Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Sunday, October 2, 2011

Safiq Rahim Jalani Ujian Percubaan Dengan Cardiff

 Safiq Rahim Jalani Ujian Percubaan Dengan Cardiff


SHAH ALAM – Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim dijangka menjalani ujian percubaan dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini.

Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama ‘Blue Birds’ itu pada 26 Ogos lepas.

“Saya akan pergi bersama dengan (bekas rakan sepasukan) Safee Sali dan dijangka menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di sana,” katanya kepada Bernama selepas sesi latihan skuad Pilihan Selangor di Stadium Shah Alam.

Skuad Pilihan Selangor akan menentang Pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam esok.

Mengenai peluangnya untuk mendapat tempat dalam kelab itu, Safiq berkata: “Saya akan cuba beri persembahan terbaik nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya di sana, mungkin saya akan berjaya.”

Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.

Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja di United Kingdom.

Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...