SEOUL - Penjualan telefon pintar Galaxy S II keluaran gergasi kedua
pembuat telefon bimbit dunia, Samsung Elektronik semalam menyatakan
sebanyak 10 juta unit sudah dijual sejak ia dikeluarkan pada April lalu.
Penjualan model baharu telefon pintar itu dari peningkatan versi
terdahulu meningkat dua kali ganda selepas melepasi penjualan lima juta
unit pada Julai lalu.
Gajet terkini itu dikeluarkan di pasaran tempatan pada 29 April lalu manakala di Eropah pada Mei lalu.
Telefon pintar Galaxy S II itu kemudiannya memasuki pasaran China
pada Julai lalu sebelum mendominasi pasaran Amerika Syarikat pada
September lalu.
"Hanya dalam masa lima bulan, penjualan Galaxy S II meningkat dengan
mendadak, sekali gus sebagai refleksi sokongan yang kuat daripada rakan
kongsi yang lain," kata ketua unit peranti telefon bimbit, JK Shin.
Penjualan di Korea Selatan sahaja mencapai 3.6 juta unit diikuti
sebanyak 3.4 juta unit di Eropah dan 2.3 juta unit lagi di seluruh
rantau Asia. - AFP
No comments:
Post a Comment