Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Saturday, September 3, 2011

Sneijder tidak tamak

LONDON – Wesley Sneijder menegaskan kegagalan dia berpindah ke Manchester United dengan harga £35 juta (RM170.3 juta) bukan berpunca daripada sikapnya yang tamak.

United dikatakan enggan menyamai gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu yang diperolehi Sneijder di Inter Milan dan menjelaskan mereka tidak akan membayar gaji melebihi £190,000 (RM924,493) seminggu.

Sneijder berkata, dia memang sudah hampir untuk menyertai United, namun perpindahan tersebut tidak menjadi kerana dia mahu terus berada di San Siro.

“Bagi saya, semuanya bukan berpunca daripada isu gaji,” kata perancang Belanda itu.

“Saya berasa sangat selesa di Inter. Saya sayang kelab ini dan juga budaya Itali serta masyarakat di sini. Ia sesuai dengan jiwa saya.

“Perpindahan itu memang hampir berlaku. Ada beberapa perbincangan dibuat. Ini kerana Inter perlu menjual seorang pemain iaitu sama ada saya atau Samuel Eto’o.”


SNEIJDER (kiri) Eto’o tidak lagi bersama selepas penyerang Cameroon itu dijual kepada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.


Inter telah menjual penyerangnya, Eto’o kepada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.

“Mereka (United) adalah antara kelab terbaik di dunia, jadi ia bukan sesuatu yang teruk bagi saya,” tambah Sneijder.

“Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu meninggalkan Inter.

“Serie A amat bagus bagi saya dan saya tidak nafikan bahawa saya juga berminat menyertai United.

“Tetapi perpindahan ini bukan satu kemestian bagi saya dan ada beberapa perkara yang membuatkan ia tidak berlaku.” – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...