Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Monday, August 8, 2011

Piala Perisai Komuniti: Wajah Baru United

http://www.bbc.co.uk/blogs/chrisbevan/united.jpg

Wembley

Mungkin terdapat beberapa wajah-wajah yang tidak dikenali memakai baju merah pada kemenangan mendebarkan Manchester United ke atas Manchester City dalam Perisai Komuniti, tiada apa lagi yang perlu dikatakan dengan kemenangan anak buah Sir Alex Ferguson di Wembley apabila menang 3-2 menerusi gol cantik Nani.

Daya tahan dan sikap tidak mengaku kalah telah menjadi satu trademark anak buah Ferguson dalam 25 tahun beliau berada di Old Trafford. Kita akan belajar lebih banyak tentang kualiti skuad baru yang beliau sedang bina ini untuk sepanjang perlawanan akan datang. Pemainnya telah membuktikan dengan bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengalahkan City.

Pasukannya mempunyai pemain dengan purata umur 22 tahun semasa Nani berlari dengan kencang untuk mengesahkan kemenangan ketika masa kecederaan, dan selama 20 minit sebelum Dimitar Berbatov dimasukkan, Ashley Young yang berusia 26 tahun itu adalah pemain tertua di atas padang bagi skuad United.

Ketiga-tiga pemain muda yang dibeli pada musim panas lalu berada di atas padang iaitu Ashley Young, Phil Jones dan David de Gea - tetapi pada masa sama jelas kelihatan bakat pemain pasukan remaja dalam skuad ini iaitu Tom Cleverley, Danny Welbeck dan Jonny Evans memainkan peranan besar dalam membenam City.

Cleverley, yang berusia 22 hujung minggu ini, dan Welbeck, 20, mempunyai peluang bermain yang sedikit di Old Trafford pada musim lepas, mereka telah dipinjamkan ke Wigan dan Sunderland, tetapi pada kali ini mereka telah membuktikan bahawa mereka mempunyai kelebihan untuk menjadi sebahagian daripada perancangan Ferguson untuk masa depan.

Saksikan Video kemenangan Manchester United dibawah ini:




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...