|
|
LONDON - Arsenal terpaksa membayar harga yang tinggi biarpun berjaya
mencatat kemenangan 3-0 ke atas Bolton Wanderers dalam saingan Liga
Perdana England kelmarin.
Ini kerana, pemain sayap mereka, Theo Walcott mengalami kecederaan
lutut yang dia bakal terlepas aksi menentang Olympiakos pada saingan
peringkat Kumpulan F kempen Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.
Situasi tersebut ternyata memberikan tamparan hebat buat pengurus skuad The Gunners, Arsene Wenger yang mengakui bahawa dia kini dalam keadaan bimbang memikirkan mengenai kecederaan yang dialami Walcott.
Besar kemungkinan Walcott tidak dapat diturunkan pada pertemuan menentang kelab Greece di Stadium Emirates itu.
"Pada mulanya saya ingatkan ia hanya kecederaan hamstring biasa
tetapi sebenarnya tidak. Walcott berasa amat sakit di bahagian
lulutnya," kata Wenger.
Sebelum ini, Wenger menetapkan sasaran ke atas anak-anak buahnya
untuk mengutip mata maksimum apabila beraksi di tempat sendiri dalam
usaha untuk mara ke peringkat kalah mati.
Pada perlawanan menenta'ng Bolton itu, penyerang Belanda, Robin Van Persie muncul wira skuad The Gunners apabila meledak dua gol pada minit ke-46 dan 71 sebelum Alex Song menjaringkan gol ketiga pada minit ke-89.
Mengulas mengenai aksi tersebut, Wenger memuji persembahan yang
dipamerkan penyerang Belanda itu selaku kapten apabila menganggap pemain
tersebut sudah semakin matang.
"Saya berasa, dia (Van Persie) merupakan salah seorang pemain yang telah meningkat matang dengan penuh tanggungjawab.
"Dia telah menunjukkan banyak peningkatan. Saya telah lama memantau
prestasinya dan dia berjaya laksanakan tugasnya dengan baik," jelas
Wenger. - AFP
No comments:
Post a Comment