Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Thursday, September 8, 2011

Jangan Bimbang, Ambulans Selamat Digunakan



Jangan Bimbang, Ambulans Selamat Digunakan

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pesakit agar jangan bimbang dibawa menaiki amabulans kerana pelbagai langkah termasuk latihan pemanduan dijalankan bagi pemandu untuk tujuan ini.

Beliau berkata semua pemandu ambulans telah menjalani latihan yang meluas dan terperinci termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Mereka mahir dan pemandu yang lebih berhati-hati. Jadi pesakit janganlah bimbang. Kita sediakan perkhidmatan yang cemerlang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Merdeka Raya Kementerian Kesihatan di sini Khamis.

Lima kemalangan dicatatkan yang membabitkan ambulans sejak tiga bulan lepas, mengorbankan pesakit yang sedang dibawa menaiki kenderaan kecemasan itu.

Liow berkata kementerian itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman untuk mengenal pasti faktor-faktor dan punca kemalangan itu berlaku.

Menteri itu berkata had kelajuan ambulans akan dikaji semula kerana kenderaan itu diubah suai dan dilengkapkan dengan peralatan dan diklasifikasikan pada ambulans jenis A, B and C.

“Jadi adalah penting untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu mengenai had kenderaan itu kerana ambulans telah diubah suai,” kata beliau.

Di samping itu, beliau berkata kementerian berkenaan sedang memperbaiki perkhidmatan unit perkhidmatan pra-hospital, termasuk perkhidmatan ambulans.

“Unit perkhidmatan pra-hospital akan dinaik taraf menjadi sebuah jabatan agar kita boleh memperbaiki lagi perkhidmatan ambulans dari semua peringkat di seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Hasan berkata di bawah unit tersebut, perkhidmatan ambulans akan dipertingkatkan apabila ia dilengkapkan dengan peralatan untuk merawat pesakit ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Unit ini akan meningkatkan kebolehcapaian ambulans,” katanya.

Kini terdapat kira-kira 1,500 unit ambulans di seluruh negara. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...