Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Wednesday, September 21, 2011

Piala Carling: United, Arsenal Mara

Piala Carling: United, Arsenal Mara

MANCHESTER UNITED biarpun hanya menurunkan pasukan kedua mereka tetap mudah menewaskan Leeds United 3-0 di Elland Road pada aksi pusingan ketiga Piala Carling, awal pagi tadi.

Pengurus United, Alex Ferguson yang memilih untuk meletakkan Antonio Valencia sebagai bek kanan dan Michael Carrick sebagai bek tengah telah membuka tirai jaringan menerusi Michael Owen pada minit ke-15.

Owen sekali lagi meledak untuk gol kedua United pada minit ke-30 sebelum pemain veteran, Ryan Giggs menjaringkan gol ketiga pada penghujung babak pertama.

Tiada tambahan jaringan pada babak kedua tetapi United terpaksa beraksi 10 pemain pada penghujung perlawanan setelah bek tengah, Zeki Fryers mengalami kecederaan ketika tiga pertukaran telah dibuat Ferguson dan memaksa Dimitar Berbatov turun mengisi posisi tersebut.

Sementara itu, di Stadium Emirates, Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke pusingan keempat setelah berjaya menundukkan Shrewsbury Town 3-1.

James Collins meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-16 sebelum anak-anak buah Arsene Wenger itu berjaya membalas tiga gol menerusi Kieran Gibbs (33), Alex Oxlade-Chamberlain (58) dan Yossi Benayoun (78).

Bolton pula yang berkedudukan kelompok bawahan Liga Perdana Inggeris ketika ini mendapat suntikan moral setelah berjaya menewaskan Aston Villa 2-0 di Villa Park.

Lain-lain perlawanan pagi tadi menyaksikan Wolves membelasah Millwall 5-0, Burnley menewaskan Milton Keynes Dons 2-1, Newcastle menang 3-2 ke atas Nottingham Forest, Stoke terikat 0-0 dengan Tottenham manakala Blackburn menumpaskan Leyton Orient 3-2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...