Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna
Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi
kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan
'private number' untuk merujuk permasalahan ini.
"Saya ni baru
kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata
'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata
SYAITAN" kata Zizan.
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua
hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi
tidakberniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap
ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog
mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana
Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."
Jadi boleh dikatakan bahawa
penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis
skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan
tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia
boleh jadi niat untuk mempersenda.
Tetapi kesilapan ini tidak
terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon
bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit,
Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini
kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi
untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk
mempersendakan Islam.
"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan
Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar
Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati.
Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk
mempersendakan Islam.
"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan)
tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia
memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.
No comments:
Post a Comment