Followers

Promosi Hebat

Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]

Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!

The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII

Tuesday, September 20, 2011

LPF teliti semula 'Hantu Bonceng'

http://syahrilhafiz.com/blog/wp-content/uploads/2011/08/hantu-bonceng.jpg


Lembaga Penapisan Filem akan meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.

Pengerusinya Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.

"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama.

Harakahdaily hari ini melaporkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada Rasulullah.

Nasrudin mendakwa babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".

Bagaimanapun, Raja Azhar tidak menolak kemungkinan filem yang ditonton oleh pihaknya mungkin berbeza sedikit daripada apa yang kini ditayangkan di pawagam.

"Justeru kita akan meneliti sekali lagi babak yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan," katanya.

Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM5 juta untuk lima hari tayangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...