Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
menyambut baik persetujuan pihak syarikat telekomunikasi untuk
menangguhkan pelaksanaan cukai perkhidmatan 6% secara terus kepada
pengguna. Malah DPPM menggesa supaya ianya dibatalkan terus demi
kepentingan rakyat khasnya warga muda negara dan berharap pihak
kerajaan sebagai penerima hasil cukai tersebut dapat mempertimbangkan
mekanisma percukaian yang lebih efektif kepada pengeluar dan pengguna.
Mengikut pengumuman asal pada 8
September, pihak syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai
perkhidmatan 6% secara terus (passed-through) kepada pengguna bagi
setiap transaksi tambah nilai dan pembelian pek permulaan, bermula 15
September ini. Kadar 6% ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak
kerajaan semenjak tahun 1998 dan telah dikenakan secara terus kepada
pengguna sistem pasca-bayar dan diserap (absorbed) oleh syarikat
telekomunikasi bagi penggunaan sistem pra-bayar bagi memastikan kadar
pakej yang kompetitif dan mampu milik.
Jika sistem cukai ini diteruskan, golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah yang terpaksa mengikat perut menghadapi kos sara hidup yang makin tinggi, berbanding pihak kerajaan yang terus mengaut hasil cukai atas keperitan rakyat. DPPM juga berpendapat, impak langsung cukai ini kepada golongan pengguna adalah sama dengan impak cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.
DPPM berpendapat, impak penyerapan cukai ini kepada syarikat telekomunikasi adalah minima, sebagaimana yang dianggarkan oleh Maybank Investment di dalam nota kajian bertarikh 9 September yang menganggarkan penurunan pendapatan sekitar 1% - 4% oleh syarikat telekomunikasi terbabit dan AmReseach pula menganggarkan impak kepada EBITDA (keuntungan operasi) adalah sekitar 2% sahaja.
Justeru, pihak DPPM menggesa pihak kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab memperkenal dan mengutip hasil cukai ini agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut laba daripada penggunaan telekomunikasi yang tidak anjal (inelastic demand) dan mengharapkan cukai perkhidmatan 6% ini terus dimansuhkan sebagai tanda prihatin kepada generasi muda di dalam Bajet 2012 yang akan diumumkan pada Oktober ini.
Jika pihak kerajaan sekarang tidak mampu melaksanakan, pihak DPPM begitu yakin pihak kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya jika diberi mandat oleh rakyat bersesuaian dengan agenda Membangun Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS.

No comments:
Post a Comment