MANCHESTER City dan Arsenal malam tadi telah mengadakan perbincangan bagi perpindahan Samir Nasri dengan nilai £22 juta.
Juara Piala FA musim lalu itu telah mengorak langkah untuk mendapatkan pemain tengah Perancis berusia 24 tahun itu dengan membuat tawaran menarik kepada Arsenal.
Dengan Cesc Fabregas hampir pasti ke Barcelona, para penyokong The Gunners pastinya terpaksa menelan kepahitan bakal kehilangan kedua-dua pemain bintang tersebut.
Arsenal pada mulanya mahu terus mengekalkan khidmat Nasri yang hanya berbaki kontrak semusim tetapi akhirnya mendapati penjualan tunai pemain itu sebagai pilihan terbaik ketika ini.
City pastinya tidak kisah andai terpaksa menanti sehingga Januari atau penghujung musim ini kerana pada waktu tersebut mereka boleh mendapatkan khidmat bekas pemain Marseille itu secara percuma.
Lantas City kini tampak yakin akan dapat menyelesaikan juga perpindahan tersebut dalam tempoh beberapa hari lagi biarpun peluang melihat Nasri turun pada perlawanan sulung menentang Swansea awal pagi Selasa ini agak tipis.
Arsenal masih mahukan yuran perpindahan sekitar £24 juta.
Namun andai perjanjian tercapai, perpindahan itu akan dimuktamadkan dengan Nasri sudah pun bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan City.
Dalam pada itu, pengurus City, Roberto Mancini turut sedang berusaha melengkapkan perpindahan pemain sayap Fiorentina, Alessio Cerci, 24, dengan harga £5 juta. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment