|
|
LONDON - Alex Ferguson menegaskan, David de Gea bakal berdepan ujian
paling getir dalam karier pada pertemuan Liga Perdana England menentang
Bolton Wanderers awal pagi esok.
De Gea, 20, dibeli dengan harga £18 juta (RM86 juta) dari Atletico
Madrid musim panas lalu tetapi penjaga gol itu mula menghadapi ke-
sukaran pada awal musim di Manchester United.
Namun selepas persembahan ketika menen- tang Manchester City pada
final Piala Perisai Komuniti dan menentang West Bromwich Albion pada
aksi pembukaan Liga Perdana England, De Gea mula menunjukkan kemampuan
sebenar.
Bintang skuad bawah 21 Sepanyol itu berjaya menghalang gawang United
daripada dibolosi ketika menentang Tottenham Hotspur dan kemudian
menyelamatkan satu sepakan penalti ketika The Red Devils membelasah Arsenal 8-2.
Menjelang pertemuan dengan Bolton ini, De Gea sekali lagi berdepan
cabaran paling besar kerana perlu menangani jentera serangan skuad Owen
Coyle itu yang diketuai oleh Kevin Davies.
"De Gea telah membuat kesilapan dalam be- berapa aksi pertama yang
mana kami atau dia sendiri tidak menjangkakan," kata Ferguson.
"Ia agak pelik kerana prestasinya ketika di Atletico Madrid sangat hebat bagi pemain yang berusia 18 tahun sepertinya.
"Tidak diragui lagi dia berpotensi menjadi seorang pemain yang hebat.
Tugas kami di kelab ini ialah menggunakan sebaik mungkin potensi
tersebut dan memastikan dia muncul sebagai penjaga gol terbaik di
dunia."
Tambah Ferguson lagi: "Dia akan menjadi pemain seperti itu sebaik
saja dia mendapat pe- ngalaman dan menyesuaikan diri dengan suasana
dalam liga ini.
"Saingan liga di sini berbeza dengan Liga Sepanyol. Di sini ada lebih
banyak hantaran silang perlu ditangani. Kita akan dapat melihat
keupayaan yang sebenar sedikit demi sedikit."- Agensi
No comments:
Post a Comment