Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Saturday, September 17, 2011

Projek Landasan Berkembar EDTP Jangka Siap Awal

Projek Landasan Berkembar EDTP Jangka Siap Awal

BUTTERWORTH – Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang Besar sejauh 329 km dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan pada 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan perkembangan projek yang berjalan lancar seperti yang dimaklumkan kontraktor MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd.

“Saya difahamkan bahawa kerja-kerja pembinaan ini telah berjalan dengan lancar dan saya percaya projek ini akan siap lebih awal daripada yang dijadualkan 2014,” katanya ketika berucap selepas melawat tapak projek di Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini, memulakan lawatan di Pasar Awam Tasek Gelugor sebelum berjalan kaki sejauh 200 meter untuk melawat projek landasan tersebut.

Beliau berkata stesen EDTP di Tasek Gelugor itu akan memberikan kemudahan kepada penduduk setempat apabila siap kelak.

Projek itu turut melibatkan pembinaan dua terowong iaitu Terowong Berapit dwilorong menembusi bukit granit bermula di portal Padang Rengas di Ipoh dan berakhir di portal Taiping, dan Terowong Larut sepanjang 330 meter, yang kini 96 peratus siap.

Bahagian lain EDTP Ipoh-Padang Besar sudah siap 100 peratus termasuk jejambat 27 km di Perak, dan Jambatan Ayun Prai yang baru di Pulau Pinang yang siap 58 peratus.

Terowong ini adalah antara bahagian utama projek bernilai RM12.485 bilion dengan landasan kereta api berkembar itu merentasi empat buah negeri – Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis – dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2014. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...