|
|
LONDON - Perancang Inter Milan, Wesley Sneijder sanggup mengurangkan bayaran gaji semata-mata mahu beraksi bersama juara Liga Perdana England, Manchester United.
Bulan lalu, United telah menawarkan kontrak kepada Sneijder dan Inter bersedia untuk menjual pemain yang berusia 27 tahun itu dengan nilai £35 juta (RM170 juta).
Tidak lama kemudian, Sneijder telah menuntut bayaran gaji berjumlah £200,000 (RM973,000) seminggu.
Bagaimanapun, The Red Devils tidak bersetuju mengenai syarat-syarat gaji yang diminta oleh Sneijder.
Ekoran itu, Sneijder mula risau apabila United masih belum mengemukakan tawaran baharu selepas permintaan gajinya yang terlalu mahal.
Dia mula menimbangkan semula tuntutannya itu kerana khuatir United tidak mampu mengikut apa yang diminta, sekali gus menggagalkan hasratnya untuk berhijrah ke Old Trafford.
Justeru, bekas pemain Real Madrid ini sanggup mengurangkan gajinya sebanyak £60,000 (RM291,905) seminggu menjadi £140,000 (RM683,300).
Sekiranya perpindahan itu berjaya, Sneijder bakal menjadi pemain kedua United menerima bayaran gaji tertinggi selepas Wayne Rooney yang menerima £250,000 (RM1,216,300) seminggu.
- Agensi
Kekal berhubung dengan hanya RM 25 sebulan melalui #DiGiJomBerry
No comments:
Post a Comment