|
|
LONDON – Roberto Mancini menasihati pemain Manchester City supaya
menjadi seperti jiran setempat mereka, Manchester United sekiranya mahu
bergelar juara.
Mancini mendedahkan pengiktirafannya kepada United dengan memberitahu
bahawa skuadnya perlu mempunyai mentaliti juara seperti jiran mereka
itu yang juga pencabar utama dalam Liga Perdana England.
The Red Devils telah berjaya mengatasi City dalam perebutan status pendahulu liga sebanyak dua kali musim ini.
Selepas City membelasah Tottenham 5-2 di White Hart Lane, United pula
memberi respons dengan membelasah Arsenal 2-8 di Old Trafford.
Kemudian apabila City sekali lagi mendahului liga hasil kemenangan
3-0 ke atas Wigan, The Red Devils sekali lagi mencuri tumpuan dengan
kejayaan 5-0 ke atas Bolton untuk merampas semula takhta pendahulu.
Biarpun City bermula dengan hebat, namun Mancini memberi amaran
supaya jangan mudah berpuas hati sambil menjelaskan mereka perlu
mencontohi sikap pasukan United.
“United sebuah pasukan yang hebat. Mereka telah biasa mencatat kemenangan sejak sekian lama,” kata pengurus dari Itali itu.
“Apabila mereka menentang Arsenal dan menjaringkan dua atau tiga gol,
mereka akan terus mencari banyak lagi gol. Kami memerlukan mentaliti
seperti itu.
”Kami telah tunjukkannya ke atas Tottenham dan apabila ia berlaku kamu kena teruskannya dan cari lebih banyak gol.
“Saya mahu pasukan kami mempunyai mentaliti kuat seperti United, AC Milan atau pun Barcelona.
“Semua pasukan ini telah memenangi Liga Juara-Juara atau pun kejuaraan liga di negara masing-masing.
“Kami perlu turun dengan semangat untuk menang, tetapi kami juga
perlu faham bahawa kami tidak mungkin selalunya menang kalau kami
bermain dengan baik.”
Malam ini Mancini sekali lagi perlu membuat pilihan gandingan
penyerang yang akan diturunkannya sama ada Sergio Aguero, Carlos Tevez,
Edin Dzeko atau pun Mario Balotelli. – Agensi
No comments:
Post a Comment