|
|
MANCHESTER - Alex Ferguson tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa
selepas Manchester United seri 3-3 dengan FC Basel pada aksi Liga
Juara-Juara awal pagi semalam.
Pengurus skuad The Red Devils itu menyalahkan benteng pertahanan yang
dianggap 'cuai' selepas pasukan itu mempersia-siakan kelebihan dua gol
hasil jaringan Danny Welbeck pada minit ke-16 dan 17.
Begitupun, Fabian Frei berjaya merapatkan jurang pada minit ke-57
sebelum Alexander Frei meletakkan Basel di depan hasil jaringan pada
minit ke-59 dan sepakan penalti (ke-76).
Ashley Young menyelamatkan United apabila menyumbat gol penyamaan
pada minit ke-90 tetapi ia tidak mampu untuk menggembirakan Ferguson.
United yang seri 1-1 dua minggu lalu masih gagal mencatat keputusan
yang positif dalam saingan Kumpulan C, sekali gus menduduki tempat
ketiga di belakang Basel dan Benfica.
"Kami cuai. Mereka mencipta dua atau tiga peluang gol pada babak
pertama tetapi kurang konsentrasi telah membunuh kami. Kami
mempersia-siakan kelebihan tersebut.
"Ia adalah satu persembahan yang baik pada babak pertama tetapi kami
gagal mempertahankan keputusan tersebut. Bagaimanapun, kami berjaya
mengelak daripada kekalahan.
"Sudah tentu, mesej pada waktu rehat adalah untuk menamatkan perlawanan itu kerana peluang yang mereka cipta pada babak pertama.
"Saya fikir, ia adalah satu peringatan, bolos tiga gol di gelanggang
sendiri. Pemain pertahanan dan tengah perlu lebih baik dari segi
konsentrasi.
"Mereka memiliki kemampuan tetapi jika kamu bermain secara santai,
kualiti dalam kempen Liga Juara-Juara akan menyebabkan kamu menderita."
Dalam masa yang sama, Ferguson turut mengkritik pengadil, Paolo
Tagliavento yang menghadiahkan sepakan penalti selepas Antonio Valencia
mengkasari Marco Streller pada minit ke-75. - AFP
No comments:
Post a Comment