KAHERAH – Kemarahan yang meluap-luap terhadap bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terbawa-bawa sehingga ke padang bola.
Kemarahan itu diluahkan dengan laungan slogan mengecam Hosni, selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kaherah berakhir.
Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan selepas keadaan tidak
lagi terkawal apabila peminat bola sepak itu turut membakar kereta
termasuk empat kenderaan polis.
Keadaan ini menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dengan
peminat kelab bola sepak Al-Ahly, mengakibatkan 72 anggota polis cedera
manakala tujuh orang awam cedera.
Sementara 12 penunjuk perasaan telah ditahan.
Hosni yang digulingkan dalam protes anti kerajaan Februari lalu, kini
sedang menghadapi perbicaraan mengarahkan penunjuk perasaan ditembak.
Seramai 850 orang terkorban dalam protes berkenaan.
Selain Hosni, anaknya, Alaa dan Gamal serta bekas Menteri Dalam Negeri turut dibicarakan.
No comments:
Post a Comment