LONDON - Chelsea berazam menyekat kecemerlangan awal Manchester
United apabila kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana England itu
bertemu buat kali pertama musim ini di Old Trafford esok.
Dendam ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu iaitu
Liga Juara-Juara Eropah dan liga domestik ternyata tidak pernah padam.
Biarpun menyedari mereka kali ini turun sebagai underdog dan
bakal berdepan barisan garang United yang telah menjaringkan 18 gol
dalam empat perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Andre Villa-Boas itu
punya alasan tersendiri untuk meningkatkan keyakinan mereka.
Menurut pemain pertahanan, Branislav Ivanovic, dalam bola sepak, apa
sahaja boleh berlaku di mana pengalaman mereka musim lalu menjadi bukti
terbaik untuk menyekat United.
"Awal musim lalu, kami berjaya menjaringkan 17 gol dalam empat perlawanan pertama. Namun, kami merosot tiba-tiba selepas itu.
"Situasi sama dilalui United sekarang. Jadi kami mahu menjadi pasukan yang berjaya mematikan terus semangat pemain United.
"Kami punya idea sendiri untuk melakukannya dan akan
menterjemahkannya di atas padang nanti. Sukar itu memanglah cuma kami
perlu berikan tumpuan lebih seratus peratus untuk melakukannya," kata
pemain dari Serbia itu.
Jika menang kata Ivanovic, Chelsea mampu melakukan lonjakan hebat di
samping meninggalkan parut yang mendalam kepada United untuk menghadapi
saingan seterusnya.
"Ini ujian besar pertama kami musim ini untuk melihat bagaimana kami
boleh mening- kat, memberikan yang terbaik dan mencatat keputusan yang
diperlukan," tegasnya.
Cabaran barisan pertahanan Chelsea sudah pasti untuk menyekat Wayne
Rooney yang sedang berada di puncak prestasi dalam mencipta jaringan.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson bercadang menyenaraikan
semula penjaga gol, David de Gea dan pemain sayap lincah, Ashley Young
dalam kesebelasan utamanya selepas direhatkan ketika seri 1-1 dengan
Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah. - AFP
No comments:
Post a Comment