LONDON - Bintang sensasi Chelsea, Fernando Torres bakal dipinjamkan
kepada kelab lain pada Januari depan andai dia masih gagal mengakhiri
kemarau gol yang dialaminya.
Difahamkan, kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Sepanyol bakal menjadi destinasi pilihan utama skuad The Blues untuk meminjamkan Torres.
Keputusan itu dibuat sendiri oleh pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas dalam usaha mengembalikan semula prestasi sebenar Torres.
Sebagai rekod, Torres hanya mampu meledak satu gol bersama Chelsea
sejak dia dibawa masuk dari Liverpool dengan rekod yuran perpindahan
termahal bernilai £50 juta (RM243.9 juta) awal tahun ini.
Situasi tersebut sekali gus telah menghadirkan kebimbangan buat
Villa-Boas jika Torres terus bergelut dengan prestasi tidak menentu dan
hanya diletakkan di bangku simpanan.
Bagaimanapun, Villa-Boas akan terus memantau perkembangan Torres
sehinggalah pintu perpindahan pemain dibuka semula pada Januari tahun
depan sebelum membuat keputusan sama ada meminjamkan penyerang
antarabangsa Sepanyol itu kepada kelab lain ataupun sebaliknya.
Buat masa ini, Chelsea tidak ada perancangan untuk menjual Torres
kerana prestasi hambarnya telah menyebabkan nilainya jatuh di pasaran
pemain. - Agensi
No comments:
Post a Comment