MELAKA – Mak nyah-mak nyah tempatan di negeri ini meluahkan
kekecewaan apabila ‘kawasan jajahan’ mereka di Taman Melaka Raya
dirampas mak nyah negara asing.
Salah seorang mak nyah tempatan yang mengelar dirinya Shasa memberitahu wartawan The Star, persaingan adalah amat sengit.
“Yang dari luar negara yakni kebanyakannya dari Indonesia tidak takut
dengan kami sebab mereka ada penjaga. Kami ada penjaga kami juga tetapi
pendatang ini kuat dan mereka lebih ramai dari kami,” kata Shasa.
Tinjauan ke taman berkenaan menemukan kumpulan mak nyah yang berpakaian seksi dan mekap yang tebal.
Kebanyakkan mak nyah asing berkenaan dipercayai memasuki negara ini menggunakan visa pelajar atau visa pekerja.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga serta
Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, mak nyah asing melihat
Taman Melaka Raya sebagai ‘lombong emas’ kerana ia menjadi tumpuan
pelancong.
“Kami tahu mengenai mereka dan kami bersedia menawarkan kaunselling serta sokongan emosi,” katanya.
Norpipah mengulas mengenai laporan The Star Isnin lalu bahawa
sebahagian besar mak nyah telah memindahkan operasi mereka ke hab
komersial negeri berkenaan.
Akibat persaingan, sebahagian mereka turut memainkan peranan sebagai
pemandu pelancong sebagai kaedah kreatif untuk mendapatkan pelanggan.
Norpipah menambah, kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan pihak
badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan agama Islam negeri bagi
memberikan kaunseling kepada para mak nyah berkenaan.
“Mereka memerlukan bantuan, tetapi mereka juga harus tahu apa yang dibuat mereka itu sebenarnya salah,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri akan juga mendapatkan bantuan Jabatan
Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan polis untuk memeriksa status para
mak nyah berkenaan. - MyNewsHub
(Sumber: The Star) /Gambar Hiasan
No comments:
Post a Comment