kami sentiasa mempunyai keyakinan untuk menurunkan pemain muda apabila berhadapan dengan team yang hebat. - Terkini Dunia
Statistik ringkas perlawanan awal pagi tadi
Manchester United
- Assists
- Giggs
- Cleverley
- Welbeck
- Goals scored
- Anderson
- Rooney
- Welbeck
- Saves
- de Gea (9)
- Yellow cards
- Evans J
Tottenham
- Saves
- Friedel (13)
- Yellow cards
- Dawson
- Defoe
No comments:
Post a Comment