KUALA LUMPUR – Biarpun baru berusia 16 tahun tetapi bakat Najwa dalam
bidang nyanyian terserlah apabila lagunya yang berjudul Cinta Muka Buku
nyanyiannya ditonton lebih 2 juta penonton baru-baru ini.
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim,
Batu Pahat, Johor ini dia tidak menyangka lagu yang dinyanyikannya di
You Tube mendapat sambutan di luar dugaan daripada para penonton di
seluruh dunia.
“Saya pada mulanya hanya menyanyi sambil bermain gitar lagu Baby yang
dipopularkan oleh Justin Bieber di mana saya rakam dan siarkannya di
You Tube. Ia hanya untuk suka-suka sahaja tetapi saya tidak sangka ramai
yang sukakannya.
“Klip video lagu itu ditonton lebih 100,000 penonton. Selepas
sambutan itulah saya mula mencipta lagu-lagu sendiri termasuklah Cinta
Muka Buku di mana ia telah ditonton lebih 2 juta penonton,” katanya
sewaktu ditemui semalam.
Ekoran sambutan para peminat terhadap lagu-lagu Najwa atau nama
sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, syarikat rakaman NAR Records telah
melamarnya bernaung di bawah label itu pada bulan Mac yang lalu.
Jelas Najwa yang mula belajar bermain gitar pada usia 14 tahun, dia
telah berkolaborasi dengan kakaknya, Iqhwatul Syafika Abdul Latif, 22,
dalam menghasilkan sembilan buah lagu sejak hampir dua tahun yang lepas.
“Saya mencipta melodi lagu, manakala kesemua lirik lagu-lagu nyanyian
saya pula ditulis oleh kakak saya itu. Saya akan terus belajar dan akan
menyanyi secara serius selepas habis belajar nanti,” jelasnya dengan
bersungguh-sungguh.
Sembilan lagu yang telah dicipta oleh Najwa yang bakal diterbitkan
oleh NAR Records itu bertajuk Carta Hati, Cinta Muka Buku, I Love You,
Kau Lupa Itu Aku, Kosong, Only Yours, Adamu, Sahabat serta Satu. –
mynewshub.my
CInta Muka Buku
Tonton
CInta Muka Buku
No comments:
Post a Comment