Promosi Hebat
Peluang untuk menambah wang poket anda. [Churp Churp]
Cipta GAME menarik di #MiloCansNextGame dan menang RM 10K!
The smartest Samsung Galaxy SII. #LoveMySII
Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts
Saturday, September 10, 2011
Kapal perang Turki akan iringi flotila
KAHERAH
9 Sept. - Turki akan menghantar kapal-kapal perangnya untuk mengiringi
flotila kapal bantuan kemanusiaan dari negara Malaysia ke Genting Gaza
bagi mengelak insiden serangan Israel pada tahun lalu daripada
berulang.Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, kapal perang Turki kelas pertama akan dikerah melindungi flotila kapal-kapal dari negara ini yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
"Mulai sekarang, kami tidak akan membiarkan kapal-kapal kami diserang oleh Israel seperti yang berlaku kepada Freedom Flotilla pada tahun lalu," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Al Jazeera.
Edrogan turut memberitahu bahawa Turki telah mengambil langkah bagi menghentikan Israel daripada mengeksploitasi sumber di Mediterranean, selepas peningkatan ketegangan antara kedua-dua bekas sekutu itu, ekoran Israel enggan memohon maaf berhubung insiden serangan ke atas flotila bantuan kemanusiaan pada tahun lalu.
Beliau bagaimanapun berkata, hubungan negara ini dengan Israel boleh dipulihkan jika rejim Zionis itu memohon maaf atas insiden serbuan ke atas flotila bantuan ke Gaza pada tahun lalu yang mengorbankan sembilan aktivis Turki dan bersetuju untuk membayar pampasan.
Sementara itu, jurucakap Menteri Luar Israel, Yigal Palmor berkata, kenyataan ini tidak sesuai untuk diulas.
Hubungan antara Turki dan Israel menjadi tegang selepas komando rejim Zionis menyerang flotila kapal, Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Mei tahun lalu.
Lapan rakyat Turki dan seorang warga Amerika Syarikat (AS) berketurunan Turki terbunuh dalam serangan itu.
Pada awal bulan ini,, Turki mengusir Duta Israel ke Ankara dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan rejim Zionis itu selepas laporan inkuiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Israel menggunakan kekerasan 'keterlaluan' terhadap flotila kapal bantuan Turki ke Genting Gaza pada Mei tahun lalu. - REUTERS
Tuesday, September 6, 2011
Lantai Masjid Palestin dibakar peneroka Yahudi

BEBERAPA penduduk Palestin melihat tayar yang dibakar dalam sebuah masjid di Qusra dekat Nablus semalam.
QUSRA - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad semalam menyatakan
pemerintah Israel bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian membakar
sebuah masjid di utara Tebing Barat.
Beliau mengeluarkan satu kenyataan berhubung kejadian kebakaran itu
selepas beberapa buah tayar terbakar ditemui di lantai sebuah masjid di
sini yang terletak 15 kilometer ke tenggara Nablus.
Bangunan masjid itu juga dicat dengan grafiti tulisan Ibrani.
Terdapat kesan kebakaran di dalam masjid itu yang didakwa dilakukan
oleh peneroka haram Yahudi yang bertindak balas ekoran tiga buah rumah
dirobohkan.
Tiga buah rumah peneroka haram Yahudi itu dirobohkan atas arahan
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak yang disokong Mahkamah Tinggi.
Pemerintah Israel menganggap penempatan yang dibina di Tebing Barat tanpa kelulusan akan dianggap struktur haram.
Kakitangan-kakitangan pihak berkuasa Israel kerap dihantar untuk memusnahkan struktur haram itu.
Namun, masyarakat antarabangsa memutuskan bahawa semua penempatan
Yahudi di Tebing Barat, Palestin termasuk di timur Baitulmuqaddis adalah
haram. - AFP
Labels:
israel,
palestin,
palestin kini,
yahudi
Subscribe to:
Posts (Atom)