Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, October 6, 2011

Harga Rokok Dijangka Kekal - Berita Gembira Atau Sebaliknya

 
Harga Rokok Dijangka Kekal - Berita Gembira Atau Sebaliknya

KUALA LUMPUR – Untuk pertama kali dalam masa beberapa tahun, cukai berkaitan rokok dijangka tidak akan dinaikkan dalam pembentangan Bajet 2012 yang dijadual sampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Menurut sumber industri tembakau, harga rokok di Malaysia kini berada di paras tertinggi untuk negara ini dan sudah pun membebankan perokok. Menurut sumber itu, sekiranya dinaikkan lagi, ia akan menyebabkan peningkatan aktiviti penyeludupan rokok ke negara ini secara lebih berleluasa.

Kesan penyeludupan sangat buruk kerana pengguna bahan itu terdedah kepada rokok yang jauh lebih merbahaya kandungan kimianya. “Kami yakin kerajaan tidak akan bertindak menaikan cukai rokok dan tembakau,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Menurut kajian beberapa syarikat dan firma penyelidikan, kenaikan harga rokok bukan sahaja akan mengurangkan pembelian rokok, malah ia akan menyebabkan penyusutan jumlah dagangan industri tembakau.

Sebuah firma penyelidikan, OSK Research misalnya, telah meramalkan kesan tersebut ekoran kenaikan cukai rokok pada belanjawan tahun lalu menyaksikan jumlah dagangan industri tersebut menyusut sebanyak 10 peratus tahun ini.

Untuk tahun ini, kajian yang dijalankan firma itu meramalkan kerajaan tidak akan menaikkan lagi harga rokok memandangkan kenaikannya telah pun dilakukan tahun lepas. Bagaimanapun, sekiranya kerajaan mahu menaikkan juga harga rokok, firma itu meramalkan bahawa peningkatan tersebut tidak akan mencecah lebih 10 peratus.

“Kami percaya cukai rokok tidak akan dinaikkan melebihi 10 peratus kerana kegiatan penyeludupan rokok haram juga tinggi. “Selain itu, kerajaan sudah menaikkan cukai tersebut pada tahun lalu,” kata firma itu di dalam nota penyelidikannya baru-baru ini.

Ekoran kenaikan harga rokok secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, aktiviti penyeludupan rokok ke negara ini melalui pintu-pintu sempadan negara semakin meningkat dengan jumlah penangkapan yang bernilai jutaan ringgit. Kali terakhir kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok ialah sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober 2010.

Ekoran kenaikkan kadar cukai baru tersebut, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok yang mengandungi 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Harga bagi sekotak rokok kini di Malaysia adalah RM10 bagi 20 batang rokok merupakan antara yang termahal di rantau Asia Tenggara. - MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...