Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, September 20, 2011

United bayar harga tinggi


COLE melakukan terjahan terhadap Hernandez pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford kelmarin. United menang 3-1.


MANCHESTER - Meskipun berjaya menewaskan Chelsea 3-1 dalam aksi saingan Liga Perdana England kelmarin, Manchester United terpaksa membayar kemenangan tersebut dengan harga yang tinggi.

Ini kerana, penyerang, Javier Hernandez berkemungkinan terpaksa diketepikan untuk tempoh dua minggu ekoran mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas dikasari tonggak pertahanan Chelsea, Ashley Cole.

Segala-galanya bermula apabila Cole melakukan terjahan keras terhadap Hernandez di kawasan kotak penalti pada minit ke-79 sehingga memaksa pengurus United, Alex Ferguson mengeluarkan penyerang antarabangsa Mexico itu daripada meneruskan perlawanan.

"Bagi saya, ia merupakan kekasaran mengejut yang dilakukan oleh Cole. Pengadil perlawanan berjaya mengesan kekasaran tersebut, tetapi apa yang saya pelik, dia tidak memberikan kami sepakan penalti.

"Kami perlu menunggu perkembangan terkini mengenai kecederaan yang dialami Hernandez itu. Apa yang pasti, dia tidak dapat beraksi untuk tempoh beberapa minggu," jelas Ferguson.

Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford itu, skuad The Red Devils tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Chris Smalling meledak gol pertama seawal minit kelapan.

Pemain sayap antarabangsa Portugal, Nani menambah derita Chelsea apabila menyumbat gol kedua buat United pada minit ke-37 sebelum Wayne Rooney meledak gol ketiga pada lewat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, Chelsea memperoleh gol menerusi penyerang, Fernando Torres pada minit ke-46.

Bagaimanapun, Chelsea gagal menambah jaringan selepas gol tersebut sekalipun memiliki peluang terbaik menerusi Torres.

Ferguson yang berpuas hati dengan kemenangan itu bagaimanapun menegaskan bahawa barisan pemainnya masih melakukan beberapa kesilapan yang sepatutnya tidak terjadi.

"Ia merupakan satu perlawanan yang menakjubkan, tetapi kami sebenarnya mengundang masalah kepada diri sendiri.

"Kami dengan mudah memberikan pihak lawan bola di bahagian serangan dan mereka tidak putus-putus melancarkan serangan ke atas kami. 

"Pada babak pertama sahaja, mereka sebenarnya mampu menjaringkan dua atau tiga gol.

"Namun, mujur kami juga mencipta peluang untuk menjaringkan gol dan bagi saya ia adalah suatu yang menakjubkan terutama menerusi Nani dan Ashley Young.

"Itulah kekuatan kami dan Chelsea gagal mengatasinya," jelas Ferguson.

Ketika ini, skuad The Red Devils masih unggul selaku pendahulu liga apabila mengumpul 15 mata, dua mata meninggalkan Manchester City di tangga kedua.

Sementara itu, pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas tetap memuji barisan pemainnya terutama aksi mereka pada babak kedua perlawanan yang dilihat telah memberikan tekanan kepada United.

"Ia merupakan satu perlawanan yang pelik kerana ia terbuka buat kedua-dua pasukan. Banyak peluang untuk menjaringkan gol buat kedua-dua pasukan.

"Namun, mungkin tuah tidak memihak kepada kami pada perlawanan kali ini. 

"Untuk kembali bangkit selepas ketinggalan 3-0 ternyata ia suatu yang sukar tetapi kebangkitan pada babak kedua adalah suatu yang baik," kata Villa-Boas. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...