Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, September 20, 2011

Ferguson Masih Belum Puas!


BIARPUN Manchester United berjaya menewaskan Chelsea 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam tadi, pengurusnya, Alex Ferguson masih belum berpuas hati.

United kini unggul di tangga teratas liga dengan lima kemenangan maksimum tetapi Ferguson berkata, banyak lagi yang perlu dipertingkatkan oleh anak-anak buahnya.

Ia termasuk selepas melihat Wayne Rooney mempersiakan sepakan penalti pada minit ke-57 dan bagaimana penyerang Chelsea, Fernando Torres terlepas peluang terbuka di depan pintu gol United.

“Ini satu perlawanan yang cukup menarik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan terbuka. Namun kami sendiri yang memberikan masalah kepada kami.

“Kami mudah memberikan bola kepada lawan di kawasan menyerang dan mereka berjaya melakukan beberapa serangan balas. Chelsea mampu mendapatkan dua atau tiga gol pada babak pertama.

“Tapi kami tetap berjaya mencipta cukup banyak peluang menerusi Nani dan Ashley Young. Ia memang kekuatan kami tetapi tidak disempurnakan dengan baik,” kata Ferguson.

Pada aksi malam tadi, United mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Chris Smalling (8), Nani (37) dan Rooney (45) sebelum Chelsea membalas satu gol menerusi Torres (46).

Sementara itu, pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas meratapi kekalahan sulung mereka itu dengan menganggap keputusan 3-1 sebagai ‘gila’.

“Satu aksi yang sangat pelik apabila permainan cukup terbuka dan kedua-dua pasukan memiliki cukup banyak peluang.

“Jika tuah lebih berpihak kepada kami, mungkin kami lebih dahulu berjaya menjaringkan gol.

“Kedudukan 3-0 pada babak pertama cukup gila dan sukar untuk kami bangkit pada babak kedua,” jelas Villas-Boas. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...