Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, July 26, 2011

Nahas Kereta Api Timbulkan Kemarahan Rakyat China






WENZHOU, China – Media China dan orang awam marah semalam ekoran nahas kereta api laju yang berlaku pada Sabtu lalu. Nahas itu menyebabkan saham kereta api merudum sekali gus mencetuskan keraguan berhubung rancangan meluaskan lagi rangkaian pengangkutan awam itu.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta api laju yang terhenti dengan tiba-tiba kerana kehilangan kuasa telah dirempuh oleh sebuah kereta lain. Tiga pegawai kanan perkhidmatan kereta api dipecat mankala pihak pemerintah melancarkan kajian mengenai tahap keselamatan perkhidmatan tersebut.

Namun, pakar-pakar menyatakan nahas berkenaan yang menyebabkan 36 orang terbunuh telah mencetuskan perasaan bimbang dalam kalangan rakyat.

“Saya bimbang. Kelmarin ketika saya menempah tiket, saya menimbang sama ada akan beralih dengan menggunakan bas,” kata seorang pekerja dalan industri pakaian, Yu Dabao. Nahas kereta api pada Sabtu lalu itu berpunca daripada panahan petir. Akhbar People’s Daily semalam memberi petunjuk bahawa keselamatan mungkin diambil mudah semasa membina sistem rangkaian kereta api. – Agensi (Kosmo Online)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...