Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, September 13, 2011

Beri Pengguna SMS Percuma Jika Mahu Teruskan Cukai


Beri Pengguna SMS Percuma Jika Mahu Teruskan Cukai

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) disarankan untuk menawarkan sesuatu yang berbaloi untuk mewujudkan situasi ‘menang-menang’ sekiranya mereka tetap berdegil mahu meneruskan caj cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus kepada para pelanggan pelan prabayar mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, TELCO wajar menawarkan pakej lebih menarik dan menyerap separuh caj tersebut serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan terhadap pelanggan setia mereka.

“Sebagai contoh, berilah mungkin dalam 200 sms percuma kepada pelanggan pada setiap kali tambah nilai, atau TELCO serap tiga peratus dan pelanggan serap tiga peratus, wujudkan situasi menang-menang,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem pesanan ringkas (sms) itu bolehlah dianggap sebagai timbal balas terhadap caj cukai perkhidmatan yang akan dikenakan kepada pelanggan pelan prabayar TELCO.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar TELCO menyerap sebanyak tiga peratus, separuh dari cukai perkhidmatan tersebut manakala separuhnya lagi bolehlah dikenakan  kepada pengguna talian prabayar mereka.

Beliau berkata, pemberian SMS percuma akan mempunyai implikasi kewangan yang rendah kepada TELCO kerana ia melibatkan penggunaan infrastruktur sedia ada dan tidak melibatkan pelaburan baru.

Pada masa ini, TELCO yang terbabit telah bersetuju untuk menunda cadangan menggenakan cukai bagi pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM.

Tindakan menunda itu bergantung kepada pertemuan pihak berkenaan dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan ada kemungkinan besar cukai perkhidmatan itu akan tetap dipindahkan kepada pengguna dalam masa terdekat.

Pada masa ini, TELCO menyerap 6 peratus cukai perkhidmatan itu.

Mengulas lanjut mengenai cukai perkhidmatan yang cuba dipindahkan TELCO terhadap pengguna pelan prabayar itu, Tunku Azwil turut menggesa semua syarikat-syarikat tersebut mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka.

“Bila mereka (TELCO) bercakap mengenai cukai perkhidmatan, maka mereka juga perlu memastikan perkhidmatan mereka adalah yang terbaik,” tambahnya lagi.

Beliau mempertikaikan perkhidmatan TELCO yang sebelum ini sering tergendala untuk jangka masa tertentu, beberapa kawasan tidak mendapat liputan talian dan beberapa masalah lain yang menghantui pengguna telefon bimbit sebelum ini.

Selain beliau, Presiden Persatuan Pengguna Perak, K. Paul Raj berkata, pelanggan pelan prabayar tentu akan berpuas hati sekiranya mereka ditawarkan pakej sms tersebut sekiranya ditawarkan TELCO masing-masing.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar TELCO mengemukan cadangan tersebut kepada pelanggan mereka terlebih dahulu dan memperjelaskan tentang situasi tersebut mengikut prosedur yang lebih teratur.

“Jika TELCO terima cadangan itu, sudah tentu pelanggan prabayar mereka akan bersetuju dengan caj tersebut..Cuma, mereka perlukan butiran yang lebih sesuai mengenainya,” katanya melalui sms yang kami terima hari ini. - MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...