LOS ANGELES – “Kehidupan saya amat membosankan dan perkahwinan itu
salah satu daripadanya,” itu ungkapan pertama Bratt Pitt ketika mengulas
mengenai perkahwinannya dengan Jennifer Aniston.
Namun perkara paling bijak yang dilakukannya ialah menjadikan Angelina Jolie sebagai ibu kepada anak-anaknya.
Itu penghargaan yang diberikan Pitt kepada Jolie dalam temu bual dengan sebuah majalah di Amerika Syarikat, Parade.
Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, dia cuba mencari watak yang
mencabar dan menarik, namun kehidupannya dalam perkahwinan itu tidak
mampu memberikan tarikan kepadanya.
“Saya rasa perkara itu ada kaitan dengan perkahwinan saya,” katanya.
Pitt mengahwini Aniston pada tahun 2000 selepas menjalinkan hubungan
dengan bekas pelakon Friends itu pada 1990-an, namun mereka bercerai
selepas Pitt membintangi filem Mr and Mrs Smith bersama Jolie.
Pengakuan berkenaan bakal memberikan tamparan kepada Aniston, yang
kini terpaksa berdepan dengan berita ibunya, Nancy, 75, berada dalam
keadaan kritikal selepas diserang strok. - MyNewsHub
No comments:
Post a Comment